patung bogel dijual secara terbuka di Perlis

PADANG BESAR - Mungkin hanya untuk tarikan, namun seorang peniaga tidak mempedulikan sensitiviti apabila dia dikesan menjual patung wanita separuh bogel secara terbuka di Pasar Sehari Wang Kelian di sini kelmarin.

Patung yang menampakkan buah dada wanita itu akan bergerak-gerak selepas dihidupkan dengan hanya menggunakan tenaga solar apabila coli patung itu ditanggalkan.

Menurut peniaga tersebut yang enggan dikenali, patung itu dijual pada harga RM10 sahaja dan permainan tersebut sesuai diletakkan di papan pemuka kenderaan untuk menghilangkan rasa mengantuk.

"Pelanggan yang berkunjung suka melihat patung ini apabila buah dadanya bergerak-gerak selepas colinya ditanggalkan.


"Dalam sehari lebih lima buah akan terjual. Patung ini sesuai diletakkan di dalam kereta dan kebanyakan pembeli adalah orang muda," katanya.

Sumber asal: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

p o t p e t p o t p e t :

hmm..macam mana boleh terlepas pandang benda camni.
"permainan tersebut sesuai diletakkan di papan pemuka kenderaan untuk menghilangkan rasa mengantuk"


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anda membuat beberapa poin bagus di sana. Saya melakukan pencarian pada subyek dan ditemukan terutama orang akan persetujuan dengan blog Anda.

Tanpa Nama berkata...

Itu adalah membaca sangat menarik . Saya ingin mengutip tulisan Anda di blog saya . Dia bisa ? Dan Anda dan orang lain account untuk Twitter ?