Kesan buruk jerebu kepada kesihatan

Beberapa tahun kebelakangan ini jerebu kerap kali melanda negara kita. Keadaan ini secara tidak langsung menyekat aktiviti di luar rumah malah lebih teruk menyebabkan masalah kesihatan sekiranya terdedah secara langsung dalam tempoh yang lama dan kerap.

Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM) melalui entrinya bertajuk Jerebu : Panduan Kesihatan Untuk Anda memberi di portal rasminya telah mendifinisikan jerebu sebagai satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. 


Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Di antara kesan-kesan yang akan dialami sekiranya terdedah secara berterusan kepda jerebu adalah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, terasa sukar bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit data.

Portal rasmi KKM turut menyarankan agar segera ke klinik terdekat sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala di atas. Cara mencegah penyakit disebabkan jerebu ialah dengan mengikut nasihat berikut;-
1- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
2- Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
3- Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
4- Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
5- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
6- Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
7- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
8- Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
9- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
10- Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100).

11- Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



simieY: Semoga jerebu cepat berlalu..

Tiada ulasan: