sekadar gambar hiasan
gambar di atas tiada kena mengena dengan apa yang mahu simieY kongsikan di sini.
melanggar lampu isyarat yang mahu simieY ceritakan ni pun bukan mempunyai maksud seperti gambar di bawah.
innocent traffic light
apa yang simieY mahu bincangkan ialah kesalahan melanggar lampu isyarat (meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat berwarna merah).
tahukah anda, menurut catatan perjalanan saudara Syeikh Yusoff bin Ahmad di Syria dalam blog beliau, denda melanggar lampu isyarat di Syria lebih daripada RM1,000.00.
ada berani????
di Malaysia, denda yang dikenakan maksimum RM300.00.
kepada yang gemar melanggar lampu isyarat dan tidak mendapat saman dan tidak mengalami sebarang kemalangan serta kecederaan.
anda sememangnya bernasib baik..adakah anda akan selalu bernasib baik seperti sebelum ni??
simieY gemar memerhatikan pemandu kereta mahupun penunggang motosikal di lampu isyarat.
ada sesetengah daripada mereka berhenti ketika lampu isyarat merah tetapi tak cukup sabar.
lampu belum sempat bertukar hijau dah bergerak.
sebahagiannya kecil pula suka mengejar lampu kuning, perbuatan ini amat berbahaya.huhuu..
dari segi hukum macam mana pula yer..
saudara Abu Saif telah mengulas tentang hukum mematuhi peraturan jalan raya di dalam blog beliau.
di akhir ulasan, beliau tinggalkan 1 soalan yang cukup menarik untuk direnungkan.
"manakah yang lebih berTAQWA, di antara menunggang motorsikal dengan helmet, berbanding menunggang motorsikal dengan serban?"
anda terpaksa membaca topik yang dipos oleh beliau baru lah dapat menjawab soalan yang tersebut dengan tepat. hehee..
kepada kawan-kawan pembaca, simieY ingin berpesan kepada diri simieY sendiri dan juga kepada anda semua agar mematuhi peraturan lalulintas di jalan raya. ingatlah orang tersayang dan jangan sesekali melakukan perkara yang membahayakan keselamatan anda dan pengguna jalan raya lain.
bagi yang nak berurusan secara online berhubung saman dan sebagainya, boleh layari MyEG Services
lampu merah ngan hijau tu cam same kaler kot...tu pasal ade yang langgar...
BalasPadamkalu rabun warna memang akan tertukar 2 kaler ni.
BalasPadammerah jadi hijau, hijau jadi merah.huhuu..
Wah ini di indon masih banyak yang melanggar lampu isyarat. Jangan ditirulah.Membahayakan diri sendiri ma orang lain
BalasPadamorg kita mmg suka langgar lampu isyarat ni..
BalasPadamklau dh terlambat mmg abis d lentung nya.