• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Lintah Pink ditemui di Australia!!

Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.

Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.

Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang. Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.

Bomba selamatkan bayi yang dibuang dalam paip kumbahan

Setelah menerima laporan daripada penduduk mengenai suara bayi menangis dari dalam paip.

Sekumpulan anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian. Mereka telah memotong paip kumbahan yang dipercayai terdapat bayi di dalamnya.

Paip tersebut telah dibawa ke hospital dan proses membelah paip tersebut dijalankan dan mereka terkejut
kerana bayi yang tersangkut tersebut masih lagi hidup dan berada dalam keadaan stabil.

Penarik kereta tanggung hutang RM500,000 tandatangan ditiru

Seorang penarik kereta menanggung hutang bernilai RM500,000 selepas individu lain memalsukan tandatangan dan dokumen peribadinya untuk membuat pinjaman bank.

Selain itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Faizal, 30, turut menanggung risiko untuk diisytiharkan muflis apabila individu yang menggunakan identitinya gagal untuk melunaskan bayaran dengan bank sejak setahun lalu. Menceritakan kembali kejadian yang menimpanya.

Faizal berkata, dia hanya mendapat tahu namanya disalahgunakan selepas dia berniat untuk membuat pinjaman membeli kereta minggu lalu. Katanya, dia mendapati seorang lelaki bernama Kamal membuat pinjaman untuk membina restoran di Rawang dan kegiatan itu diketahui pegawai bank yang membantu menguruskan pinjaman berkenaan.

“Selepas memeriksa dengan penyewa restoran, saya mendapati restoran berkenaan milik seorang lelaki berusia 40-an dan saya pasti ia adalah lelaki yang memalsukan tandatangan dan dokumen peribadi saya. “Saya juga percaya pihak bank terbabit dalam penipuan ini berikutan memberi kebenaran dan kelulusan kepada seorang lelaki yang jauh berbeza daripada fizikal saya,” katanya.


Menurutnya, dia cuba menghubungi lelaki berkenaan melalui penyewa restoran itu, namun gagal malah dia sudah memberi amaran kepada lelaki itu untuk membuat bayaran ansuran kepada bank. “Sehingga kini dia gagal untuk membuat bayaran.

Saya pula terpaksa membayar ansuran kepada bank. “Bagi mendapat keadilan, saya membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber asal: http://www.hmetro.com.my/articles/HutangRM500_000tandatanganditiru/Article

simieY: Semoga dipermudahkan semuga urusan en. Faizal

Menyamar Psy hadiri Festival Filem Cannes Ke-66

Seorang lelaki dikesan menyamar sebagai bintang rap Korea Selatan, Psy pada festival filem Cannes di sini. 

Lelaki itu turut bergambar dengan sejumlah peminat dengan dia dilihat meminum bersama pengurus Psy, Scooter Braun.

Namun, Psy yang berada di Singapura untuk membuat persembahan pada Khamis lalu berkata, Braun menghantar gambar lelaki itu kepadanya selepas menyedari kehadiran penyamar tersebut.

Menurut satu sumber, penyamar itu yang dikenali sebagai Denis Carre, 34, hadir dengan memakai baju kemeja berwarna biru muda, sut biru gelap serta mengenakan cermin mata hitam.

"Dia diiringi oleh tiga pengawal peribadinya," kata sumber berkenaan seperti dipetik akhbar The Sun. Lelaki bertubuh gempal itu turut bergambar bersama beberapa bintang terkenal termasuk aktres filem James Bond, Naomie Harris.

Angkat rumah sejauh 32 kilometer seorang diri!!

Seorang bekas jurujual di China, Liu Lingchaou, membina sebuah kediaman mudah alih untuk berlindung ketika hujan.

Lelaki berusia 38 tahun itu membina rumah unik itu menggunakan bahan binaan ringan seperti buluh dan plastik. Lingchaou diberhentikan kerja sejak lima tahun yang lalu dan telah diusir keluar dari rumah.

Dia yang menetap di Shenzhen kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya di daerah Rongan, dalam wilayah Guangxi dengan berjalan kaki.

Menurutnya, rumah mudah alih itu membuatkan dia berasa bebas dan membolehkan dia berlindung semasa hujan. Lingchaou memikul struktur seberat 60 kilogram itu dengan berjalan kaki sejauh 32 kilometer sehari. 

Dia mencari dan menjual botol-botol minuman sepanjang perjalanan tersebut untuk menyara dirinya. Kediaman itu itu dibina selebar 1.5 meter dengan tinggi dua meter.

Harimau telan 1.8kg bulu sendiri!!

Seekor harimau jantan seberat 180 kilogram di Amerika Syarikat terpaksa dibedah bagi mengeluarkan gumpalan bulu sebesar sebiji bola keranjang.

Harimau berusia 17 tahun bernama Ty itu menyisir dengan menjilat bulunya. Haiwan itu tertelan bulu tersebut sejak sekian lama. Ty menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat veterinar di sini, dalam negeri Florida. 

Beberapa doktor berkata, mereka berjaya mengeluarkan gumpalan bulu seberat 1.8 kg itu dari dalam perut Ty. Dipelihara oleh agensi Penyelamat dan Pemulihan Hidupan Liar, Ty memerlukan pembedahan selepas binatang buas itu tidak makan selama hampir dua minggu.

Grzegorz terima muka baru

Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya cedera akibat kemalangan di tempat kerja, kata beberapa doktor.

Mereka memberitahu, jangka masa tersebut merupakan yang paling pantas pernah dibuat untuk pembedahan seperti itu. Sebelum ini, pemindahan muka adalah rumit dan memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh. Persediaan itu mengambil masa selama berbulan-bulan sehingga beberapa tahun.

Namun, beberapa doktor berkata, mereka perlu segera melakukan pembedahan tersebut terhadap pesakit berkenaan bagi mengelakkan keadaannya menjadi lebih teruk. Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Grzegorz menjalani pembedahan tersebut di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland.

Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan tulang selama 27 jam pada 15 Mei lalu selepas seorang penderma mahu mendermakan mukanya. Pembedahan itu bagi memulihkan muka dan tulang rahang soket mata lelaki tersebut.

Cabut peluru di dahi guna playar!!

Satu rakaman video yang disiarkan di YouTube menunjukkan seorang lelaki mencabut peluru yang terlekat pada dahi seorang askar Rusia dengan hanya menggunakan playar, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Dalam rakaman video itu, askar tersebut kelihatan tenang semasa peluru tersebut dicabut dengan menggunakan playar oleh rakannya.

Askar tersebut dilaporkan terkena peluru tersebut dalam pertempuran antara askar-askar Rusia dengan para pejuang Chechen.

Mohon Suaka di Britain elak jadi Isteri ke-14 Raja Mswati III, Swaziland

Seorang gadis kini memohon suaka di Britain selepas dia ingin dijadikan isteri ke-14 pemerintah Swaziland, Raja Mswati III.

Tintswalo Ngobeni, 22, melarikan diri dari negara di selatan Afrika itu ke England ketika masih berusia belasan tahun selepas menarik perhatian raja berkenaan yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya.

Sebagai sebahagian daripada adat Swaziland, Mswati III, 45, dibenarkan memilih isteri baru pada setiap tahun. Tintswalo berkata, dia meninggalkan negara kelahirannya ketika berusia 15 tahun dan kini menetap di Birmingham.

Menceritakan pengalamannya dilamar, Tintswalo berkata, dia menarik perhatian raja itu ketika melawat istana isteri keempatnya, LaNgangaza. “Sejak itu dia mula menghubungi saya di sekolah dan bertanya jika saya mahu menjadi sebahagian daripada keluarganya. “Walaupun ketakutan, saya mendiamkan perasaan itu,” katanya.

Ustaz Kazim Elias (UKE) nekad berhenti memberi ceramah!!

“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.


Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak. 

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.


Sumber asal : http://www.hmetro.com.my/articles/Henticeramahkecewadifitnah//Article

simieY: Semoga UKE terus tabah. Berhenti berehat dulu buat seketika, kumpulkan kekuatan dan teruskan berjuang

Cara nak atasi obesiti : Makan Serangga!!

Salah seorang saintis dari Universiti Wageningen di Belanda, Arnold van Huis menyatakan memakan serangga yang mempunyai khasiat mungkin membantu memerangi obesiti.

Beliau membuat pendedahan itu dalam satu laporan yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. Laporan itu disediakan oleh beberapa saintis berhubung kajian tentang pemakanan serangga.

Ketika ini, lebih 1,900 spesies serangga dimakan di dunia kebanyakannya di Afrika dan di Asia. Huis berkata, kebanyakan serangga mempunyai sejumlah protein dan mineral sama seperti daging dan mengandungi lebih banyak lemak yang disyorkan para doktor untuk diet seimbang.


"Di Barat, kami mempunyai budaya tanggapan yang serong kerana serangga yang datang dari negara-negara membangun adalah tidak elok (untuk dimakan)," katanya. - Reuters

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
Hakcipta terpelihara

simieY: Sape pernah makan belalang.hehee..

Panas: Pengundi Cina tidak Mengenang Budi?

Tindakan pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dianggap satu perbuatan yang tidak mengenang budi.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, mereka bukan sahaja tidak mengenang budi tetapi juga menolak kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang selama ini dikecapi hasil usaha kerajaan BN.