11 Okt 2010

Hos TV ejek Ketua Menteri New Delhi, Sheila Dikshit letak jawatan

WELLINGTON: Seorang hos televisyen umum New Zealand meletak jawatan semalam selepas ejekannya ke atas nama seorang diplomat India mencetuskan satu bantahan perkauman diplomatik.

Pengacara kontroversi Paul Henry melepaskan jawatannya dengan Television New Zealand kerana ejekannya terhadap nama Ketua Menteri New Delhi, Sheila Dikshit.


Nama keluarganya bermaksud ‘orang yang menerima permulaan agama’ dan ia hanya boleh digunakan golongan Brahmin, kasta tertinggi di kalangan masyarakat India. Bagaimanapun, bagi pendengaran tidak biasa, ia disebut sama dengan sebutan bahasa Inggeris.


Dalam rancangan Breakfast dua minggu lalu, Henry turut menggelar nama Dikshit ‘amat tidak wajar kerana beliau seorang India.’

Dikshit, setaraf dengan datuk bandar, turun padang untuk melihat persediaan akhir Sukan Komanwel yang kini sedang berlangsung di ibu kota India itu. – AP

sumber asal: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HosTVejekdiplomatIndialetakjawatan/Article

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.