• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

bina pesawat atas bumbung rumah

KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.

Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.

Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters

sleeping girl karya Roy Lichtenstein bakal dilelong RM120.4 juta

Lukisan artis Roy Lichtenstein bertajuk Sleeping Girl yang diinspirasikan daripada buku komik dijangka dapat dilelong pada harga AS$40 juta (RM120.4 juta) oleh rumah lelongan Sotheby's di New York pada 9 Mei depan.

Lukisan tahun 1964 yang memaparkan seorang wanita berambut perang dan seksi itu merupakan sebahagian daripada siri lukisan Lichtenstein. Ia disifatkan sebagai hasil karya terhebat dunia seni pasca perang Amerika Syarikat.

"Sleeping Girl ialah salah satu karya terbaik kurun ke-20. Ia sebaris dengan lukisan ikonik wanita oleh pelukis seperti Pablo Picasso, Constantin Brancusi dan Amedeo Modigliani.

nelayan tangkap udang karang seberat 12.3kg

Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat sini tetapi ia tidak akan dimasak untuk dijadikan makanan.

Pengarah Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan seorang nelayan yang menangkap udang, Robert Malone menangkap udang karang gergasi itu pada Jumaat lalu.

Dia kemudian memberikan udang itu kepada Jabatan Sumber Marin untuk dihantar ke Akuarium Negeri Maine.

Udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram.

Haiwan itu diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.

terperangkap dalam kereta ditimbusi salji selama 2 bulan

Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.

Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.

Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta.

Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu.

katak pokok Rabbs’ fringe-limb terakhir berada di Zoo Atlanta

Beberapa pegawai Zoo Atlanta menyatakan seekor katak daripada spesies yang dipercayai pupus di habitat rimba, terpaksa dihapuskan selepas ia jatuh sakit.

Sebelum ini, Zoo Atlanta memelihara sepasang katak berkenaan yang dikenali sebagai katak pokok Rabbs’ fringe-limb.

Saintis-saintis percaya perkembangan tersebut menyebabkan kini terdapat cuma seekor katak berkenaan di dunia.

Kelmarin, beberapa pegawai Zoo Atlanta memberitahu, seekor katak itu terpaksa dihapuskan bagi mengelakkan ia terus menderita selain mengekalkan bahan genetik amfibia berkenaan bagi tujuan penyelidikan.

pemilik agensi pelancongan dalang keldai dadah

Tiada sesiapa yang menyangka dalang satu sindiket yang disyaki menggunakan enam keldai dadah untuk menyeludup 75 kilogram (kg) barangan terlarang bernilai RM18.7 juta itu sejak empat bulan lalu rupa-rupanya seorang wanita Melayu berusia 43 tahun.

Dengan berselindungkan statusnya sebagai pemilik sebuah agensi pelancongan, wanita itu bersama teman lelakinya, seorang pelajar kolej warga Nigeria berusia 28 tahun merancang operasi sindiket terbabit dengan begitu berjaya sehingga dapat membolosi kawalan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebanyak 25 kali dalam tempoh empat bulan lalu.

Mereka melatih enam rakyat tempatan, lima lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 20-an untuk menjadi keldai dadah dan pada masa yang sama, bekerja di agensi pelancongan terbabit.

sumpah sumpah terkecil di dunia

Sepasukan saintis mengumumkan pada minggu ini bahawa mereka telah menemui haiwan sumpah-sumpah yang sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan pada batang mancis.

Tergolong dalam spesies cicak, sumpah-sumpah itu yang dikenali dengan nama saintifik, Brookesia micra, memiliki panjang maksimum cuma 29 milimeter.

Ia ditemui sepasukan penyelidik Jerman dan Amerika Syarikat (AS) di Pulau Nosy Hara, utara perairan Pulau Madagascar.

Spesies berkenaan merupakan antara empat haiwan sumpah-sumpah kecil yang hidup di Madagascar dan dipercayai antara reptilia terkecil di dunia.

Chris Poctor tangkap ikan kod terbesar di Selat Inggeris

Seorang pemancing bertuah mencipta rekod menangkap ikan kod terbesar di Selat Inggeris, lapor media semalam.

Lebih menarik, Chris Proctor melakar kejayaan itu dalam percubaan pertamanya memancing.


Menurut Proctor, 31, mula-mula dia menyangka mata kailnya tersangkut pada bangkai kapal kerana berat beban pada jorannya.

“Hanya selepas kekili saya berpusing ligat, barulah saya sedar sebenarnya ada ikan memakan umpan,” katanya.


Proctor bertungkus-lumus 30 minit sebelum ikan berkenaan berjaya ditewaskan.


Dengan bantuan rakannya, Proctor mengangkat ikan berkenaan ke dalam bot.

saintis cipta satelit pemusnah

Sekumpulan saintis Switzerland kelmarin menyatakan mereka sedang membina satelit yang dicipta untuk membersihkan angkasa lepas daripada sampah sarap termasuk satelit yang tidak digunakan lagi.

Satelit membersih angkasa lepas itu bernilai AS$11 juta (RM33.68 juta) dan diberi nama CleanSpace One.

Ketika ini, satelit itu sedang dibina di Pusat Angkasa Lepas Switzerland di Institut Persekutuan Teknologi Switzerland (EPFL) di Lausanne.

Satelit itu akan dilancarkan ke angkasa lepas dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Tugas pertama satelit itu ialah membantu memusnahkan dua satelit Switzerland yang dilancarkan pada tahun 2009 dan 2010.

pasaran kalkulator Malaysia dipelopori Canon

PENGGUNAAN kalkulator masih lagi relevan di negara ini di sebalik perkembangan peranti mudah alih yang berkembang pesat sejak kebelakangan ini.

Penolong Pengurus Jualan dan Pemasaran Bahagian Kalkulator, Bahagian Sistem Produk Pengguna Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon), Edward Chang berkata, walaupun penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet menjadi trend, kalkulator masih relevan dan mendapat tempat di kalangan masyarakat.


“Tumpuan jualan kalkulator kepada sektor pendidikan dan perniagaan masih tinggi,” katanya selepas mengumumkan pemenang Peraduan Kira & Menang yang dianjurkan Canon di Subang, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebarang statistik jualan kalkulator di negara ini.

harga bayi kulit cerah mahal di pasaran gelap

Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.

"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.

Beliau turut berkata, seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.

"Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sediakan 230,000 botol dakwat kekal silver nitrat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal silver nitrat bakal digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata, jumlah dakwat tersebut disediakan untuk memenuhi keperluan para pengundi bagi 10,000 undi awal dan 220,000 pada undi biasa.

Mengikut rekod SPR, katanya, jumlah pengundi yang layak mengundi melepasi umur 21 tahun sehingga September lalu iaitu 16,131,517 orang tetapi hanya 12.4 juta sahaja telah mendaftar.

"SPR telah membuat persiapan awal bagi keperluan botol dakwat kekal tersebut untuk para pengundi dan tempat mengundi.

"Setiap botol dakwat kekal itu hanya boleh digunakan untuk 100 pengundi sahaja," katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Taklimat Persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Peringkat Negeri Perlis di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sumber asal: Kosmo! Online


info tambahan:

Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda.

Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.


"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat dihilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu.

Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu.

Namun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

India, Filipina, Indonesia dan negara membangun yang lain telah menggunakan dakwat kekal dalam bentuk penanda pilihan raya bagi menghalang penipuan pilihan raya. Jawatankuasa pilihan raya di India misalnya telah menggunakan dakwat kekal dalam banyak pilihan raya, menanda jari dan kuku pengundi. Indonesia turut menggunakannya semasa pilihan raya di Aceh. Di Mali, diletakkan pada kuku jari tangan.

Malaysia pada mulanya bercadang menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum Malaysia 2008, bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia membatalkan penggunaannya seminggu sebelum tarikh pengundian, menyatakan ia akan melanggar perlembagaan (ultra vires) jika menghalang orang mengundi walaupun jarinya telah bertanda.


Selain itu dikatakan juga bahawa terdapat laporan dakwat diseludup masuk dari negara jiran Thailand untuk menanda jari orang sebelum mereka mengundi, jadi menghalang mereka menunaikan hak mengundi.

Dakwat dengan kos RM 2.4 juta itu telah dilupuskan pada 25 November 2009, menimbulkan tuduhan kerajaan membazirkan wang rakyat kerana tidak menjualnya semula.

Sumber asal: wikipedia

Pesan IPhone 4s dapat telefon mainan berus cat dan komik

“Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam.

Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.

Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.

“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.

wanita dedah payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius

Tiga aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom di sini semalam.

Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom.

Ketiga-tiga wanita itu mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.

pengetua disiasat langgan pelacur di internet

Seorang pengetua di sebuah sekolah ternama di republik ini bersama beberapa penjawat awam kanan disiasat kerana melanggan pelacur daripada sindiket maksiat di Internet, menurut laporan media tempatan.

Penjawat awam itu disyaki apabila Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis (PID) melakukan beberapa serbuan terhadap sindiket maksiat akhir Disember lalu, lapor akhbar Shin Min.


Senarai nama pelanggan sindiket yang didedahkan antara bukti yang dirampas dalam serbuan bersar-besaran itu.

gadis seawal 13 tahun tanam implan pencegah kehamilan di sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa

Gadis seawal usia 13 tahun dilaporkan ditanam implan pencegah hamil di sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka di bandar raya ini. Jururawat memasang alat itu pada lengan mereka untuk mencegah kehamilan dalam tempoh sementara dengan mengeluarkan hormon ke dalam darah.

Tahun lalu, 1,700 gadis berusia 13 dan 14 tahun ditanam dengan implan, sementara 800 disuntik dengan kesan sama. Angka Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaa (NHS) 2010 dan 2011 juga menunjukkan bahawa seramai 3,200 gadis berusia 15 tahun dipasang dengan implan manakala 1,700 lagi disuntik.

Namun mengikut peraturan rahsia pesakit, kakitangan dilarang daripada mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum itu atau malah memaklumkan mereka selepas itu.

tupai ungu masuk perangkap

Seekor tupai ungu yang dijerat sepasang suami isteri di AS mencetuskan sensasi di internet berhubung persoalan bagaimana haiwan tersebut mendapat warna pelik itu.

"Kami pun tidak tahu. Namun, ia benar-benar berwarna ungu. Ada orang mendakwa kami mencelup warna tersebut tetapi secara jujur, kami menemui tupai ini dan ia ungu," kata Percy Emert yang menemui mamalia berkenaan bersama isterinya, Connie.

Kata mereka, tupai itu memasuki perangkap pada Ahad lalu. Menurut laman web accuweather.com, pasangan berkenaan memasang perangkap di taman milik mereka di negeri Pennsylvania bagi melindungi burung peliharaan daripada haiwan pemangsa.

Mengulas tentang fenomena tersebut, seorang ahli meteorologi AS, Dan Kottlowski berkata: "Tupai jantan itu mungkin telah terjatuh ke dalam cat ungu."

Namun, pendapat tersebut disangkal oleh seorang komentator lain yang memberikan penjelasan lebih saintifik.

pasukan penyelamat jumpa kepala dalam sungai

“Dia bukan adik saya,” kata Sudiro Roni, 20, selepas membuat pengecaman kepala manusia ditemui penduduk dan anggota operasi mencari adiknya, Mohd Idris, 13, dikhuatiri lemas di Sungai Midin, di sini.

Sudiro ditemani beberapa ahli keluarga hadir di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), sebaik dimaklumkan penemuan kepala manusia itu di Ulu Sungai Samariang, kira-kira jam 5 petang, semalam, satu kilometer dari lokasi mangsa dikatakan hilang.


Pemuda itu berkata, dia yakin kepala manusia itu bukan milik adik bongsunya yang hilang sejak dua hari lalu itu berdasarkan giginya.

plastik mapan (Bio-Degredable) ganti plastik konvesional

Semua pihak diminta menggunakan plastik Bio-Degredable atau dikenali sebagai plastik mampan untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional bagi membantu memulihara alam sekitar di Subang Jaya sejajar dengan Kempen Penggunaan Plastik Mampan dilancarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), semalam.

Yang Dipertuanya, Datuk Asmawi Kasbi, berkata pasar raya besar, peniaga, rumah kediaman dan pengguna di sekitar kawasan itu digalak untuk menggunakan plastik berkenaan.

“Ia inisiatif untuk mengurangkan pembuangan plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar di sini, termasuk keadaan tanah.

guru besar mati semasa langgan pelacur dengan harga RM17

Seorang guru besar sekolah rendah kerajaan, SD Kemasan, Sugiono, berusia 52 tahun, dijumpai mati di dalam sebuah bilik bersama seorang pelacur di sebuah rumah pelacuran di Kediri, Jawa Timur, petang semalam.

Ketua Polis Kendiri Komisioner Adjutan, Wayan Winata berkata, “Kami tidak tahu sebab kematiannya. Kami masih menyiasat kes itu.”

Wayan berkata, Sugiono baru berurusan dengan pelacur yang bernama Titik Andayani, 27 dan setuju untuk membayar Rp50,000 (RM17) untuk khidmatnya.

Mereka menempah sebuah bilik di rumah kepunyaan seorang lelaki, Samiran, 48.

“Pelacur itu menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah keluar dari bilik air,” katanya.


Penghuni rumah pelacuran itu kemudian menelefon doktor dari klinik kesihatan awam Ngasem, tetapi gagal menyelamatkan Sugiono.

“Kami sudah siasat tempat kejadian dan tidak menemui bukti (yang mungkin dapat menjadi punca kematiannya), seperti pil dadah atau rangsangan,” katanya.

angkasawan rakam cahaya aurora hijau di Kanada

Satu cahaya hijau yang dikenali sebagai Aurora Borealis dirakamkan oleh angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada 25 Januari lalu.

Imej itu dirakamkan dekat sempadan British Columbia dan negeri Washington berhampiran Pulau Vancouver di selatan Alberta berhampiran Calgary.

ANGKASA minta BNM tetap nisbah gaji bersih 70:30

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meminta supaya had kelayakan permohonan pinjaman bank mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab ditetapkan pada kadar munasabah sekurang-kurangnya pada nisbah 70:30.

Presidennya, Datuk Mohd Ali Baharum berkata, pihaknya meminta BNM mengkaji semula garis panduan berkenaan dan berharap agar kadar kelayakan dapat ditingkatkan bagi memberi ruang kepada peminjam mendapatkan pinjaman mengikut keperluan masing-masing.

“Garis panduan ini baik untuk mengekang masalah keberhutangan di kalangan peminjam, namun pada masa sama ia mengundang masalah lain kerana ada beberapa perkara yang memerlukan seseorang itu mendapatkan pinjaman, tetapi tidak dapat dilakukan disebabkan tidak melepasi syarat kelayakan baru ditetapkan BNM,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, minggu lalu.

gadis dan janda sasaran sindiket rekrut keldai dadah

Sindiket pengedaran dadah didalangi warga Afrika kini memilih untuk merekrut keldai dadah dalam kalangan janda atau gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau berniaga secara kecil-kecilan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, modus operandi sindiket dadah itu adalah melantik wanita tempatan menjadi anggota sindiket dadah dan menyuruh mereka mencari keldai dadah lain di negara ini.

“Keldai dadah yang menjadi pilihan sindiket dadah masa ini adalah janda, gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau menjalankan perniagaan kecil sendiri,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, wanita-wanita yang bergaji kecil atau mempunyai masalah dalam kewangan diyakini lebih mudah direkrut menjadi keldai dadah.

Noor Rashid memberitahu, sepanjang tahun lalu, seramai 76 orang rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah dan daripada jumlah itu 49 orang merupakan keldai dadah.

tanah perkuburan Islam pertama di Perancis

STRASBOURG 7 Feb. - Perancis secara rasmi menyediakan tanah perkuburan Islam pertama di bandar ini, semalam - suatu tindakan yang dilihat oleh pemimpin Islam sebagai langkah mengiktiraf satu daripada kumpulan minoriti terbesar di negara ini.

Pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri upacara di bandar terletak di timur laut negara ini bagi melancarkan tanah perkuburan itu, yang mengandungi ruang untuk 1,000 buah kubur.

Ketua Majlis Agama Islam Perancis, Mohammed Moussaoui menyifatkan, pembukaan tanah perkuburan tersebut sebagai detik bersejarah bagi penganut Islam di Perancis dan berkata, ia menjadi 'simbol kepunyaan penting' komuniti.

"Jika komuniti beragama mahu merasa seperti berada di tempat sendiri di sesuatu bandar, ia patut dibantu melalui pembinaan rumah beribadat dan juga kawasan pengkebumian bagi penganutnya," kata Datuk Bandar Strasbourg, Roland Ries.

Sebahagian masyarakat Islam Perancis menanam sebatang pokok sempena pembukaan tanah perkuburan Islam pertama di bandar Strasbourg pada 5 Februari lalu. - AFP

Undang-undang 1905 Perancis mengenai pembahagian gereja melarang bangunan tanah perkuburan perbandaran dan dihadkan kepada satu agama sahaja. - AFP

simieY: alhamdulillah..

Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia sekat hampir sejuta laman web porno

Kementerian Komunikasi dan Maklumat mendakwa ia menyekat hampir sejuta laman web yang mempunyai kandungan pornografi.

Menterinya, Tifatul Sembiring berkata, penapisan laman porno itu sejajar dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan laman yang selamat diakses rakyat Indonesia dan membina karakter lebih positif untuk negara itu. “Kami menyekat lebih 983,000 laman lucah.

Kami akan terus melakukannya,” katanya dalam seminar Penggunaan Internet yang Selamat dan Sihat di Hotel Pullman, Jakarta, kelmarin. Seminar itu dianjurkan oleh Hari Internet Selamat Antarabangsa yang jatuh pada Jumaat.

Titaful berkata, penapisan itu sebaliknya akan memperbaiki etika masyarakat ketika menggunakan Internet untuk tujuan positif. Menurutnya, Indonesia mempunyai 45 juta pengguna Internet dengan pertumbuhan kegunaan komputer rumah mencapai 25.8 peratus setiap tahun. - kompas.com

Ex-App bantu melupakan bekas kekasih

Anda percaya anda temui cinta sejati di Internet, malangnya, kini si dia memutuskan hubungan dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mengetepikan anda daripada kenalan Facebooknya tanpa sebarang alasan.

Namun, menonton televisyen tidak dapat membantu anda manakala rakan-rakan pula tidak tahan lagi mendengar rintihan sedih anda.

Sebaiknya, anda lupakan sahaja cara lama untuk membantu mengubati jiwa luka anda pada Hari Kekasih yang bakal menjelang.

4 lelaki masuk hospital lepas ambil ubat kuat tenaga batin

tentu ada yang berfikir 3 4 kali nak beli ubat kuat tenaga batin 'haram' (tiada kelulusan daripada kementerian kesihatan).

mungkin ada yang membatalkan terus niat untuk mencuba ubat tenaga batin lepas baca entri ini.

bukan bermaksud untuk menakut-nakutkan, hanya sekadar berkongsi.


SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang ramai mengenai beberapa kejadian serius akibat mengambil produk haram untuk menambah rangsangan seks.

studio yoga di lapangan terbang pertama di dunia

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah bilik yang pernah menjadi stor penyimpanan barang kini merupakan bilik untuk senaman yoga selepas ia dibuka pada minggu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco untuk para penumpang.

Bilik itu terletak selepas pusat pemeriksaan keselamatan di Terminal 2 lapangan terbang berkenaan.

Para pegawai lapangan terbang percaya bilik itu yang dilengkapi dengan cermin dinding merupakan studio yoga pertama dunia di lapangan terbang. - Agensi

cara dapat iklan google adsense dari Malaysia

akaun google adsense dah diluluskan. kod iklan google adsense pun dah pasang pada blog/website.
selesai satu masalah.

aishh..asyik keluar iklan dari luar negara ja ni. takkan nak harapkan omputih klik iklan-iklan yang keluar. blog pula dalam bahasa melayu, paham pulak diorang.huhuu..
masalah juga ni..tak boleh jadi.

hari-hari baca akhbar online Berita Harian. elok ja iklan dari Malaysia kat situ. camane yer dia buat. iskk..tak boleh jadi ni.

cuba search kat google kot2 ada tips untuk dapatkan iklan google adsense dari Malaysia. hmmm..banyak la pulak entri yang ngajar cara buka akaun google adsense untuk blog bahasa melayu.

tong sampah kalis bom berharga RM142,440

Berapa harga tong sampah kat rumah anda?

Agak-agak ada cecah RM200 tak?

kalu tengok tajuk entri ni, RM142,440 untuk satu unit tong sampah..

lagi mahal dari harga rumah simieY tu..

Jom kita baca petikan berita ringkas dari kosmo! dan juga selanjutnya dari laman web The Zig Zagger.

rakyat Bangladesh bawa balik RM3.62 bilion Januari 2012

sejak 10 tahun kebelakangan ni, bilangan pekerja asing di negara meningkat secara mendadak.

kalau kita perhatikan, industri sama ada kecil atau besar amat bergantung kepada pekerja asing.

simieY berani kata sedemikian kerana simieY bekerja di kilang industri kecil dan turut berdepan dengan masalah ni (bergantung kepada pekerja asing).

kemana perginya tenaga kerja tempatan??

saintis cipta telefon pintar kesan barah dan kencing manis

Biasa kita dengar kesan buruk gelombang isyarat yang dikeluarkan oleh telefon terhadap manusia.

Bermacam-macam ujian tak formal telah di upload ke youtube seperti guna 4 buah telefon dan bertih jagung seperti sedutan video di bawah.

Artikel-artikel berkaitan pun telah banyak disebarkan untuk menyedarkan masyarakat. Walau bagaimanapun, inisiatif saintis dari Korea ni patut dipuji kerana tidak dapat tidak kita akan beroleh manfaat darinya.

penganggur bina rumah guna wang kertas bernilai RM5.6 billion

Penganggur warga Ireland boleh bina rumah bernilai RM5.6 billion. ada rasa tercabar tak? Huhuu..

Realiti, sebilangan besar rakyat Malaysia yang mempunyai pekerjaan tetap mampu membeli rumah bernilai RM100,000.00 ke atas melalui pinjaman bank. Tempoh perjanjian pula ada yang mencapai sehingga 30 tahun.

Yang amat menakjubkan lagi, rumah yang dibina penggaur warga Ireland ini tersebut dihasilkan daripada wang kertas!!

Baca berita selanjutnya di bawah.


DUBLIN - Seorang penganggur warga Ireland mendapat idea baru dan lebih kreatif untuk membina rumahnya dari carikan wang kertas bernilai 1.4 bilion euro (RM5.6 bilion) yang dipinjam dari kilang pencetak wang kebangsaan di negara itu.

Frank Buckley mendakwa dia mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan apartmen kecil di lobi sebuah bangunan pejabat di Dublin dengan hanya menggunakan carikan wang kertas dalam bentuk batu-bata.

1,000 pekerja facebook bakal jadi jutawan

LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

upah jiran hamilkan isteri tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan

Sebelum ni heboh cerita tentang lelaki derma air mani (sperma) disiasat.

Hari ni keluar pula cerita upah jiran hamilkan isteri tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.
Baca berita selanjutnya di bawah..


STUTTGART: Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan 'benar-benar berniat jujur' apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.

Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.

Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, ‘membantu’ mereka mendapat anak.

Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.

Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.
Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.

Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.”

Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan.

Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.

Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.

Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusaha bersungguh-sungguh.’ – Agensi

Sumber asal: Berita Harian Online


simieY: 72 kali = berusaha bersungguh-sungguh.huhuu..

sekolah makmal pertama Malaysia 2013

TANJUNG MALIM 2 Feb. – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini akan menubuhkan sebuah sekolah makmal pertama di Malaysia yang meliputi prasekolah sehingga sekolah menengah secara berperingkat-peringkat bermula pada awal tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, penubuhan sekolah makmal itu berharga RM41 juta mampu memberikan pendedahan dan latihan yang secukupnya kepada penuntut dan siswazah UPSI.

Operasi, kokurikulum dan pengurusan sekolah dalam universiti ini dijalankan sepenuhnya oleh UPSI, katanya kepada pemberita selepas melawat UPSI hari ini.

saintis hasilkan tomato hitam 'black galaxy'

TEL AVIV: Pakar hortikultur Israel menghasilkan rangkaian kacukan tomato yang merah di dalam dan hitam di luar.

Untuk menghasilkan buah yang dinamakan ‘Black Galaxy itu, mereka mengacukkan tomato dengan pelbagai jenis tomato hutan.

Warna hitam itu datang daripada pigmen yang sama yang didapati dalam beri biru.

Pigmen itu fotosensitif supaya di mana lebih lama tomato itu dibiarkan terdedah kepada matahari di ladang, warnanya akan menjadi lebih pekat.

Barbara Monteiro ratu cantik gemuk

SAO PAULO, Brazil - Seorang wanita yang mempunyai tubuh yang gempal, Barbara Monteiro menang pertandingan Ratu Cantik Tambahan Saiz di sini kelmarin, lapor agensi berita AP.

Dia mewakili negeri Mato Grosso do Sul dalam pertandingan yang disertai sejumlah peserta termasuk ibu yang memiliki tubuh yang besar.

Dalam pertandingan itu, para peserta turut bertanding dengan memakai pakaian bikini. - Agensi

soal jawab penerangan dan maklumat berkaitan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M)

Beberapa hari yang lepas simieY ada buat satu entri bertajuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M) dibuka mulai 30 Januari.

Setelah mengambil kira keywords yang visitor taip di google search, simieY dapati masih ramai yang masih belum jelas berkenaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M).

Sebenarnya kerajaan telah bangunkan satu laman web khas untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1M, klik untuk maklumat selanjutnya mengenai laman web Sara1M.

Berikut soal jawab berkenaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M) dan penerangan yang dipetik dari laman web Sara 1M.