• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Samseng Jalan Raya

simieY® ~
Kali ni Kawe nak sentuh sikit pasal samseng jalan raya. Baru2 ni Kawe dpt email dari kawan lama. Kawe hanya nk berkongsi dengan geng2 satu kisah yang tak berapa best ni. Jom kita baca keluhan mangsa kejadian..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Maafkan saya jika telah mengganggu anda tetapi jika ada masa saya harap anda dapat membaca satu pengalaman yang telah terjadi kepada diri saya pada beberapa hari yang lalu dan membantu saya yang memerlukan pertolongan.

Sedikit mukadimmah. Di antara lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Pasir Gudang di laporkan antara banyak berlakunya kemalangan maut. Secara umum kenapa ianya sering terjadi tidaklah di ketahui secara tepat tetapi berdasarkan pengalaman saya yang sering menggunakan laluan ini di dapati ianya adalah kerana tindakan segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah di tetapkan.

Namun satu kejadian yang telah menimpa diri saya telah menyebabkan saya terpanggil untuk melakar email ini dengan harapan akan sampai kepada orang yang di harapkan. Pada Hari Sabtu 18/07/2009 pukul 4 petang saya bersama Isteri, Ibu Mertua, seorang anak perempuan berusia 6 tahun dan anak saudara berusia 4 tahun sedang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Taman Taman Tampoi Indah menggunakan Lebuh Raya Pasir Gudang.

Sewaktu kejadian , lane sebelah kiri yang saya gunakan adalah agak lancar tetapi di sebelah kanan agak perlahan dan di gunakan banyak kenderaan. Secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah kanan melakukan belokan ke arah kiri tanpa sebarang signal dan di lakukan dengan cara yang merbahaya. Saya dengan automatiknya terpaksa membuat satu brek mengejut dan ianya menyebabkan keluarga saya juga terkejut. Sudah menjadi naluri (instinct) seorang pemandu, saya membunyikan hon menandakan supaya bahawa pemandu di depan tahu yang beliau telah melakukan kesalahan trafik.

Tetapi yang mengejutkan saya dan keluarga adalah pemandu di depan sengaja melakukan satu aksi gerakan kereta terhoyong hayang kiri kanan seolah-olah mengisyaratkan tidak ambil endah atau berkata “boleh blahlah!”. Marah juga saya dengan tindakan sedemikian tetapi apa yang terjadi seminit selepas itu terjadi perkara yang saya lebih tidak sangka. Pemandu kereta berkenaan mula memperlahankan kenderaannya dan bertindak seolah-olah tidak membenarkan saya untuk memotong kereta beliau.

Apabila saya memberikan signal hendak ke kanan, beliau akan masuk mula masuk ke kanan apabila saya bergerak ke kanan dan sebaliknya jika saya ke kiri. Setiap kali pemandu tersebut berada di hadapan saya, dia akan memperlahankan keretanya sehingga 60km/j walaupun berada di laluan kanan lebuhraya yang mempunyai had laju 90km/j dan tiada kereta lain di depan kereta tersebut.

Terdapat satu ketika apabila pemandu itu menutup laluan memotong pada kenderaan saya dengan memandu seiringan dengan sebuah lori di jalan kiri dengan halaju 60km/j. Jikalau saya berjaya masuk ke laluan kiri dan mempunyai tiada halangan hadapan untuk memotongnya, pemandu tersebut akan mula memecut dan menyangka saya akan mula berlumba sedangkan kenderaan saya ini hanyalah kereta keluarga dan membawa keluarga dan tiada niat untuk berlumba. Tapi itulah yang lawaknya bila di lihat saya tidak memecut, dia akan kembali memperlahankan kenderaan itu dan di ulangi balik perkara yang sama.

Setelah itu saya mula rasa benar-benar bosan dan ingin meninggalkan pemandu yang saya fikirkan mungkin ada masalah mental ini. Ketika saya berjaya masuk ke lane kiri saya melakukan dummy percubaan memecut, kereta tersebut mula memecut di lane kanan. Saya matikan dan hidupkan sekali lagi signal seolah-olah hendak masuk ke lorong kiri ( flyover menuju ke Larkin ) dan bergerak sikit2 ke kiri. Kereta itu kemudian dengan secara tiba-tibanya dari lorong kanan terus masuk jalan kiri dan terus naik ke jalan menuju Larkin juga ( Mungkin untuk terus mengganggu saya / berharap saya berhenti dan bergaduh atau secara kebetulan saya tidak tahu ).

Ketika itulah saya memperlahankan kenderaan dan memberikan signal kanan untuk kembali ke lebuhraya lalu terus memecut (bermula dari 60km/j) meninggalkan beliau yang tidak lagi boleh melakukan correction. Dari cermin tingkap saya dan keluarga mengesahkan dapat lihat ianya seorang lelaki melayu dalam keadaan tersengih menyangka telah menang perang psikologi jalanraya dan terdapat seorang wanita di sebelahnya, mungkin awek jadi ego mesti di pertontonkan. Kalau bawa isteri mungkin lain sikit sayangnya dan lebih berhemah ketika memandu.

Ingin saya katakan di sini bahawa janganlah terlalu ego di jalanraya kelak buruk padahnya. Di atas pengalaman ini saya berharap anda sebagai pembaca email ini haraplah dapat menolong saya memulakan satu inisiatif program kesedaran nasional terhadap pemandu tersebut di mana saya sendiri tidak kenal melainkan saya buat aduan formal menggunakan agensi kerajaan. Haraplah dapat di forwardkan email ini kepada sesiapa yang ada e-mail address dan di harap rakan anda pula akan forwardkannya pula agar email berantai ini satu hari nanti mungkin sampai kepada kenalan atau saudara pemandu tersebut jika tidak beliau dan menyampaikan pesanan berikut :

“Untuk pemandu KIA SPECTRA JHU 6537 , segala tindakan anda telah di rakam menggunakan handphone oleh isteri saya. Jika saya membawa bukti video ini ke JPJ, sekurang-kurangnya anda akan di saman kerana menghalang lalulintas. Jika JPJ atau Polis membenarkan laporan verbal atau bertulis dengan menggunakan saksi kejadian ( Isteri dan ibu mertua ) anda juga boleh di saman kerana memandu secara secara merbahaya dengan melakukan tindakan memotong secara tiba-tiba dan tanpa signal. Ataupun dengan menggunakan khidmat peguam, saya boleh mengemukakan Saman Teladan yang bernilai beribu-ribu ringgit di mana jika saya menang akan saya gunakan untuk memulihkan trauma keluarga dengan melancong menggunakan wang anda sementara anda menghadapi trauma kewangan berpanjangan.”

Tetapi saya tidak akan melakukannya kerana kita sama-sama Melayu. Bukannya ada banyak duit pun nak bayar saman lagipun raya dah dekat, nanti tiada duit untuk di beri kepada ibu bapa anda. Cuma apa yang ingin saya buat adalah kaedah “Name and Shame” biar seluruh rakyat tahu tindakan anda adalah merbahaya dan tidak selayaknya memandu sebuah kereta. Harapnya mereka tidak menyangka anda kurang siuman.

Saya hanya mampu doakan pemandu tersebut agar menganalisis kesalahan diri, insaf dan jangan salahkan orang lain. Ceritalah apapun , bukti video akan kesamsengan anda akan menunjukkan segalanya.

Berhemah di jalan raya, amalan hidup kita.
Di bawah antara still image dari video yang di ambil oleh isteri semasa kejadian sedang berlangsung…



Kereta terbabit





Anda boleh lihat sebuah lori berwarna putih sedang memasuki lorong kanan kerana di kanan tiada apa-apa halangan di hadapan kereta JHU tersebut. Ketika kejadian kenderaan di lorong kiri lebih laju dari kanan. Bayangkan lori lebih laju dari Kia Spectra..




Ketika saya cuba melakukan percubaan memotong dari arah kanan ke kiri apabila laluan kiri selamat . (Perlu di ingat tiada kejar mengejar kerana semua berlaku di bawah 60km/j.




Kereta tersebut mula memecut. Anda boleh lihat di hadapan kereta tersebut tiada kereta…Nak letak kat Youtube ke tak nak ni…

Ingat – rakan, jika ada sebarang perlanggaran trafik sedang terjadi , anda bolehlah mengambil gambar pesalah tersebut ( bukan ketika memandu – salah tu ) dan menghantarnya ke jabatan yang berkenaan untuk tindakan siasatan dan lanjutan.
Beringat sebelum kena.
Ditulis pada 19/07/2009



So, apa komen geng2 sekalian tentang cite ni..

karnival rakan muda 2009 di batu pahat, johor













Photobucket


simieY®~

hari ni Kawe nak berkongsi pengalaman menarik Kawe. Kawe mulakan citer ni dari pagi baru menarik jalan citer.hohoo..
Tadi pagi Kawe keluar pasar, check wallet ada 10 hinggit ja. check2 atas loker ada syiling dalam 5 hinggit 50 sen. Aduyaii nasib badan..mat bangla pun tak sengkek macam Kawe.hehee..

sbenarnya duit ade byk lagi kat bank..saja amik sikit2, da nak abes baru Kawe gi kluarkan lagi d atm. Ntah la kawe pon xpaham dgn diri Kawe ni, asal byk ja duit dalam wallet.terus jadik pembelian xterkawal.huhuu..
Solutionnya, amik sikit2 kat atm. da abes amik lagi.

dipendekkan cite, Kawe g pasar bawak 15 hinggit 50 sen tu. da beli brg2 masak,etc.. balance tinggal 3 hinggit. maklum la org bujang, kena pandai masak..da kawin nanti xsakit sangat kalu bini sakit.hohoo..
dalam kol 6 petang, Kawe g bandar bt pahat..xjauh pun, dalam 15 minit ja kalu bawak motor cam itik pulang petang sambil2 melilau tgk pokok2. stendet la tinggal atas bukit,xde menda lain lagi nk tgk. ++ belalang tempur(rg120) Kawe da cukup uzur, bawak 60km/j pon da bising2 bunyi enjin. xleh bawak laju2, jarang2 sekali boleh la..

masuk ja kawasan bandar, Kawe naik heran apesal jammed semacam ja petang ni. rupa2nya ade karnival rakan muda kat dataran batu pahat.
da amik duit barang satu rat dua, Kawe pusing belalang tempur g masuk karnival, skali ade autoshow da..da nk balik pun. rugi siott xdtg awal..

sempat la Kawe snap 2 3 keping photo dari jauh sbb segan nak masuk2 dekat. duk tgh ronda2 gerai2 yang meniaga kat sana,keta2 autoshow tadi bsusun keluar ikut susur keluar, sempat la Kawe rakam video sikit. Kawe sorang ja yang rakam, diorang bunyikan hon..bangga kot.hohoo..
tapi kualiti gambar xmemuaskan coz Kawe guna nokia5300 ja.huhuu..

kira puas ati gak la ari ni,ade benda menarik kat bandar. kalu ikutkan ati yang dah xberapa muda ni, malas betul nak pergi bandar..sboleh2nya kena ada satu alasan yg memaksa pergi baru kawe pergi cam ari ni.
ape2 pun, harap puas ati tgk gambar2 yang dah di rakam petang tadi.
adios~

Lagu Dikir

simieY®~
Kawe respek giler org yang create lirik dikir ni.
sesuai utk geng2 yang tgh boring & yg tgh bersedih.
selamat berhibur..


lagu dikir : cokek mok bolot
penyanyi : man khan & rosalinda
link vklip : www.youtube.com/watch?v=qnDj1OrbPPg

(L)
cokek mok bolot
tupat dale boko
stakat besa sedak tengok
tok pade dgn mulo
dulu cema polot
mandi manda tok brapo
mace hatu putianok
gutu penuh atah palo

(P)
cokek mok bolot
tupat dale boko
jate gapo mulut banyok
lebih pado sakit jiwo
tok suruh demo tgk
tok upah demo ccaro
kecepe herot petot
mace burung kakok tuo

(L)
sedaknyo mulut demo
kato kokre mace-mace
demo blaja dmano
cubo oyak atek kawe
tok pade dgn tino
ko ore jate demo tok here
stakat kena minyok guno
lamo tok abis make

(P)
kato kokre tok kaba
kato ko dia tok napok kelih
dasa jate kure segar
igt kdia braso lebih
lain kali jange begelar
kalu hati brasa tok leh
lamo kena tapok slipar
sakit bulih malu bulih

(L)
cokek mok bolot
tupat dale boko
stakat besa sedak tengok
tok pade dgn mulo
dulu cema polot
mandi manda tok brapo
mace hatu putianok
gutu penuh atah palo

(P)
cokek mok bolot
tupat dale boko
jate gapo mulut banyok
lebih pado sakit jiwo
tok suruh demo tgk
tok upah demo ccaro
kecepe herot petot
mace burung kakok tuo

(L)
kawe cumo sloro
buke kato nok murih
duk igt kato apo
diri demo tok sedih
hajat hati duk kato
nok amik buat kkasih
stakat mulo kito jupo
siye male duk kelih-kelih

(P)
kawe duk agok doh
sejok awal-awal lagi
balik kawe tok kisoh
asal oyak hok sngoti
takdok pasal nyo duk baloh
duk cari benda rugi
kiro gigi dgn lidoh
bele bringat tekacip lagi

(L&P)
cokek mok bolot
tupak dale boko
toksok kecek banyok
doh suko samo suko
mitok maah banyok
hok duk bekok seloro
mitok inzin nga ayoh mok
kito nikoh lepah rayo

(L&P)
cokek mok bolot
tupak dale boko
toksok kecek banyok
doh suko samo suko
mitok maah banyok
hok duk bekok seloro
mitok inzin nga ayoh mok
kito nikoh lepah rayo

Folder Options, Butang Run, Task Manager dan Regedit hilang?

All these options can be restored through the Group Policy management console.
In order to enable them, please follow the steps below:

1. Open C:\Windows\system32\gpedit.msc
2. In the Group Policy window go to the path:

Local Computer Policy >> User Configuration >> Administrative Templates

3. Find the following entries and perform the necessary adjustments:
- To enable Folder Options:
- Go to Windows Components >> Windows Explorer
- Double-click Removes the Folder Options menu item from the Tools menu
- Select Disabled and confirm with OK
- To restore the Run command:
- Go to Start Menu and Taskbar
- Double-click Remove Run menu from Start Menu
- Select Disabled and confirm with OK
- To enable Task Manager:
- Go to System >> Ctrl+Alt+Del Options
- Double-click Remove Task Manager
- Select Disabled and confirm with OK
- To enable Command Prompt and Regedit:
- Go to System
- Double-click Prevent access to the command prompt
- Select Disabled and confirm with OK
- Double-click Prevent access to registry editing tools
- Select Disabled and confirm with OK

4. Close Group Policy

sumber : www.gempaq.org
daripado: en.KuMBang

simieY® ~
masalah ni kalau dalam loghat kelate "dis problem" popular sekitar tahun 2004, 2005. Kawe pun pernah kena skali.hehee..
Tak tau la kalau2 ada lagi yang sesat,penyelesaiannya kena ikut step2 di atas.

zikir harian..



simieY®~
seelok2nya da sudah solat+doa,ambil masa 2 3 minit untuk berzikir..urusan dunia sampai mati pun belum tentu settle lagi.
semoga kita beroleh manfaat.

Kawe dah start main blog ni..

Pagi ni Kawe secara rasminya telah menjadi salah seorang blogger.
Terima kasih banyak2 kepada sedara airmien kerano telah membuka mata Kawe tentang peri pentingnya benda ni.

Untuk membiasakan diri dengan dunia blog ni,Kawe nok cuba promosikan loghat kelate dulu mungkin dalam 2 3 topik. Dah bersedia, Kawe akan teruskan dengan gaya penulisan ikut bahasa pasar.




"Apa yang peting, Kerjasama!!~"

Hohoo..
skali lagu tema wonderpet da.
Apa yang penting,mesej dan maklumat yang Kawe nak sampaikan jelas dan difahami.
Cukup dulu setakat ni untuk kata2 perasmian..