Lebih malang lagi, bapa kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Mohamed turut maut dibelasah sekumpulan guru selepas mangsa mempertahankan tindakan anaknya, Kasheeda.
Menurut portal Mail Online, kejadian itu berlaku di Sekolah Rendah Rajkiya Prathmik Vidyalaya di negeri Bihar pada 10 Februari lalu apabila Kasheeda pulang ke rumah dalam keadaan menangis selepas dibelasah oleh tukang masak.
Ibu Kasheeda, Rukhsana berkata, suaminya ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung insiden itu, tetapi dibelasah oleh tiga guru termasuk guru besar sekolah.
Enam bulan lalu, anak lelakinya pernah dicampak ke bumbung sekolah dan patah tulang kaki kerana meminta makanan lebih.
Menurut Rukhsana, jirannya bertindak menghubungi pihak polis susulan kejadian yang menimpa suaminya, tetapi pihak berkuasa lambat bertindak menahan suspek.
“Sekumpulan individu berpengaruh tampil menyalahkan kami sekeluarga terhadap kematian suami saya dan kami pernah dipaksa agar tidak memanjangkan kes yang berlaku pada anak lelaki saya sebelum ini,” katanya.
See more at: http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/dipukul-hanya-kerana-minta-nasi-tambah-1.192631#sthash.gavBF0yg.dpuf
simieY:
0 comments:
Catat Komen
Thanks for your comment.