Timbalan Pengarah Institut Biologi Molekular Eijkman, Herawati Sudoyo sebagai berkata, kuman itu ditemui pada 2015 semasa wabak demam denggi yang melanda Jambi antara Disember 2014 hingga April 2015.
“Penemuan virus itu dibuat semasa wabak demam denggi meletus di Jambi. Kami diarahkan untuk memeriksa sampel darah 103 pesakit. Kami menemui virus Zika dalam sampel darah seorang pesakit itu,” kata Herawati.
Menurutnya, virus Zika dipercayai menular dari Afrika ke Asia. Sehingga kini, Brazil merupakan negara paling teruk terjejas akibat penularan virus itu. Agensi berita Associated Press (AP) sebelum ini melaporkan bahawa virus Zika merebak seperti api yang marak di Benua Amerika yang antara lain didorong oleh kemiskinan, iklim panas lembap dan bilangan nyamuk Aedes yang banyak.
Nyamuk itu juga menyebarkan demam denggi. Seorang lagi saintis Institut Eijkman, Frilasita Yudhaputri berkata, pesakit di Jambi itu tidak pernah berkunjung ke luar negara sekali gus membayangkan kes tersebut merupakan jangkitan tempatan.
“Penemuan ini dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Indonesia dan disiarkan dalam sebuah jurnal antarabangsa,” katanya.
Frilasita percaya virus Zika itu menular di Jambi bersama demam denggi. Justeru, katanya, pemerintah perlu bersiap-sedia tentang kemungkinan virus itu untuk terus menular.
“Cara terbaik untuk menghalang penularan virus ini adalah dengan membunuh nyamuk (Aedes)” tegasnya. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3yvPnkSNR Hakcipta terpelihara
simieY: owh...
0 comments:
Catat Komen
Thanks for your comment.