statistik pelacur wanita tempatan meningkat 70%

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Kegiatan pelacuran membabitkan golongan wanita tempatan dikesan meningkat hampir 70 peratus iaitu daripada 1,060 orang pada 2010 kepada 1,801 orang pada tahun lalu.

Statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan kaum Cina merekod jumlah seramai 333 orang diikuti Melayu (213 orang), India (83 orang) dan lain-lain kaum (430 orang).

Kajian mendapati faktor kesempitan hidup dan keinginan untuk meraih pendapatan tinggi dengan cara mudah dan cepat selain kepincangan dalam institusi kekeluargaan merupakan punca utama menyumbang kegiatan pelacuran membabitkan wanita tempatan.


Dalam pada itu, statistik tersebut turut menunjukkan PDRM berjaya menahan seramai 11,832 wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti pelacuran pada tahun lalu, berbanding 11,919 wanita bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Tangkapan tertinggi yang direkodkan adalah dari China iaitu seramai 5,922 orang diikuti Vietnam (2,169 orang), Thailand (1,492 orang), Indonesia (1,208 orang) dan Filipina (750 orang).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, PDRM sentiasa menjalankan operasi berterusan ke atas pusat hiburan, hotel, rumah urut dan premis-premis persendirian dalam membanteras kegiatan pelacuran di negara ini.

"Pada awal tahun ini, seramai 15 wanita dari negara Timur Tengah turut ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara.

"Hasil maklumat orang ramai dan risikan polis, trend itu wujud atas permintaan pelanggan yang juga dari negara Asia Barat.

"Secara keseluruhan, kegiatan haram itu masih tidak membimbangkan dan pihak polis memerlukan kerjasama semua pihak untuk menyalurkan maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Mohd. Bakri berkata, sepanjang tahun lalu juga, seramai 218 mangsa pemerdagangan berjaya diselamatkan dan kesemua mangsa itu telah diberikan perlindungan, manakala seramai 159 orang ditahan kerana terlibat dalam kes pemerdagangan orang.

Dalam pada itu, jelas beliau, seramai 24,962 orang ditahan dalam 34,865 serbuan dibuat ke atas premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10,324 serbuan dan 4,790 tangkapan dibuat bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya," katanya.

Sumber asal: Utusan Online



Info tambahan:

Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.

Pelacur merujuk kepada lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual secara sukarela bagi imbuhan wang. Sekiranya secara paksaan, ia ditakrifkan sebagai rogol. Bagi wanita yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai perempuan simpanan.

Bagi lelaki yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai gigglo.

Pelacur biasanya terdedah kepada penyakit kelamin dan cenderung mendapat penyakit barah pangkal rahim. Barah pangkal rahim ini dipercayai disebabkan oleh Virus Papilloma Manusia (Human Papilloma Virus (HPV)) yang sering terdapat pada sel pangkal rahim apabila mereka didapati mempunyai perubahan pra-barah atau barah.


Doa memohon keselamatan terhadap diri, anak-anak, keluarga dan rumahtangga dari kejahatan manusia, binatang dan bala bencana



     إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،


                                     مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،


                                                       وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،


                                                 أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،


                                                  وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا ،


                        أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ


              مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ


Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.

Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.

Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

( Riwayat al-Baihaqiy dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490 , Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)


Kelebihan dan Khasiat

Menurut riwayat dari al-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya.

Abu Darda menafikannya.Kemudian dating lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang dketiga tetapi tetap dinafikannya.Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api itu hamper dengan rumahnya ia terpadam sendiri.

Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya”.

Dipetik dari laman web IPIS دار الشفاء



simieY: renung-renungkan..

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.