• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

15 Sep 2022

Pinjaman PTPTN naik 100 peratus (M40 kategori M1)

 

Kerajaan menaikkan peratusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mahasiswa golongan M40 kategori M1 daripada 75 peratus kepada 100 peratus.


Serentak itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan kemudahan pinjaman komputer tiba kepada peminjam PTPTN daripada golongan M40.



Selain itu, katanya, kerajaan bersetuju memperluas Jualan Murah Keluarga Malaysia yang akan diadakan di setiap universiti selepas mahasiswa dijadualkan menjalani semester baharu, bulan depan.


Beliau berkata, keputusan itu dimuktamadkan kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa golongan M40 kategori M1.


"Kalau dulu pinjaman (PTPTN) kepada (mahasiswa) M40 (kategori) M1 hanyalah 75 peratus sahaja. Saya ingin mengumumkan pinjaman M40 (kategori) M1 dinaikkan kepada 100 peratus.


"Seterusnya adalah untuk laptop, kerajaan bersetuju menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN golongan M40.


"Mahasiswa sekalian, banyak lagi yang akan diumumkan demi kepentingan anda semua. Marilah kita sama-sama berganding bahu dengan merealisasikan masa depan lebih gemilang untuk semua mahasiswa," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, hari ini.


Pinjaman PTPTN dinaikkan 100 peratus bagi M40 (M1)

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1000502/pinjaman-ptptn-dinaikkan-100-peratus-bagi-m40-m1







13 Ogo 2022

Urutan filem Marvel perlu ditonton sebelum Avengers Endgame

Anda peminat filem Marvel Avengers?
Sekiranya ya, anda perlu membaca entri ini sehingga habis.

Filem terakhir Avengers ialah Avenger: Endgame dan ditayangkan pada tahun lepas, 2019.
Plot bagi filem ini boleh dibaca di wikipedia Bahasa Melayu.
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Avengers:_Endgame

Plot yang dikongsi agak terperinci dan boleh dibaca untuk tujuan ulangkaji sebelum menonton filem. Sedikit snapshot..

Tiga minggu selepas peristiwa Thanos Snap (rujuk plot Avengers: Infinity War). Hanya sebilangan para adiwira dan adiwirati Avengers yang masih hidup di bumi kini diketuai oleh Natasha Romanoff termasuk Steve Rogers, Thor, Bruce Banner, Rhodes, Rocket Racoon dan Hawkeye. Mereka masih trauma dan meratapi kekalahan dan kematian rakan-rakan adiwira yang lain serta sebahagian penduduk di bumi serta alam semesta yang lebur menjadi debu. Sementara itu, Tony Stark dan Nebula berjaya keluar dari planet Titan dan jauh tersesat di alam angkasa raya yang luas itu.




Sekiranya ditonton mengikut tahun tayangan, anda mungkin akan terkeliru kerana ia tidak mengikut urutan masa yang betul. Jadi..di sini saya kongsikan urutan filem yang perlu ditonton sebelum menonton Avengers: Endgame.

CNBC Indonesia telah berkongsi urutan yang betul di entri bertajuk 22 Film 11 Tahun, Ini Urutan Nonton Sebelum Avengers Endgame.
Pautan : https://www.cnbcindonesia.com/lifestyle/20190423210826-36-68437/22-film-11-tahun-ini-urutan-nonton-sebelum-avengers-endgame

8 Ogo 2022

Fenomena keajaiban alam ciptaan Allah. Subhanallah

Subhanallah..sungguh cantik alam ciptaan Allah.

Bersama-sama kita hayati foto-foto panorama yang telah disediakan di bawah.

Tidak faham apa yang ditulis di bawah (semuanya dalam bahasa Inggeris) bukan penghalang untuk anda mendapat mesej yang cuba simieY sampaikan.
InsyaAllah..

Sailing Stones


The mysterious moving stones of the packed-mud desert of Death Valley have been a center of scientific controversy for decades.

Rocks weighing up to hundreds of pounds
have been known to move up to hundreds of yards at a time.

Some scientists have proposed
that a combination of strong winds and surface ice account for these movements.

However, this theory does not explain evidence of
different rocks starting side by side
and moving at different rates and in disparate directions.

Moreover, the physics calculations do not fully support this theory
as wind speeds of hundreds of miles per hour
would be needed to move some of the stones.