Hughes yang merupakan pengetua di Sekolah Tinggi Penketh di sini menghasilkan video muzik itu selepas dia berjanji kepada para pelajarnya.
Dia berjanji akan melakukan aksi yang sama seperti Psy di dalam video muzik jika para pelajarnya mencapai sasaran dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Am Pendidikan Menengah.
Hughes membuat janji itu di hadapan para pelajarnya dalam satu perhimpunan. Bagi meraikan pencapaian cemerlang para pelajarnya, Hughes dan 50 orang gurunya menghasilkan semula muzik video tersebut.
Video itu bermula dengan ucapan terima kasih Hughes kepada para pelajar untuk kerja kerasnya selama setahun. Dalam muzik video tersebut, Hughes berlakon sebagai Psy dengan meniru semua gaya penyanyi rap dari Korea Selatan itu.
Antara yang ditiru oleh guru besar itu ialah menari pelbagai tarian kuda termasuk adegan-adegan yang terdapat di dalam video muzik Psy. Video muzik itu telah ditonton lebih 136,000 kali di laman YouTube sejak ia dimuat naik pada lewat Mei lalu.
Menurut Hughes, dia terkejut apabila mengetahui video muzik itu mendapat sambutan yang baik di laman tersebut. Pengetua itu turut memakai pakaian yang mirip Psy di dalam muzik video tersebut. Video muzik Oppa Gangnam Style telah melonjakkan populariti Psy di seluruh dunia.
Ia telah mencatatkan lebih 1.63 bilion tontonan sejak dimuat naik di YouTube pada 15 Julai 2012. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2V7Oap3dy Hakcipta terpelihara
simieY: hehee..macam² betul
0 comments:
Catat Ulasan
Thanks for your comment.