Kerbau berkenaan diheret ke Kolej Perdagangan Kerajaan Kota dengan kad yang tertera perkataan bermakna ‘Pengetua’ digantungkan pada leher kerbau itu.
Tindakan itu dilakukan sebagai membantah pentadbiran kolej kerana melengahkan perasmian pejabat baru kesatuan.
Presiden kesatuan Prafful Pathak berkata, pihaknya bersetuju mengadakan tunjuk perasaan simbolik itu selepas sepakat berpendapat pentadbiran kolej berkenaan sama dengan kerbau.
Menurutnya, pihak pentadbiran tidak melayani permintaan kesatuan untuk mengadakan majlis perasmian pejabat baru kesatuan pelajar walaupun berulang kali digesa berbuat demikian.
Prafful berkata, walaupun jawatankuasa baru kesatuan sudah dipilih enam bulan lalu, pihak pentadbiran kolej masih belum mahu membenarkannya menjalankan tugas. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 7:04 AM
See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111603#sthash.rDwkVWAZ.dpuf
simieY: Hmm...
0 comments:
Catat Komen
Thanks for your comment.