Jenazah Mortar di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana

Penemuan bom mortar tinggalan Perang Dunia Kedua bukan perkara baru bagi rakyat Malaysia. Sekitar April 2014, sebuah bom mortar 60 mm  - dummy/inert (bagi tujuan latihan) pernah ditemui di tepi sungai Ban Kenal, Parit 5, Sekinchan.


Apa yang menarik dengan penemuan kali ini adalah lokasi penemuannya. Berita lanjut adalah seperti yang telah dilaporkan oleh wartawan Harian Metro, en.  Mohd Azam Shah Yaacob.

Penggali kubur terkejut apabila menemui sebutir bom di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang Jaya hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, ketika itu lelaki berkenaan menyiapkan liang lahad kebumi jenazah di tanah perkuburan terbabit sebelum memaklumkan penemuannya itu kepada polis pada 2.25 petang.


“Beberapa anggota polis kemudiannya dihantar bagi menyiasat dan mendapati objek itu adalah mortar 81 milimeter (mm). “Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dihantar ke lokasi untuk tindakan memusnahkan bom berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis menutup kawasan itu buat sementara atas faktor keselamatan sebelum berjaya meletupkan bom terbabit pada 6.10 petang. “Bom berjaya diletupkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.


simieY: Pernah lihat secara live depan mata masa kecil dulu..seram.