24 Jan 2012

Air Asia disaman suruhanjaya pengguna Australia kerana caj tersembunyi

AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman web.

Syarikat yang menjalankan penerbangan keluar daripada Gold Coast, Melbourne dan Perth itu dinamakan dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Melbourne pada Selasa, lapor AFP.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia, badan pemantau urusan kepenggunaan negara itu, mendakwa terdapat tambang di laman web AirAsia tidak menyatakan harga semua cukai, duti dan caj-caj lain.

"Pernigaan yang memilih mengiklankan sebahagian harga sesuatu produk atau perkhidmatan harus juga memaparkan harga tunggal keseluruhannya," katanya dalam kenyataan media.

Sumber asal: Malaysiakini


Berita Berkaitan:

KUALA LUMPUR, Jan 19 — Budget carrier AirAsia is being sued by a consumer watchdog in Australia for allegedly failing to disclose the full price of fares for flights from Australia.

The Sydney Morning Herald (SMH) reported today that the Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) has taken legal action against the airline the same day its executives were launching fares as low as A$99 (RM319) for one-way flights on its new route from Sydney to Kuala Lumpur.

Baca selanjutnya di The Malaysian Insider




Info Tambahan:

AirAsia
Syarikat penerbangan utama Asia telah ditubuhkan dengan impian membolehkan sesiapa jua boleh terbang. Sejak 2001, AirAsia telah mengubah kebiasaan perjalanan seluruh dunia dengan pantasnya dan muncul menjadi yang terbaik di dunia. Dengan jaringan perjalanan yang meluas menerusi lebih 13 negara, AirAsia terus membuka jalan bagi syarikat penerbangan tambang rendah mendekati bidang perniagaan ini menerusi cara inovatif, proses yang efisien dan penuh semangat. Berganding bahu dengan rakan perniagaan kami, AirAsia X, Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia, AirAsia berazam untuk membawa penerbangan tambang rendah ke tahap baru dengan falsafah “Kini, sesiapapun boleh terbang”

Visi
Menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.

Misi
Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja
Mencipta jenama ASEAN yang dikenali dunia
Mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapapun boleh terbang dengan AirAsia.
Mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambah tahap perkhidmatan.

Dipetik dari laman web rasmi Air Asia


simieY: mungkinkah pengguna di Malaysia tak ambil pusing isu ni..

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.