• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Dua

Renungan Ramadhan 22

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita bersyukur kepada Allah kerana kini kita berada di sepertiga akhir Ramadhan. Dalam tempoh ini, Allah membebaskan ramai manusia dari api neraka. Peluang untuk bebas dari api neraka adalah sesuatu yang significant.

Tidak dapat kita bayangkan siksa api neraka yang disebutkan oleh Allah:

“Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat
yang paling jelek.”
(surah al-Kahfi: 29)

juadah berbuka puasa dicampur wain

SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.

BUKTI...antara produk mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit.

Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.

Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.

duit bantuan RM450 tetapi tambang untuk ambil duit RM500

Tiada mesen ATM punca penduduk Baram, Bario dan Mulu sukar dapat wang

Pekan Long Lama tidak mempunyai kemudahan ATM menyukarkan penduduk untuk mendapatkan wang dan terpaksa ke Miri.

MIRI: Elaun sara hidup diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya antara RM60 hingga RM450 sebulan, tetapi kos pengangkutan terpaksa ditanggung untuk ke bank bagi menuntutnya pula antara RM200 hingga RM500.

Itulah nasib 200 golongan kurang upaya dan warga tua dari kawasan Baram, Bario dan Mulu di utara Sarawak setiap bulan, apabila mahu mengeluarkan elaun yang diberikan jabatan itu daripada bank ditetapkan.
Bagi perjalanan dari semua penempatan di tiga kawasan itu, penerima bantuan sara hidup terpaksa membelanjakan sebahagian besar daripada wang sumbangan ke bank di Marudi, Miri atau Lawas.

8 premis di bazar Ramadan Besut diarah tutup

BESUT: Lapan premis makanan di beberapa buah bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup ekoran pemeriksaan ke atas sampel makanan yang dijual didapati melanggar peraturan pengendalian dan diragui kebersihannya.

sekadar gambar hiasan

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, tindakan itu hasil pemantauan dan penguatkuasaan di 4,339 premis di negeri itu sejak awal Ramadan.

Katanya, ekoran itu pihaknya turut merampas 519 jenis makanan dengan nilai RM2,232 dan sebanyak 27 amaran dikeluarkan kepada pemilik premis serta pengusaha kerana pelbagai kesalahan.

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Satu

Renungan Ramadhan 21

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Perang Badar begitu signifikan bagi sejarah Islam dan individu yang terlibat di dalamnya dimuliakan oleh Allah. Dalam riwayat-riwayat hadis biasanya gelaran “ahli Badr” disebutkan selepas menyebut nama-nama mereka.

Para Sahabat Nabi yang terlibat dalam perang Badar mendapat penghormatan sehingga Nabi melarang Umar Ibn Khattab (ra) daripada mengapa-apakan Hatib Ibn Abi Baltaah yang cuba memberi amaran awal kepada penduduk Makkah mengenai rancangan Nabi menakluk Makkah.
Nabi berkata ,
“Dia itu mengikuti perang Badr, betapa hilang ingatanmu kalau Allah melihat ahli Badar dan
berfirman :

pemeriksaan percuma kenderaan persendirian dan motosikal oleh puspakom sempena musim perayaan

KUALA LUMPUR: Puspakom Sdn Bhd menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian dan motosikal di semua cawangan Puspakom sempena musim perayaan ini.



Pemeriksaa percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-HICOM ini bermula hari ini sehingga 9 September.

Kerajaan Kelantan saman Petronas

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan hari ini memfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Mahkamah Tinggi di sini berhubung dakwaan melanggar kontrak.


Saman difailkan di Bahagian Pendaftaran Perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9.30 pagi ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Saman itu turut melibatkan beberapa isu Perlembagaan. - BERNAMA

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaanKelantansamanPetronas/Article

pesara tawar jual surat Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

NIBONG TEBAL: Satu dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 yang ditandatangani Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertarikh 31 Ogos 1957 ditawarkan kepada sesiapa yang berminat membelinya pada harga RM65,553.



Pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Md Rouse Mohamad, 64, yang memiliki dokumen berkenaan, berhasrat menjualnya kepada Muzium Negara atau mana-mana individu berminat memilikinya sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-53, esok.

Dokumen yang ditulis Jawi, antara lain menyebut negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka, diisytihar menjadi Persekutuan Tanah Melayu.

lelaki belasah tunang hingga mati dihukum gantung

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang jurujual peralatan gas selepas didapati bersalah membunuh tunangnya dua hari sebelum tarikh mereka diijabkabulkan, empat tahun lalu.


Hakim Datuk Zamani A Rahim membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh, Raja Saiful Nizam Raja Ali, 28, dari Bandar Amanjaya, Sungai Petani, dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 12.01 tengah malam hingga 4 pagi, 29 Ogos 2006 di lereng bukit Tanjung Jaga, Yan.

gangguan bekalan air di Tanah Merah esok

KOTA BHARU: Beberapa kawasan di Tanah Merah dijangka akan mengalami masalah gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan penyambungan dan ubahsuai paip di loji rawatan Air Bukit Remah, bermula esok.


Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata antara kawasan terlibat adalah bandar Tanah Merah, Jalan Jedok, Jalan Klinik, Manal, Padang Siam, Lubuk Rotan, Bukit Panau, Belimbing, Jalan Lubok, Bukit Gading, Bechah Laut, Jerangau dan Temangan.

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh

Renungan Ramadhan 20

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Perkara yang menukar arus perjalanan sejarah sering berlaku di dalam bulan Ramadhan. Seperti kita lihat dalam Siri ke 18 dan 19, peristiwa turunnya al-Quran begitu bererti kepada sejarah umat manusia. Setelah al-Quran diturunkan, dengan kommunikasi langsung dari Allah, Rasulullah (saw) terus giat berusaha berdakwah mengajak manusia kembali mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Baginda berjaya mendapat sokongan beberapa individu tetapi mendapat tentangan hebat dari seluruh kepemimpinan Makkah.

tol percuma sempena merdeka

KUALA LUMPUR: Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) akan memberikan tol percuma bagi semua kelas kenderaan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Sazally Saidi berkata tol percuma ini akan diberikan selama 24 jam bermula 31 Ogos mulai 12 tengah malam hingga tengah malam hari berikutnya.

Facebook saman Teachbook

CALIFORNIA: Pengurusan laman Facebook mengemukakan saman terhadap web masyarakat perguruan baru, Teachbook.com, kerana menggunakan perkataan ‘book’ sebagai sebahagian nama, menurut dokumen mahkamah.


Facebook mengambil tindakan itu meskipun Teachbook belum dilancarkan dengan rasmi atas alasan ‘ia mengambil peluang daripada reputasi terkenal nama Facebook, lapor Wired.com yang dipetik akhbar The Telegraph, semalam.

2 rakyat malaysia ditahan bakar sang saka merah putih depan kedutaan indonesia

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki rakyat tempatan berusia 30 dan 40 tahun selepas mereka membakar bendera Indonesia, Sang Saka Merah Putih di luar kedutaan besar republik itu, di Jalan Tun Razak, di sini, awal pagi semalam.


Mereka dipercayai berbuat demikian sebagai tindak balas kebiadapan rakyat Indonesia membakar, memijak dan melontar najis pada Jalur Gemilang dalam tunjuk perasaan depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.

Renungan Ramadhan Malam Kesembilan Belas

Renungan Ramadhan 19

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Wahyu suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad pada bulan Ramadhan di Gua Hira’ merupakan titik tolak penting dalam sejarah umat manusia. Wahyu yang bermula dengan menyuruh manusia membaca, “Iqra’ “ mempunyai makna yang mendalam.

Sepanjang 23 tahun perhubungan langsung tersebut, Allah telah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur.
“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.” (Surah al-Isra’: ayat 106)

wanita curi penutup siling lif berjaya dicekup pegawai keselamatan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 38 tahun kempunan selepas gagal menjual penutup siling lif yang baru dicuri bersama dua rakannya apabila dicekup pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di Taman Muda di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun, dua rakan subahat wanita terbabit berjaya meloloskan diri walaupun sudah dikepung dua pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, ketiga-tiga suspek dipercayai menceroboh bangunan asrama milik sebuah kolej yang sudah ditinggalkan sebelum mencuri barangan berharga dalam bangunan berkenaan.

Iran tawar senjata kepada Lubnan

TEHERAN: Iran bersedia menjual senjata buatannya kepada Lubnan sekiranya Beirut meminta bantuan untuk melengkapkan senjata ketenteraannya, kata Menteri Pertahanan Iran, semalam.

Jeneral Ahmad Vahidi berkata demikian sehari selepas pemimpin kumpulan Syiah Hezbullah, Sheik Hassan Nasrallah menggesa kerajaan Lubnan meminta bantuan ketenteraan daripada Iran. “Lubnan adalah sahabat kami. Sekiranya mereka benar-benar memerlukan bantuan, kami sedia menjalankan urus niaga senjata,” kata Ahmad seperti dilaporkan agensi berita Irna.

Dalam ucapan secara langsung di televisyen Selasa lalu, Sheikh Hassan berkata, kumpulan sokongan Hezbullah di Iran sedia menawarkan bantuan kepada Lubnan. Pemimpin Hezbullah itu membuat saranan demikian selepas Kongres Amerika Syarikat membatalkan bantuan ketenteraan bernilai AS$100 juta (RM320 juta) kepada Lubnan awal bulan ini. Amerika bimbang jika bantuan ketenteraan itu digunakan untuk menentang Israel.

Kerajaan Lubnan mempunyai akaun di bank pusat bagi membolehkannya menerima sumbangan bagi urus niaga pembelian senjata ketenteraan.

Bagaimanapun, Beirut bukan saja bergantung kepada bantuan Amerika tetapi juga negara lain seperti Rusia dan dunia Arab. - AP

sumber asal : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Irantawarsenjata/Article/index_html




Duit raya RM500 dibayar 1 September

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada 1 September ini.
not RM500 yang pernah digunakan oleh Bank Negara Malaysia

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bagi pesara melalui sistem pembayaran melalui bank pula akan dilakukan pada 6 September manakala bagi pesara yang dibayar melalui waran akan diposkan sebelum tarikh tersebut.

Jabatan itu berkata, pegawai yang layak terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.

Renungan Ramadhan Malam Kelapan Belas

Renungan Ramadhan 18

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita semua maklum bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah di bulan Ramadhan.
Para ahli seerah menerangkan bahawa pada satu malam di bulan Ramadhan, ketika Nabi (saw) sedang bertahannuth di gua Hira’ turun malaikat Jibrail menyuruh baginda membaca.

Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
(surah al-Alaq:1-4)

dua pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mati ditembak rakan setugas

KLANG: Dua pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, mati ditembak rakan setugas mereka di perkarangan tempat letak kereta kakitangan hospital itu pagi tadi.
P. Mailvanagam , 47, dari Kuala Lumpur dan S. Gunasilan, 22, dari Taman Sentosa di sini, masing-masing terkena satu das tembakan di dada, mati di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah berkata kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati pengawal keselamatan berumur 37 tahun itu terhadap seorang daripada mangsa yang menegurnya kerana tidur semasa bertugas.

"Tindakan seorang daripada mangsa menegur suspek menyebabkan berlaku pertengkaran dan cabar-mencabar antara suspek dan mereka.

"Dalam pertengkaran itu suspek kemudian melepaskan dua das tembakan menggunakan selaras pump gun, satu das tembakan mengenai setiap mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Omar berkata, pengawal keselamatan yang berasal dari Sabah itu menyerah diri di pondok polis HTAR sejurus selepas kejadian itu. Dia baru tiga bulan bertugas di hospital itu.

gadai tunang untuk langsai hutang judi

BETONG: Dayus dan dajal perkataan paling sesuai bagi menggambarkan perjanjian setan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan kesucian tunangnya sendiri untuk diragut rakan sebagai cara melangsaikan hutang selepas kalah judi.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk yang menimpa gadis berusia 21 tahun itu berlaku di rumah nenek lelaki terbabit di Lempaung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa terlebih dulu dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah neneknya, namun lelaki terbabit mula mengatur helah dengan memberi alasan dia terpaksa keluar kononnya untuk berjumpa seseorang dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.

Tunku Ismail tiada akaun Facebook!!~

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, 25, tidak mempunyai akaun laman rangkaian sosial Facebook sendiri.


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Menurut sumber terdekat istana, hanya dua orang putera Sultan Johor yang mempunyai laman rangkaian sosial tersebut iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, 22, dan adindanya, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 20.

Renungan Ramadhan Malam Ketujuh Belas

Renungan Ramadhan 17

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Kita perlu berdamping dengan al-Quran sepanjang Ramadhan; bahkan sepanjang hidup kita seharian.
Untuk mendapatkan manfaat terbaik dari al-Quran, adalah penting untuk kita memastikan kita menghampiri al-Quran dengan cara yang betul.

Dr. Khurram Murad dalam bukunya “Way to the Quran” telah meletakkan beberapa pra-syarat asas bagi kita mendapat sesuatu yang bermanfaat dari perhubungan kita dengan kita hidayah dari Yang Maha Pencipta ini.

cara tukar status chat facebook jadi invisible seperti yahoo mesengger, skype, etc

mesti ramai yang tercari² cara nak set status kotak chat facebook jadi invisible.

sebenarnya senang ja caranya.
tak payah nak guna apa² application.
ikut langkah² di bawah..
kurang dari seminit siap =)

tentera taiwan diharamkan pejam mata di tempat awam

TAIPEI: Tentera Taiwan mengharamkan anggotanya terlelap atau memejamkan mata ketika mengenakan pakaian seragam di tempat awam, kata Kementerian Pertahanan negara itu, semalam.


royalti minyak : kelantan akan saman petronas 30 ogos ni

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengemukakan saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu.


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan EXCO di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan mengemukakan writ saman itu di Pejabat Pendaftar Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Renungan Ramadhan Malam Keenam Belas

Renungan Ramadhan 16



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Membaca al-Quran adalah satu amalan yang amat digalakkan bagi seorang Islam. Ini ialah kerana al-Quran ialah kitab Hidayah dari Allah yang diturunkan bagi menjawab doa yang kita ulang-ulangkan di dalam surah al-Fatihah:

“ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”.
(surah al-Fatihah: 6)

disamun dan disuntik cecair

IPOH: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini, bukan saja menjadi mangsa samun seorang lelaki tidak dikenali, malah turut disuntik sejenis cecair yang tidak diketahui hingga menyebabkannya terlantar di hospital sejak seminggu lalu.

Lebih membimbangkan, doktor kini memantau keadaan mangsa dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti cecair yang disuntik lelaki terbabit.

Berdasarkan pemeriksaan awal dan ujian darah, doktor mengesahkan mangsa tidak dijangkiti jangkitan seperti virus, hepatitis atau HIV, namun pihak hospital akan memantau keadaan mangsa dan menjalankan ujian darah kali kedua dalam tempoh tiga bulan lagi.

Renungan Ramadhan Malam Kelima Belas

Renungan Ramadhan 15


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Sifat pemurah merupakan salah satu daripada sifat-sifat orang beriman dan lebih-lebih lagi oleh kerana bulan Ramadhan merupakan bulan kebajikan, maka sifat pemurah telah menjadi lebih terserlah. Rasulullah (saw) yang menjadi ikutan kita telah memberikan contoh yang terbaik dalam hal ini. Kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan berlipat ganda dibanding bulan-bulan lainnya,
sebagaimana kemurahan Tuhannya berlipat ganda pada bulan ini. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (r.a.) bahawa:

maut kereta dibaling batu

KUALA LANGAT: Seorang peniaga maut selepas kenderaan yang dinaikinya dipercayai dibaling batu-bata sebelum mengenai cermin kereta dan tepat mengenai dada mangsa menyebabkan dia patah tulang rusuk selain mencederakan jantungnya.



Dalam kejadian jam 12.30 malam semalam di Jalan Banting-Klang, Batu 13, Sungai Jarom, mangsa, Lau Wai Keong, 32, bersama rakannya yang memandu kenderaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bandar Utama, Petaling Jaya.

mayat melambung atas pokok

KUALA TERENGGANU – Hujan tiada, ribut pun tiada, namun sebuah rumah usang di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga dekat sini semalam tiba-tiba meletup dan menghasilkan gegaran yang boleh dirasai oleh beberapa buah rumah lain di kampung tersebut.

Rumah simpan mercun yang meletup di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian yang menakutkan pada pukul 12.30 tengah hari itu, mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok di hadapan rumah itu manakala dua lagi lelaki cedera parah.

Ketiga-tiga mangsa itu berada di dalam rumah kayu yang agak tersorok di kampung itu ketika tragedi berlaku.

kedutaan besar Malaysia di Jakarta dilempar najis

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada satu demonstrasi petang ini.


Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.
Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Renungan Ramadhan Malam Keempat Belas

Renungan Ramadhan 14


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Negara parasit Israel ditubuhkan melalui mandat PBB pada 1947. Pada tahun 1947 juga, sebuah tanah Islam lain turut tergadai sehingga hari ini. Jammu dan Kashmir ialah sebuah wilayah yang terletak di sempadan utara India dan Pakistan. Ia terkenal sebagai satu kawasan mempunyai kawasan semulajadi yang amat cantik dan menarik.

maklumat terkini KWSP boleh diperolehi di facebook dan twitter

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan mendaftar di laman sosial Facebook dan Twitter.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kewangan dan Khidmat Pelanggan KWSP, Hizwani Hassan berkata akaun Facebook didaftarkan dengan nama 'Kumpulan Wang Simpanan Pekerja' dan Twitter KWSP di KWSPBuzz. Katanya, penggunaan media sosial seperti itu akan membolehkan berita terkini KWSP disebarkan lebih cepat melalui gambar dan video.

Renungan Ramadhan Malam Ketiga Belas

Renungan Ramadhan 13


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Salah satu perkara menghantui umat Islam kini ialah isu Palestin yang belum selesai. Kita merasa amat sedih dengan penderitaan harian yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di sana. Rumah mereka diruntuhkan, anak-anak mereka dibunuh, wanita mereka dicabuli. Ini berlaku dalam tanah air kita dan mereka.

Renungan Ramadhan Malam Kedua Belas

Renungan Ramadhan 12


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kembali kita kepada isu solidariti umat seperti kita telah bincangkan di dalam Renungan Ramadhan 10.
Ramadhan mengingatkan kita bahawa Umat Islam adalah satu. Ia umpama satu badan, seperti disebut oleh Nabi saw:

“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat-merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.”
(Hadis Riwayat Muslim)

angkasawan seperti berusia 80 tahun ketika di angkasa lepas

CAPE CANAVERAL (Florida): Angkasawan akan menjadi lemah seperti mencecah usia 80 tahun selepas enam bulan berada di Stesenn Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), demikian menurut kaji selidik terbaru yang menimbulkan kebimbangan ketika NASA sedang berfikir sedalam-dalamnya untuk meneruskan penjelajahan ke asteroid dan Marikh.



Ahli Biologi Universiti Marquette, Robert Fitts, yang mengetuai penyelidikan itu, menekankan penuaan di angkasa lepas yang berlalu dengan cepat adalah bersifat sementara, di mana otot mereka (angkawasan) akan kembali pulih selepas beberapa bulan kembali ke bumi.

cuba bakar ibu, ayah dan ugut rogol kakak tidak diberi duit RM100

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila cuba membakar ibu, ayah dan kakaknya dengan menyimbah petrol kepada mereka bertiga selepas permintaannya untuk mendapat wang RM100 tidak dipenuhi.

Tidak cukup dengan itu, anak durjana berusia lewat 20-an terbabit turut mengugut akan merogol kakaknya yang berusia 30 tahun di hadapan ibu bapanya jika mereka masih enggan memenuhi permintaannya.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi kelmarin di sebuah rumah di Segambut di sini, sejurus lelaki itu pulang ke rumah dan mengamuk secara tiba-tiba.

cuti putus cinta diperkenalkan di Jepun

TOKYO: Kakitangan di sebuah syarikat pemasaran di Jepun dibenar mengambil cuti andai mereka putus cinta. Cuti itu lebih lama jika usia lebih tua.


Hime and Company yang beribu pejabat di Tokyo yang turut memberi pelepasan kepada kakitangan untuk membeli belah menegaskan, cuti putus cinta itu untuk membenarkan kakitangan menghilangkan kesedihan dan datang kerja dengan perasaan tenang.

"Tidak semua orang boleh mengambil cuti melahirkan anak tapi semua kakitangan boleh mengambil cuti putus cinta," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Miki Hiradate.

Renungan Ramadhan Malam Kesebelas

Renungan Ramadhan 11


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita kini berada di hari ke 11 Ramadhan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua Ramadhan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kita kini memasuki fasa “maghfirah”. Sepuluh hari yang berlalu, kita berharap rahmah, belas kasihan dari Allah. Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hamba-hamba-Nya.

Israel rancang bina terowong keliling Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Yayasan Warisan dan Kebajikan al-Aqsa mendedahkan satu rancangan baru Israel yang menyasarkan untuk membina sebuah terowong bawah tanah di sekeliling Masjid al-Aqsa.



Dalam satu kenyataan bertulis dikeluarkan pada 16 Ogos, Yayasan itu berkata;

Menerusi rancangan itu, pihak berkuasa jajahan menuntut untuk mendirikan terowong menghubungkan Laluan Alsharaf yang digelar Laluan Yahudi, dengan kaki lima Buraq (merujuk kepada perkarangan Masjid Kubah Emas) dan Masjid al-Aqsa. Ia berkata pendedahan rancangan itu dilakukan setahun setengah lalu.

Renungan Ramadhan Malam Kesepuluh

Renungan Ramadhan 10



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ramadhan yang penuh keberkatan ini disambut di seluruh dunia secara serentak. Walaupun, oleh kerana kedudukan geografi yang berlainan, kita tidak dapat menyambutkan pada satu ketika yang sama.. tetapi semuanya menyambut pada satu tarikh yang sama yakni kemunculan anak bulan
Ramadhan di tempat masing-masing.

lafaz niat zakat fitrah dan waktu² mengeluarkan zakat fitrah serta hukum²nya

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang dan malam).


Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:

“Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberikan makanan (juadah) kepada orang-orang miskin. Dan barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum sembahyang hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) selepas sembahyang hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan zakat fitrah).
Hadis riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah

Renungan Ramadhan Malam Kesembilan

Renungan Ramadhan 9



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Salah satu ruh yang penting dalam puasa ialah mewujudkan rasa kebersamaan dengan orang yang kurang bernasib baik. Puasa membolehkan kita yang berkemampuan (secara sukarela) merasa apa yang dirasai (secara terpaksa) oleh golongan yang tidak berkemampuan menikmati makanan dan minuman
yang mencukupi setiap hari.

Bayangkan, kita menahan diri secara sukarela sedangkan peti sejuk kita dipenuhi makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai bahan, tetapi mereka yang kurang bernasib baik terpaksa berlapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli walaupun makanan yang asas seperti beras dan minyak. Kita masih boleh bergembira kerana kita tahu, lapar kita sekadar adalah seketika, sementara menunggu berbuka tetapi bagi mereka entah malam ini, entah esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi keluarga.

Renungan Ramadhan Malam Kelapan

Renungan Ramadhan 8



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:

Tidaklah berpuasa itu dari makan-minum semata, tetapi berpuasa itu adalah dari perbuatan kosong dan perkataan keji. Maka jika kau dicaci orang atau diperbodohnya, hendaklah kamu mengatakan: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”
(hadis riwayat Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Renungan Ramadhan Malam Ketujuh

Renungan Ramadhan 7


Assalamu alaikum warahmatullah,
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Nabi (saw) mengingatkan kita bahwa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan.

Di dalam spektrum yang begitu luas, di manakah kita?

Untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran. Tetapi itu saja tidak mencukupi.

Renungan Ramadhan Malam Keenam

Renungan Ramadhan 6


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu
dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki. Selain itu orang yang berpuasa juga dijanjikan kemapunan bagi dosa yang lalu.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah (saw) telah bersabda:

“ Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”
(hadis riwayat Ahmad dan Ashabussunan)

Renungan Ramadhan Malam Kelima

Renungan Ramadhan 5


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ketahuilah bahawa puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat untuk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah.
Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai keistimewaan pada hari qiamat. Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi (saw) bersabda:

“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”. Akan diseru pada hari qiamat: “ Mana orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup”.
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Renungan Ramadhan Malam Keempat

Renungan Ramadhan 4


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:

Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan, tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda:

“Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”

Renungan Ramadhan Malam Ketiga

Renungan Ramadhan 3


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi (saw):

“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Renungan Ramadhan Malam Kedua

Renungan Ramadhan 2



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Allah swt berfirman, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)

kurma Jordan River produk keluaran Israel

salah satu produk keluaran Jordan River


email ni diterima pada 19/7/2010.
tapi terlepas pandang.huhuu..


Sekarang bulan puasa dah menjelma.........berhati-hati........be careful of Kurma Yahudi .. 
Tolong Distribute!

Renungan Ramadhan Malam Pertama

Renungan Ramadhan 1

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :

“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitmen kepada solat terawih.