29 Mac 2021

Petua kurangkan misai atau janggut

Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut.

sumber : gempaq.org
daripada : ana81

simieY®~
saje je ni, xde benda nak buat..sambil2 tgk streaming tv. jenguk2 forum..
Da abes baca topik petua ni,skali Kawe teringat kisah2 silam.hohoo..
Kisah ni berlaku kira2 9 tahun lepas,kawe pun masih muda rumaja lagi.maklum la baru belajar form 5..
Kawe belajar di sekolah aliran teknik di Pengkalan Chepa, Kelate. Kompom ada yang boleh agak sekolah mana satu. Pakcik2 makcik2 kat kampung zaman tu panggil sekolah vo-k ja. harus di ingat, bukan skolah vokal yer kanak2 sekalian. skolah vokasional sebenarnya..

ok,kita terus ke citer.
Masuk jer form 5,boleh dikatakan macam2 benda pelik budak2 ASPURA (asrama putera) buat da buat.
antaranya kegilaan untuk tumbuh misai,janggut,sideburn dan segala macam jenis bulu. Kawe pon xsampai hati nak citer..
Kegilaan ni bermula dengan memakai 'minyak bon'. Minyak ni,kalau pegang dgn tangan rase cam melekit2 dan bau pun bulih tahan jugak. alaa..cam minyak gris yang letak kat enjin tu. Kawe pun terlibat jugak dengan aktiviti merepek ni secara tidak serius.maklum la, Kawe ni AJK Makanan ASPURA.hohoo..xde sangkut paut pun.


Mungkin disebabkan kesan yang tidak memberansangkan dalam tempoh yang singkat. Geng2 ekstrem aktiviti ni start cari alternatif baru. Dari minyak bon, mereka bertukar kepada satu cara baru. Entah dari mana2 petua geng2 ni dapat,Kawe pun tak tahu. Yang pasti apa yang akan ceritakan ni mampu membuatkan kamu2 sekalian rasa loya nak dengar.

Geng2 ekstrem guna darah kelawar!!
Statement ni mampu meggegarkan kepala lutut vampire2 d seluruh planet bumi.hohoo..

Yang ni Kawe memang xcampur. cukup la dgn bau minyak bon tu..da serender.secara otomatiknya, kawe tergolong dalam geng2 xberapa ekstrem.hehee..
Bangunan2 sekolah Kawe kiranya bangunan2 lama (bangunan kayu) ja..tiap2 malam memang banyak la kelawar yang terbang mencari makan,berpesta dan bergumbira.

Aktiviti memburu kelawar kadang2 membuatkan Kawe geli hati. Bayangkan berbaju Melayu+berkain pelikat pegang penyapu..da macam ape da.
Asal malam menjelma ja, skolah Kawe jadi meriah. da macam melangkah ke alam misteri lak rasanya..

Aktiviti menangkap kelawar biasanya bermula masa prep malam membawak ke jam 11.30 malam, kadang2 pukul 12 pun belum abes2 lagi. Sepanjang kegilaan baru ni,kelawar2 kat skolah Kawe dah pupus..sampai satu2 tahap, nak tgk kelawar terbang pun susah..dah pindah kot.

Mangsa da dapat, stage seterusnya membuat posyen dan calit pada muka.Kawe tak pernah amik tahu tentang aktiviti baru ni..jadi xboleh la nak citer tentang ramuan2nya. Tak tahu lak kalau2 aktiviti ni ada pengaruh black metal(masa tu tengah hangat). rasanya tujuan geng2 ekstrem hanya untuk percepatkan misai dan janggut tumbuh ja..

Dalam sebulan lepas tu, aktiviti ni pun berhenti macam tu ja. Lepas tu, timbul lak kegilaan lain.hehee..
Kawe pun dah lama xjumpa geng2 ekstrem mahupun geng2 xberapa ekstrem..kalau la betul posyen darah kelawar tu menjadi,tentu muka sekor2 dah macam gorila.hahaa..

Sepanjang kegilaan ni berlangsung, tiada tindakan disiplin yang pernah dikenakan dan tiada komplen pun yang dikeluarkan oleh warden. mungkinkah Ketua ASPURA dan AJK2 lain pun bersekongkol.hohoo..xdapat dipastikan kesahihannya.

Itu ja cerita untuk topik petua kurangkan misai atau janggut yang ada bersangkut paut dengan kenangan hidup Kawe.

3 comments:

  1. Biaso paka minyok Bon neh..
    haih..supo minyok gris bilo
    paka..dop mudoh nok tanggal
    la..

    BalasPadam
  2. basuh nga sabun pon dok hile bau.hohoo..

    BalasPadam
  3. Huhu..selok bau dio..
    dop tehe..


    [kalu tido gak,busuk benge
    pah ko sapul bata]

    BalasPadam

Thanks for your comment.