• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Harvinder Singh tampar Menteri Pertanian, Sharad Pawar di majlis politik

NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.

HARVINDER SINGH yang menampar Menteri Pertanian India, Sharad Pawar, ditahan dalam sebuah kereta polis di New Delhi semalam.

Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.

Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.

Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.

“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.

Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.

Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.

Kristina Rei ketagih bibir tebal seperti watak kartun Jessica Rabbit

ST PETERSBURG: Seorang wanita Kristina Rei yang tidak suka memiliki bibir nipis membelanjakan 4,000 pound (RM20,000) untuk suntikan bibir.


KRISTINA dengan bibir asal (kiri) dan selepas mendapatkan 100 suntikan. Gambar kanan adalah watak kartun Jessica Rabbit.

Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu. Wanita berusia 22 tahun itu percaya bibirnya kelihatan hodoh dan dia cemburu dengan bentuk bibir penuh yang dimiliki kakaknya.


Kristina yang juga seorang juruteknik kemudian melakukan 100 kali suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.

Kristina yang mengagumi karakter kartun Jessica Rabbit berkata: “Saya rasa saya nampak hebat.


“Saya sukakan bibir tebal Jessica Rabbit. Pada pandangan saya, dia adalah wanita sempurna,” katanya.


Kristina yang mengakui ketagih dengan suntikan itu kini ingin bibir yang lebih muncung, telinga dan hidung yang runcing dan payu dara lebih besar.

Kristina berkata: “Ia membuatkan saya gembira. Kadangkala orang lain mengejek saya mempunyai bibir tebal tetapi saya tidak hiraukannya.

Wanita diserang Cimpanzi dapat muka cantik dari penderma

HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.

GAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.

Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.

"Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin.

"Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya.

Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.

"Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya.

Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.

Pasangan kahwin pada 11.11.2011 jam 11.11 bercerai kerana hantaran perkahwinan

DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.

SHAWKAT ALI KHAN duduk di sebelah isterinya, Farzana Yasmin dalam majlis perkahwinan di Borguna, Bangladesh pada 11.11.2011.

Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.

Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.

Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.

"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.

Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.

Biskut beras terbesar di dunia

TOKYO - Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.
BEBERAPA ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia bergambar dekat biskut beras terbesar di dunia di wilayah Chiba, Tokyo semalam.

Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.

Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.

Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.

Abu mayat diproses jadi manik

INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.

PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil)MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia.

Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.

Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.

"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.

Liu Bolin, artis halimunan menyamar jadi rak sayur

BEIJING - Artis China Liu Bolin sekali lagi mengagumkan peminatnya apabila dia menyamar sebagai rak sayur di sebuah pasar raya di sini kelmarin.
SEORANG wanita ketawa ketika menolak troli dan mendekati artis China, Liu Bolin di sebuah pasar raya di Beijing, China kelmarin.

Digelar artis halimunan kerana kepakarannya menyatukan diri dengan pelbagai latar belakang, Bolin, 35, bergiat aktif dalam seni ilusi optik sejak enam tahun lalu.

Lelaki tersebut kerap melakukan persembahan solo dan berkumpulan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada Jun lepas, dia pernah menyamar sebagai rak majalah di New York. - Reuters

Kerani menang RM3.07 juta jawab soalan sejarah

NEW DELHI, India - Soalan yang menyebabkan seorang kerani miskin dari timur India, Sushil Kumar menang AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam program kuiz televisyen popular Who Wants to Be a Millionaire? versi India musim kelima akhirnya didedahkan.
REAKSI muka Sushil Kumar selepas dia memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam musim kelima kuiz Who Wants to be a Millionaire? versi India di Mumbai pada 25 Oktober lalu.

Soalan itu ialah: "Kuasa penjajahan yang manakah menamatkan penglibatannya di India dengan menjual haknya ke atas Kepulauan Nicobar kepada Britain pada 16 Oktober 1868?"

Jawapannya ialah Denmark.

Soalan itu dikemukakan oleh hos, Amitabh Bachchan yang juga seorang pelakon legenda Bollywood.

Pada minggu lalu, Kumar diumumkan sebagai pemenang.

Bagaimanapun, penerbit tidak mendedahkan soalan yang membawa kemenangannya itu sebelum rakaman program berkenaan disiarkan kelmarin.

Kejayaan pemuda berusia 27 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire yang pernah memenangi beberapa anugerah Oscar.

Dapat RM3.06 juta menang siri tunggang lembu jantan

LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Pemuda berusia 23 tahun dari Brazil, Silvano Alves memperoleh hadiah wang tunai AS$1 juta (RM3.06 juta) selepas menjadi juara menunggang lembu jantan dunia di Las Vegas kelmarin.
SILVANO ALVES menunggang seekor lembu jantan dalam siri pertandingan akhir penunggang profesional di Las Vegas kelmarin.

Dia merupakan peserta keempat dari Brazil memenangi gelaran dunia itu dalam tempoh enam tahun berdasarkan kutipan mata dan persembahan dalam musim penunggang lembu jantan profesional.

"Saya sebenarnya tak dapat berkata-kata. Saya amat gembira dengan keputusan. Ini adalah satu mimpi bagi setiap penunggang lembu jantan," katanya.