majlis akad nikah simieY dan zatuL

entri ini ditulis pada 30/5/2010

insyaAllah..
sekiranya tiada aral melintang dan dipanjangkan umur
pada saat ini simieY telah selamat diijabkabulkan
simieY memohon rakan² blogger dan sahabat handai sekalian sama-sama berdoa agar perjalanan majlis esok berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaanNya

simieY berdoa semoga rakan² blogger dan sahabat handai yang masih bujang cepat² bertemu jodoh. bagi yang dah berkeluarga, semoga dipanjangkan jodoh hingga ke syurga
amin

gambar keluarga semasa bertunang


Doa Suami Isteri

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami mohon restuMu, berkatilah majlis ini.
Limpahkanlah berkat dan rahmat ke atas kami suami isteri, seluruh ahli keluarga kami serta para tetamu kami.
Jadikanlah rumahtangga kami aman dan bahagia dalam ketaatan terhadapMu.
Kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada kami di dunia dan di akhirat.
Sempurnakanlah agama kami dengan berkat ikatan ini.
Amin, Ya Rabbal Alamin.

semua rakan blogger dijemput beramai² ke rumah simieY pada 10/6/10
kad jemputan boleh dilihat dengan mengklik url di bawah
http://dl.dropbox.com/u/4059018/IMG.jpg

bagi yang memiliki gps ataupun telefon yang canggih;
koordinat lokasi: N06°02.959' E102°10.460'




8 ulasan:

belalang hijau berkata...

bro...
selamat pengantin baru...
semoga berkekalan hingga ke anak cucu

stingray berkata...

Alhamdulillah, tahniah
selamat pengantin baru

Shiela Latif berkata...

selamat pengantin baru simiey ~

dunspeak♥ berkata...

slmt pengantin baru simiey :D
cpt2 la dptkan org baru yea..hehe...eh org baru tu maksudnya baby tau,bukan isteri baru..hekk

pch berkata...

waaa...best lerr...
slmat pngatin baru bro

cikCEPET berkata...

congrats yep..!!

:))

faye berkata...

semoga berbahagia hingga ke anak cucu

handzalah berkata...

Selamat Pengantin Baru Boh!!Moga Kekal Bahagia ke akhir hayat :)