Mereka dipercayai berbuat demikian sebagai tindak balas kebiadapan rakyat Indonesia membakar, memijak dan melontar najis pada Jalur Gemilang dalam tunjuk perasaan depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.
Difahamkan ini, tindakan fizikal pertama rakyat Malaysia terhadap Indonesia berikutan isu itu selepas hanya bantahan rasmi dibuat selama ini, termasuk oleh Pemuda UMNO.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis akan mengambil bertindak tegas dan menangkap rakyat Malaysia yang cuba menimbulkan kekecohan di Kedutaan Besar Indonesia, termasuk membakar Sang Saka Merah Putih atau menimbulkan kekecohan.
sumber asal : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2ditahanbakarbenderaIndonesia/Article
0 comments:
Catat Komen
Thanks for your comment.