Polis mula mengejar kereta Honda Intergra itu selepas didapati dipandu laju tanpa nombor pendaftaran pagi semalam.
Usaha menahan kereta berkenaan bermula dari kawasan di Central Otago sebelum ia berterusan hingga ke kawasan luar bandar.
Bagaimanapun, lebih 150 biri-biri yang memenuhi jalan raya di sebuah ladang menyekat kereta berkenaan menyebabkan ia terpaksa berhenti, membolehkan polis menahan beberapa orang di dalamnya.
Apa yang menarik, biri-biri itu milik seorang polis tempatan. “Saya mula merakam gambar, tetapi ia sangat kelakar. Saya tidak dapat menahan diri daripada ketawa,” kata Che Baker, wartawan agensi media New Zealand, Fairfax yang berada di tempat kejadian.
“Pengembala biri-biri itu melakukan kerjanya seperti tiada apa yang berlaku. Haiwan itu pula tidak terganggu dengan kejadian berkenaan tanpa menyedari mereka telah membantu polis,” kata Baker. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:06 AM See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109450#sthash.KWUyDqxY.dpuf
simieY: sepandai-pandai tupai melompat...
0 comments:
Catat Ulasan
Thanks for your comment.