Panas: Pengundi Cina tidak Mengenang Budi?

Tindakan pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dianggap satu perbuatan yang tidak mengenang budi.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, mereka bukan sahaja tidak mengenang budi tetapi juga menolak kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang selama ini dikecapi hasil usaha kerajaan BN.


Beliau dalam satu kenyataannya di sini semalam juga menganggap pengundi Cina umpama kacang lupakan kulit atau Belanda meminta tanah bermaksud diberi sedikit tetapi minta banyak. Katanya, DAP telah berjaya meyakinkan pengundi Cina dengan slogan ubah serta disokong oleh pengundi Melayu dalam Pas dan PKR. "Mereka (pembangkang) mahu ubah Putrajaya.



Mereka mahu menjadi Perdana Menteri setelah mereka menguasai ekonomi negara ini. "DAP sebenarnya mahu wakilnya menjadi Perdana Menteri dan bukannya Pas atau PKR seperti yang digembar-gemburkan," jelasnya.

Mustapha berkata, atas keyakinan itulah, maka pengundi Cina terdorong untuk melupakan jasa dan budi BN sebaliknya mengundi DAP pada PRU-13.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
Hakcipta terpelihara

simieY:
Seharusnya reporter mengeluarkan berita yang berkualiti dan membina. Cerita macam ni sepatutnya tak dikeluarkan sewenang-wenangnya oleh pihak akhbar kerana ia boleh melukakan perasaan sahabat kita yang berbangsa cina.

Sudah menjadi tanggungjawab rakyat untuk memilih pemimpin-pemimpin yang mereka ingingkan semasa PRU13 dan sudah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga kebajikan rakyat. Masa berpolitik sudah habis, wakil rakyat yang terpilih (kerajaaan & pembangkang), sila jalankan tugas anda sebaiknya atau anda akan ditolak dalam PRU14. 

Kami adalah majikan anda!!

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.