SEORANG lelaki terbaring selepas terkena serpihan bahan letupan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ganjaran berupa wang tunai itu akan diberikan kepada pemberi maklumat tepat sehingga tertangkapnya suspek kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya percaya jerangkap rekaan elektrik yang diletakkan di dalam kon itu dilakukan oleh individu yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran membuat bahan letupan.
Jelas beliau, jerangkap yang terdiri daripada jam penggera, bateri dan paip polivinil klorida (PVC) itu disyaki diletakkan bagi menimbulkan huru-hara pengunjung perhimpunan Bebas Anwar 901.
"Setakat ini, belum ada keterangan dan tangkapan berhubung kejadian letupan itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Justeru itu, beliau meminta peniaga dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat jerangkap itu agar menyalurkan kepada pihaknya bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci.
"Kita mendapati jam penggera yang digunakan itu pelbagai warna dengan bahagian belakangnya berwarna merah, manakala kon yang digunakan pula kualitinya lebih rendah disyaki dicuri atau diambil di lokasi lain dan diletakkan di kawasan letupan tesebut," katanya.
sumber asal: Kosmo!Online
simieY: perlu ke bom² bagai.huhuu..
0 comments:
Catat Ulasan
Thanks for your comment.