23 Jan 2012

Sri Lanka derma kornea dan tisu mata ke 57 negara

COLOMBO - Sri Lanka merupakan antara negara yang paling banyak penderma mata di dunia selepas perang saudara di negara ini berakhir.

Ia menyumbang 3,000 kornea pada setiap tahun dan menyediakan tisu untuk mata kepada 57 buah negara bagi tempoh lebih hampir setengah abad.

Persatuan Pendermaan Mata Sri Lanka memulakan promosi menderma mata sejak berdekad-dekad lamanya.

Bekalan kornea amat baik di negara ini sehingga menyebabkan kerajaan Sri Lanka menubuhkan bank mata pada tahun lalu.


Bank itu dibiayai oleh penderma dari Singapura. Hampir 900,000 orang telah menandatangani ikrar untuk menderma mata selepas mereka mati menerusi persatuan tersebut.

Pesakit yang mengalami masalah katarak mata menunggu untuk dibedah di Persatuan Pendermaan Mata di Colombo

"Orang ramai bertanya kepada saya, bolehkah kami menderma mata kami semasa maish hidup? Disebabkan kami mempunyai dua mata, bolehkan kami menderma satu mata?" kata Pengarah Hospital Mata Kebangsaan Sri Lanka, Dr. Sisira Liyanage.

Kebanyakan penduduk Sri Lanka beragama Buddha yang percaya mendermakan mata membantu mereka dilahirkan kembali dengan menikmati hidup yang lebih baik. - Agensi

Sumber asal : Kosmo! Online

Info tambahan:

Sri Lanka National Eye Bank yang merupakan bank mata pertama Sri Lanka telah dirasmikan oleh Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa pada 25 Februari 2011.

Pembinaan hospital ni telah dibiayai oleh Lee Foundation dari Singapura melalui Asia Cornea Foundation dan Singapore National Eye Centre dengan kerjasama Kerajaan Sri Lanka.


Objektif utama penubuhan Bank Mata ini ialah untuk membekalkan kornea bermutu tinggi kepada hospital-hospital tempatan khususnya dan hospital-hospital dari luar negara amnya.

Sumber asal : Global Tamil News


simieY: sama-sama kita hargai nikmat penglihatan yang kita miliki sekarang

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.