• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

kotak rokok imej lebih ngeri

PUTRAJAYA - Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.
ANTARA imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.

Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.

"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha. Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.

ibu mengandung mengidam penggilap perabot

BIRMINGHAM: Seorang ibu menghadapi masalah pelik sepanjang tempoh kehamilannya - mengidam makan penggilap perabot.
EMMA dengan penggilap perabot kegemarannya.

Emma Veness, 26, perlu makan semburan pembersih itu sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Wanita yang hamil tujuh bulan itu sudah memakan tiga tin semburan pembersih meskipun bimbang ia boleh menjejaskan bayi perempuan yang dikandungnya.

Emma yang disahkan menghidap Pica, penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan penghidapnya mengidam bahan bukan makanan berkata: “Saya tidak dapat menjelaskan kenapa saya begitu sukakannya. Saya berpendapat ia banyak berkait dengan teksturnya.

Ibu gemuk peroleh AS$90,000 (RM269,910) setahun

NEW JERSEY, Amerika Syarikat - Seorang wanita yang mahu menjadi ibu yang paling gemuk di dunia, Donna Simpson memperoleh pendapatan sebanyak AS$90,000 (RM269,910) setahun daripada para peminat yang membuat bayaran di online untuk menyaksikan dia makan, lapor sebuah akhbar semalam.


PARA peminat membayar AS$20 untuk melihat Donna Simson makan di laman webnya di internet.
 
Ibu itu, Donna Simpson, 44, yamg mempunyai dua anak kini memiliki berat 317.51 kilogram (kg) dan dia perlu menambah berat badan untuk menjadikan ibu paling gemuk di dunia. Donna perlu menambah berat badan sehingga 457.22kg untuk menjadi ibu paling berat di dunia.
Keuntungan daripada laman online yang menyiarkan imej dia makan membolehkannya menyimpan wang untuk membeli makanan yang dianggarkan AS$805.35 (RM2,415.24) seminggu. Para peminatnya menyaksikan dia makan burger, piza, kek, kentang goreng, daging dan minuman berkarbonat di laman webnya dengan kadar bayaran AS$20 (RM60.14) untuk tempoh 30 hari.

cipta permbersih hampagas daripada kadbod

LONDON - Seorang pencipta Britain berusia 22 tahun, Jake Tyler mencipta pembersih hampagas daripada barangan kitar semula kadbod, lapor sebuah akhbar semalam.
JAKE TYLER bergambar bersama pembersih hampagas ciptaannya yang diperbuat daripada kadbod.

Dia yang merupakan pelajar rekaan industri di Universiti Loughborough berharap ciptaannya itu akan dapat dijual di pasaran Asia seperti China dan Hong Kong.
 Tyler mencipta pembersih hampagas itu dengan kerjasama kakitangan syarikat pengeluaran peralatan pembersihan, Vax di Worcestershire. Syarikat itu tertarik dengan ciptaan Tyler sehingga ia berhasrat untuk dipasarkan. - Agensi


sumber asal : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

burger terbesar di dunia

LOS ANGELES - Dua chef berjaya menghasilkan hamburger terbesar di dunia yang memerlukan masa selama 15 jam untuk dimasak dengan berat 352.44 kilogram (kg) di Pleasanton, California.
BRETT ENRIGHT (kiri) dan Nick Nicora mengangkat tangan di depan burger terbesar di dunia di Pleasanton, California pada 2 Julai lalu.
Burger itu dihasilkan oleh chef Brett Enright dari restoran Juicy's Outlaw Grill di Phoenix dan Nick Nicora yang merupakan tukang masak di syarikat makanan Ovations Food Services pada 2 Julai lalu.