23 Sep 2010

Bendera kepung rumah Duta Malaysia dan tuntut tinggalkan Indonesia

JAKARTA: Kira-kira 500 orang bermotosikal mengadakan protes di depan kediaman Duta Malaysia di Jakarta, semalam, bagi mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah yang berlaku baru-baru ini.

Mereka dilaporkan mengepung rumah Duta Malaysia, Syed Munshe Afdzaruddin, dan menuntutnya meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari.

Penunjuk perasaan juga mengancam untuk mengusir mana-mana warga Malaysia yang ditemui di kompleks beli-belah berhampiran.

Jurucakap Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) berkata, jika duta itu gagal keluar dari Indonesia, mereka akan menggeledah rumahnya bagi memindahkan semua barangan di dalamnya.


“Malaysia benar-benar melampau dan sekali lagi mendera serta merogol pembantu rumah kita. “Kami hilang sabar kerana Malaysia terus menghina Indonesia dan warganya,” katanya. - AFP

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BenderatuntutDutaMalaysiatinggalkanIndonesia/Article


kes bawa lari anak dara orang ke Lombok tak dikira sebagai penghinaan ke?





1 comments:

  1. DIorang ni bengong. ingat diorang tu bagus sgt! Dtg ke Malaysia wat setan sana sini, mana org tak mrh. tak sedar rakyat diorg tu menumpang kt negara ni...sedarlah sket!

    BalasPadam

Thanks for your comment.