• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Johor berdepan pilihanraya umum perebutan kuasa tidak diselesaikan segera


Dewan Undangan Negeri di Malaysia terdiri daripada Sultan atau Yang di-Pertua Negeri sebagai ketua negeri, seorang Speaker dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). ADUN terdiri dari orang yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan. ADUN akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. 

Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran.

Dewan Undangan Negeri di Malaysia
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Undangan_Negeri_di_Malaysia



Terbaru Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri ini terus berlaku.

Dalam muat naik di akaun Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di Johor.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan memberi peluang kepada rakyat Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu.

Baginda turut mengingatkan pengundi agar memilih pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri.

'Kalau ada lagi perebutan kuasa, saya bubar DUN' - Sultan Johor
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/585454/kalau-ada-lagi-perebutan-kuasa-saya-bubar-dun-sultan-johor


Dewan Negeri Johor (Tulisan Jawi: ديوان نڬري جوهر) terdiri daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang diadakan di dalam tempoh sepenggal (5 tahun). Dewan Negeri Johor dinaungi oleh Baginda Sultan Johor sebagai Ketua Negeri. Speaker atau Yang Dipertua Dewan Negeri Johor yang terkini ialah Suhaizan Kayat. 

Kesemua ahli-ahli politik bagi Dewan Negeri Johor bersidang di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.[1] Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 Bahagian 2 Fasal 2, pembukaan rasmi Dewan Negeri Johor dilakukan oleh Sultan pada setiap pertengahan tahun. 

Dewan Negeri yang hendak bersidang mestilah mempunyai bilangan Ahli mengikut jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (56 bagi  penggal sekarang), yang termasuk seorang Speaker, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) dan Ahli Dewan Negeri.

Dewan Negeri Johor
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Negeri_Johor

Juruteknik beli iPhone 11 harga RM22,750


Harga pasaran iphone 11 di Malaysia bermula sekitar RM3,000.00. Siap yang tak terpikat bila ditawarkan harga serendah RM1,350.00, separuh dari harga asal.

Harus diingat, tidak susah untuk mengesan penipuan online. 2 artikel berikut telah mengklasifikasikan ciri-ciri yang perlu anda perhatikan sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan transaksi secara online. 


Platform e-commerce yang ada seperti Bukalapak, Tokopedia, Shopee, bahkan Instagram pun sangat memudahkan ketika ingin belanja sesuatu.  Namun, sayangnya tak semua online shop memiliki atau menjunjung tinggi kejujuran. Hal seperti inilah yang menjadikan orang berpikir dua kali ketika ingin belanja melalui online  shop.


Kali ini, Tekno Liputan6.com akan memberitahukan beberapa indikasi online shop yang tidak jujur, terutama di platform Instagram. Ciri-ciri kedai online yang melakukan penipuan;
1. Off comment
2. Testimoni dan bukti transfer
3. Ada Orang Pajak

Catat, Ini Ciri-Ciri Toko Online yang Melakukan Penipuan
Pautan : https://www.liputan6.com/tekno/read/3646027/catat-ini-ciri-ciri-toko-online-yang-melakukan-penipuan



Untuk menentukan apakah online shop tersebut trusted atau nggak, memang nggak gampang. Juga, kita nggak bisa menjamin produk mereka berkualitas dan autentik, bahkan nggak ada jaminan kalau barang pasti dikirim setelah kita melakukan pembayaran. Untuk meminimalisir kerugian, yuk, cek, beberapa ciri dari online shop penipu ini.

Ciri-ciri lain seperti berikut;
1. Biasanya, online shop penipu memasang harga lebih murah dibanding dengan yang ada di pasaran. Ada pun beberapa alasannya, seperti produk dibuat secara massal atau merupakan produsen, biasanya ini adalah trik penjual pakaian. Contoh trik lain adalah yang digunakan oleh penjual barang branded palsu, yaitu penjual merupakan member VIP dan mendapatkan potongan harga khusus.

2. Enggan memberi bukti. Dengan berbagai alasan, online shop penipu biasanya nggak berkenan jika kita meminta foto atau bukti keaslian barang. 

3. Enggan memperlihatkan wajah. Catat, ya, memang nggak semua online shop yang ‘tanpa wajah’ ini penipu. Tapi, untuk penjual yang mengaku produknya asli, dibeli sendiri atau dibawa langsung luar negeri, biasanya akan ada foto-foto mereka sedang traveling atau berada di store atau butik terkait. Atau, untuk produsen pakaian, biasanya mereka akan memperlihatkan keberadaan mereka di tempat produksinya. Serta, online shop bonafit juga sering menggunakan jasa model dan lainnya untuk meningkatkan kualitas.

4. Menjebak pembeli. Contoh yang paling sering terjadi, pelaku membalas komentar calon pembeli dengan meminta calon pembeli menghubungi nomor yang diberikan atau via DM.

5. Penjual dadakan. Nah, ini yang sedang banyak dilakukan oleh penjual masker dan hand sanitizer. Mereka memanfaatkan situasi yang ada untuk mencari keuntungan. Cirinya, bisa Anda lihat tanggal mereka mengunggah image. Jika mereka baru saja berjualan, ada kemungkinan ini adalah online shop penipu.

6. Mengganti nomor kontak. Pastinya, untuk ‘lari’ dari pembeli yang ditipu. 

6 Ciri Penipuan Online yang Wajib Diwaspadai
Pautan : https://www.ibupedia.com/artikel/keluarga/6-ciri-penipuan-online-yang-wajib-diwaspadai




Hanya artikel-artikel dari rakan negara jiran kita, Indonesia yang available buat semasa entri ni dibuat. Kurang lebih ja bahasanya, harap anda faham yer..


Kembali ke cerita juruteknik tadi, beliau telah melihat iklan berkenaan iPhone tersebut di laman istagram.

Untuk mendapatkan telefon berkenaan, beliau membuat enam kali transaksi kepada dua akaun yang diberikan suspek kononnya untuk pelbagai tujuan sehingga menjadi jumlah keseluruhan RM22,750.

Namun suspek masih lagi meminta mangsa membuat bayaran, tetapi lelaki itu tiada wang lagi sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan.

Rugi RM22,750 angkara iPhone 11
Pautan : 
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/584629/rugi-rm22750-angkara-iphone-11

Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk bukan isu rasis


Individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan Seksyen 41 Akta 333 pula memperuntukkan mana-mana individu yang didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun selain dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.


Manakala bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.



Berita Harian Online telah melaporkan pada 29 Januari 2020 bahawa kabinet telah bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya.

Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Anthony Loke Siew Fook, berkata akta sedia ada akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol. Cadangan itu akan dibincangkan bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi membincangkan dari sudut perundangan. Kajian itu akan mengambil masa beberapa bulan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi kedua pada Jun atau Julai ini.



Hukuman lebih berat bagi pemandu mabuk
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/650931/hukuman-lebih-berat-bagi-pemandu-mabuk

Setelah peralihan kuasa, tidak dapat dipastikan apa progress bagi usaha bekas Menteri Pengangkutan ini sama ada terberhenti begitu sahaja.


Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong juga telah dilaporkan oleh myMetro pada 13 Februari 2020 berkata, pindaan undang-undang itu membabitkan denda lebih tinggi termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurut beliau, kerajaan menyerahkan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mengubal akta berkenaan kerana ia di bawah kementeriannya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Secara prinsipnya Kerajaan bersetuju dengan penggubalan akta itu kerana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian perlu menerima hukuman yang setimpal.

Pemandu mabuk bakal dipenjara 20 tahun
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/544353/pemandu-mabuk-bakal-dipenjara-20-tahun


Isu pemandu mabuk juga turut diulas oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guang Eng dan dilaporkan oleh Berita Harian Online pada 15 Februari 2020. Katanya, individu yang didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian, dicadang untuk dikenakan denda sehingga RM100,000.

Selain itu kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman terhadap kesalahan itu dengan hukuman penjara bagi pesalah berkenaan turut ditingkatkan kepada 20 tahun, berbanding 10 tahun ketika ini. Kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman bagi Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) ini bagi mereka yang telah menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kematian apabila memandu dalam keadaan mabuk.


Pemandu mabuk sebabkan kematian bakal dipenjara 20 tahun, denda RM100,000
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/655852/pemandu-mabuk-sebabkan-kematian-bakal-dipenjara-20-tahun-denda


Dari ketiga-tiga petikan adakah anda masih lagi fikir ini isu rasis.
Rasis mengikut tafsiran umum ialah persepsi dan tindakan yang menidakkan hak bangsa atau kumpulan lain untuk mendapatkan perkhidmatan, peluang atau layanan disebabkan mereka tidak sealiran dengan kumpulan yang memberi sama ada dalam aspek keturunan, bangsa, agama dan budaya.

Isu pemandu mabuk adalah merupakan isu keselamatan kerana apabila anda memandu dalam keadaan mabuk, anda secara tidak sedar akan bertindak diluar pertimbangan akal.
Beberapa kes kemalangan yang berlaku kebelakangan ini mengakibatkan kematian dan tindakan dari segi pencegahan dan hukuman lebih setimpal adalah diperlukan.


Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Perdana Menteri berkata, arahan itu sebagai maklum balas kepada keresahan rakyat mengenai kes kemalangan akibat pemandu mabuk yang mana statistik polis sepanjang lima bulan pertama tahun ini sebanyak 21 kes membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia. Perkara itu sangat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan dalam tempoh lima bulan tahun ini menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lalu.



PM arah pinda akta hukuman lebih berat pemandu mabuk
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694479/pm-arah-pinda-akta-hukuman-lebih-berat-pemandu-mabuk



Semoga solusi segera bagi permasalahan ini dapat dicapai dan seterusnya mengelakkan kejadian serupa di masa hadapan.

Monyet curi 3 sampel Covid-19


Bahaya!! Ini sangat berbahaya!!

Juruteknik makmal telah melalui hari yang paling buruk dalam kariernya apabila 3 sampel pesakit Covid-19 telah dibawa lari oleh sekumpulan monyet.

Apa yang menjadi keresahan orang awam, sampel-sampel berkenaan masih berada di tangan monyet-monyet tersebut semasa berita kejadian ini dilaporkan.

Kejadian ini telah berlaku di Kolej Perubatan Meerut, Uttar Pradesh. Laporan polis dan jabatan perhutanan telah dibuat supaya tangkapan boleh dibuat.



Monyet bawa lari sampel ujian Covid-19
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/05/583812/monyet-bawa-lari-sampel-ujian-covid-19






Berikut adalah sedutan video yang telah disunting oleh Hindustan Times.


Mengenai video :

A monkey snatched away blood samples which were suspected to be of Covid-19 patients. The incident was reported from Uttar Pradesh’s Meerut. The video of the incident went viral on social media. Later it was clarified that the samples were not for Covid-19. Locals were beginning to fear the spread of coronavirus infection after the incident. Watch the video for more.



Monkey steals blood samples suspected to be of Covid patients in UP’s Meerut
Pautan : https://www.hindustantimes.com/videos/coronavirus-crisis/monkey-steals-blood-samples-suspected-to-be-of-covid-patients-in-ups-meerutvideo/video-Y19GIWW6A0uxYRNghxe2HL.html

Kisah 25 Rasul : Nabi Muhammad SAW

1) Baginda diputerakan di Makkah pada Isnin, 12 Rabiuawal (20 April 571M) pada Tahun Gajah (kerana berlakunya serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dr Habsyah terhadap Kota Makkah).

2) Ibu baginda bernama Aminah manakala ayah baginda bernama Abdullah.

3) Keturunan baginda berasal dari susur galur dari Nabi Ismail kira-kira dalam keturunan yang ke-40.

4) Ayah baginda meninggal dunia sebelum kelahiran baginda manakala ibu baginda meninggal dunia ketika baginda berusia enam tahun.

5) Ibu angkat atau ibu susuan baginda bernama Halimatus Sa'adiah @ Halimah binti Abu Dhuayb Abdullah. Beliau bersama suami, Al Harith berasal daripada Kabilah Arab Sa'd.



6) Tradisi Arab ketika itu adalah menghantar bayi yang baru lahir untuk disusukan di persekitaran padang pasir berbanding di Kota Mekah. Malangnya, kebanyakan ibu susuan Badwi lebih gemark akan bayi yang masih berbapa. Begitu juga Halimah, namun disebabkan gagal mendapatkan bayi lain, Halimah mengambil juga Nabi Muhammad SAW, lapan hari selepas baginda diputerakan. Beliau menyusukan baginda sehingga usia baginda 2 tahun lebih.

7) Setelah ibu baginda meninggal dunia, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib kemudian oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

8)Abu Talib seorang yang boleh dikatakan berkemampuan. Dari sini baginda belajar untuk mengembala kambing-kambing Abu Talib dan kerap menemani bapa saudaranya berniaga di Syam (Syria). Ketika ini, kerasulan Nabi Muhammad SAW telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaan singgah di Basrah. Buhaira meminta Abu Talib membawa baginda pulang kerana khuatir akan dibunuh oleh kaum Yahudi.



9) Nabi Muhammad SAW sejak kecil tidak pernah terlibat dalam kehidupan sosial Arab Jahiliyyah. Ibaratnya, baginda tidak terlibat dengan pergaulan bebas dan sebarang perkara yang tidak berfaedah. Namun bukanlah bermakna tidak mempunyai kawan langsung. Jika tiba waktu riadah, baginda masih lagi beriadah bersama rakan-rakan yang lain.

10) Sewaktu remaja, baginda percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah SWT. Baginda sangat merendah diri dan menyayangi orang miskin.

11) Pada usia 25 tahun, baginda berkhidmat bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan atas nasihat pakciknya, Abu Talib. Sifat amanah yang dimiliki oleh baginda terutama ketika Khadijah menyerahkan wang modal perniagaan yang besar kepada baginda dan diuruskan dengan sempurna. Ini menyebabkan Khadijah tertarik dengan baginda dan melamar baginda untuk dijadikan suami.

12) Setelah berkahwin, baginda dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki, 4 perempuan). Anak-anak lelaki baginda Qasim dan Abdullah telah meninggal dunia semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum & Fatimah AzZahra. Saidatina Khadijah adalah satu-satunya isteri baginda sehinggalah saidatina Khadijah meninggal dunia pada umur 64 tahun.

13) Baginda turut digelar Al Amin. Pada usia 35 tahun, kewibawaan baginda terserlah apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah perletakan semula Hajar al-Aswad ke tempat asalnya di penjuru Timur Kaabah yang jatuh ketika banjir.



14) Baginda sedih dengan perkembangan Arab Jahiliyah. Semakin teruk dan menyedihkan sehingga baginda kerap kali ke Gua Hira yang kemudian dikenali sebagai Jabal an Nur untuk memikirkan cara bagi mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Kredit : Nisa' Saujana Utama
Pautan : https://www.facebook.com/nisasaujanautama

Pokok ganja hidup di Batu Pahat


Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. 

Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.

Ganja
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Ganja



Pokok ganja membiak melalui percantuman seks. Pokok betina akan mengeluarkan putik yang boleh menghasilkan ratusan biji benih. Pokok jantan matang lebih awal daripada pokok betina. Walaupun gen menentukan jantina pokok, faktor sekeliling turut terlibat. Misalnya hermaphrodyte asli mempunyai dua jantina dan kedua duanya mandul. Namun, organ seks hermaphrodyte bukan asli boleh berfungsi sepenuhnya. Pendekatan ini digunakan dalam menyediakan biji benih komersil. Biji benih betina dihasilkan dengan merawat hermaphrodyte betina yang kekurangan gen jantan dengan hormon.


Pokok ganja boleh mengadakan proses fotosintesis, jadi pembesaran pohon ini tidak bergantung kepada pusingan malam untuk menyerap karbon dioksida. Pokok ganja berupaya untuk berada dalam keadaan cerah selama 24 jam sehari (biasanya dengan bantuan cahaya lampu), walau bagaimanapun penanam pokok ganja menggalakkan tempoh rehat (gelap) supaya pokok tersebut tidak tertekan ( overstress ). Pokok ganja mula berbunga apabila kegelapan melebihi 11 jam sehari dan boleh kekal sehingga 6 minggu.

Pokok ganja
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_ganja


Tidak sangka pokok ganja itu hidup. Itu jawapan tiga lelaki yang ditahan polis kerana menanam pokok ganja di Semerah, Batu Pahat, semalam. "Pokok ganja setinggi sekitar 61 sentimeter itu ditemui selepas seorang suspek menunjukkan lokasi pokok itu ditanam di kebun kelapa sawit berhampiran rumah berkenaan.



Tak sangka pokok ganja itu hidup
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/582975/tak-sangka-pokok-ganja-itu-hidup

Kisah 25 Rasul : Nabi Isa ‘Alaihissalam

1) Di dalam Al-Quran, baginda digelar Isa ibni Maryam. Jesus Christ atau Jesus dari Nazareth adalah nama umum bagi orang Kristian.

2) Keturunan Nabi Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran (boleh rujuk Kisah Nabi Zakaria & Yahya sebelum ini). (Surah Ali Imran: 45)

3) Di dalam Al Quran dan juga Injil, ada menyatakan bahawa Jibril menemui Maryam dan memberitahu bahawa Maryam akan melahirkan seorang bayi yang istimewa walaupun Maryam masih dara.

4) Nabi Isa dilahirkan dibawah pokok Kurma di daerah berhampiran Baitulmaqdis, Palestin.

5) Semasa kecil Nabi Isa memiliki mukjizat iaitu mampu bercakap. Nabi Isa ketika itu berpidato dengan mereka yang mengutuk ibu baginda.

6) Selain itu, Nabi Isa memiliki mukjizat setelah dewasa iaitu mampu menyembuhkan orang buta dan lumpuh.



7) Nabi Isa mempunyai 12 orang sahabat. Al-Quran menggelarkan Al-Hawariyun manakala Kirstian mengelarkan 12 diciples / appostle.

8)Mereka adalah;
   1. Peter @ Petrus
   2. James @ Yakobus
   3. John @ Yohannes
   4. Andrew @ Andreas
   5. Philip
   6. Barthomew
   7. Matthew
   8. Thomas
   9. James
 10. Thaddeus
 11. Simon
 12. Judas Iscariot

Nama tersebut masih samar, tiada fakta yang sahih. Injil sendiri masih berbalah mengenai individu Al Hawariyun. Al Quran ada menerangkan mengenai Al Hawariyun ini dalam Surah Al-Maaidah: 111-115

9) Apabila terlihat akan mukjizat Nabi Isa ini, ramai para pendeta pada zaman itu rasa terancam dan mula menabur fitnah ke atas Nabi Isa.

10) Fitnah dari pendeta itu sampai ke Maharaja Rome. Maharaja Rome menawarkan sejumlah harta yang banyak sehingga tertangkapnya Nabi Isa.

11) Ketika itu, Nabi Isa berdakwah secara rahsia dan para sahabat Al Hawariyun banyak membantu.

12) Oleh kerana tamak dan iri hati, salah seorang sahabat Nabi Isa, Judas Iscariot berpaling tadah.



13) Judas memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa. Ketika dikejar oleh tentera Rome, Nabi Isa bersembunyi di Gua.

14) Ketika persembunyian di Gua tersebut, maka Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit. Hal ini berdasarkan kepada peristiwa Nabi Isa & Al-Hawariyun menjamah makanan terakhir (The Last Supper). Pada waktu itu, Nabi Isa ada menyebut bahawa salah seorang dari Al-Hawariyun akan mengkhianatinya.

15) Judas yang ketika itu bersiar di bandar, tiba-tiba Allah telah menukarkan rupa Judas kepada rupa Nabi Isa.

16) Para tentera Rome segera menangkap Judas dan dibawa untuk perbicaraan.

17) Hukuman yang diterima adalah disalib hidup-hidup kemudian diberi mahkota kawad berduri di kepala.

18) Nabi Isa ketika ini masih hidup, hanya Allah sahaja yang tahu dimana Nabi Isa ditempatkan. Keterangan hadis Nabi Muhammad ada meriwayatkan kisah ini. Ia turut diceritakan dalam The Second Coming (versi Kristian).

19) Perkara pertama yang dilakukan ketika turun dari langit adalah menunaikan solat yang diimamkan oleh Imam Mahadi.

20) Nabi Isa mempunyai misi besarnya untuk menyelamatkan manusia daripada fitnah Dajjal serta kaum Yakjuj & Makjuj.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Kredit : Nisa' Saujana Utama
Pautan : https://www.facebook.com/nisasaujanautama

Telan cincin tunang dalam mimpi


Kebanyakan kita pasti pernah berhadapan dengan individu yang mengigau semasa tidur ataupun mengalaminya sendiri bukan? Ada yang bercakap, berjalan, berlari, menyanyi, menari dan macam-macam lagi ragam!

Terdapat beberapa faktor pencetus yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku, antaranya:
1. Mimpi yang dialami ketika tidur terutamanya mimpi ngeri
2. Keletihan yang melampau akan buat anda mengigau
3. Stres dan tekanan yang dihadapi juga merupakan punca mengigau
4. Anda mungkin mengigau jika mengambil alkohol yang berlebihan
5. Mengalami sakit seperti demam atau selesema
6. Penyakit gangguan tidur juga akan boleh jadi punca anda mengigau

Kesimpulannya, jika pasangan, keluarga, kawan atau sesiapa sahaja individu yang kerap tidur bersama dengan anda mengadu bahawa anda pernah mengigau semasa tidur, segera berjumpa doktor.

Sering Mengigau Semasa Tidur, Ia Mungkin Tanda PENYAKIT!
Pautan : https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/mengigau-semasa-tidur/



Sleepwalking atau masalah berjalan ketika tidur adalah satu keadaan dimana anak-anak mengalami masalah dalam pola tidur. Masalah berjalan ketika tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa dimana mereka sudah terbiasa sejak dari kecil. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa, kanak-kanak yang berjalan ketika tidur ini selalunya mempunyai masalah kencing tilam. Kalau anak-anak bermimpi pun boleh jadi punca kepada berjalan ketika tidur ni.

Kenapa Anak Selalu Berjalan Semasa Tidur? Rupanya Ini 4 Sebab Yang Ibubapa Kena ‘Take Note’!
Pautan : https://siraplimau.com/kenapa-anak-selalu-berjalan-semasa-tidur-rupanya-ini-4-sebab-yang-ibubapa-kena-take-note/



Seorang wanita yang menyangka bermimpi menelan cincin pertunangannya terkejut kerana realitinya dia memang berbuat demikian.
Jenna Evans menyedari kejadian itu selepas sedar cincin berlian 2.4 karat tiada di jari manisnya.


Nbcnews.com melaporkan, Evans mencari cincin berkenaan namun gagal menemuinya, sebelum teringat dia ada bermimpi menelan barang kemas itu.



Ingatkan mimpi, rupanya...
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/05/582486/ingatkan-mimpi-rupanya




Kisah 25 Rasul : Nabi Zakaria & Yahya ‘Alaihissalam


1) Nabi Zakaria merupakan seorang yang sangat alim dan dihormati. Baginda merupakan biras kepada Imran, seorang sheikh yanh juga sangat alim dan selalu mengimamkan solat di Baitulmaqdis. Isteri mereka merupakan adik beradik (yang juga sangat alim dan dihormati) dan kedua-dua isteri mereka mandul maka mereka tidak mempunyai zuriat sehinggalah suatu masa ketika mereka sudah tua.

2) Pada suatu hari, ketika isteri Imran yang bernama Hannah sedang beribadah, dia terlihat seekor ibu burung sedang memberi anak-anak burung makan dan apabila angin bertiup, ia mengembangkan sayapnya dan melindungi anak2nya dari ditiup angin. Hannah tiba-tiba terasa dia sangat teringin memiliki anak sendiri walaupun usianya sudah tua. Maka dia berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk mengurniakan mereka seorang anak. Dan Allah memakbulkan permintaannya.


3) Hannah bernazar, anak yang di dalam kandungannya itu akan didedikasikan untuk berkhidmat di jalan Allah dan akan tinggal dan membesar di sebuah mihrab - Rujuk al Quran (3:35). Tidak lama kemudian, lahirlah seorang bayi perempuan bernama Maryam. Hannah berdoa supaya Maryam dan zuriat yang lahir dari Maryam nanti sentiasa terlindung daripada syaitan - Rujuk al Quran (3:36). Istimewanya Maryam dan Isa (anak Maryam) adalah mereka tidak pernah diganggu syaitan. Bapanya, Imran telah meninggal dunia ketika Maryam masih dalam kandungan maka dia telah lahir sebagai seorang anak yatim. Oleh itu, orang-orang alim telah berdebat tentang hak penjagaan Maryam.

4) Nabi Zakaria berkata, “Tentulah aku yang paling layak menjaganya kerana aku bapa saudaranya”. Mereka berasa tidak adil begitu. Lalu mereka mahu membuat cabutan. Masing-masing meletakkan pen mereka ke dalam sebuah bekas kemudian mereka memanggil seorang budak untuk mengambil satu pen. Pen yang diambil ialah pen nabi Zakaria maka sepatutnya nabi Zakaria lah yang menang. Mereka batalkan cabutan itu dan memulakan semula cabutan. Mereka meletakkan pen-pen tadi ke dalam air yang mengalir dan syaratnya, pen siapa yang tidak mengikut arus air adalah pemenang. Kesemua pen bergerak mengikut arus air kecuali pen nabi Zakaria. Mereka membatalkan cubaan kedua itu dan buat satu lagi cubaan tapi syaratnya ialah pen siapa yang bergerak mengikut arus, dia menang. Dengan kuasa Allah, pen nabi Zakaria sahaja yang bergerak mengikut arus dan yang lain bergerak menentang arus. Apabila telah tiga kali menang, terang-terang Allah yang menghendakinya. Maka nabi Zakaria lah yang berhak menjaga Maryam.



5) Maryam membesar di mihrab sebagai seorg anak perempuan yang sangat alim, baik, suci, dan sentiasa dikasihi Allah. Dia bagaikan sering mendapat perhatian istimewa daripda Allah. Nabi Zakaria pernah melihat pada musim sejuk Maryam membawa buah-buah segar yang hanya tumbuh pada musim panas; dan pada musim panas dia membawa buah-buah segar yang hanya tumbuh pada musim sejuk. Apabila ditanya bagaimana dia mendapatkan buah-buah itu, Maryam menjawab, “Allah yang berikan kepadaku” - Rujuk al Quran (3:37).

6) Menyaksikan kejadian itu, nabi Zakaria sedar bahawa Allah boleh menjadikan apa sahaja. Nabi Zakaria dan isterinya dari muda lagi teringinkan zuriat dan mereka tidak pernah putus harapan. Kemudian nabi Zakaria berdoa kepada Allah, “Ya Allah, tulang-tulangku sudah lemah, rambutku sudah putih, namun aku tidak pernah berhenti mengharapkan kebaikan dari-Mu. Dan sesungguhnya aku bimbang akan kaumku dan isteriku pula mandul. Maka kurniakanlah kepadaku zuriat, dari sisi-Mu, yang dapat mewarisi kenabianku dan keturunan Yaakub.” - Rujuk al Quran (19:5-6). Dan Allah memakbulkan doanya. Allah menurunkan para malaikat untuk menyampaikan berita bahawa nabi Zakaria bakal menimang cahaya mata lelaki yang Allah namakan Yahya; tidak ada lagi orang yang bernama Yahya sebelumnya - Rujuk al Quran (19:7). Anaknya itu bakal mengesahkan ayat-ayat keterangan Allah (yang akan disampaikan oleh nabi Isa), dia akan menjadi ketua orang-orang alim dan dia tidak akan berkahwin kerana dia akan menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah. - Rujuk al Quran (3:39). Allah telah memberitahu semua ini kepada nabi Zakaria sebelum perkara itu terjadi lagi.

7) Nabi Zakaria terkejut dan bertanya kepada Allah, “Bagaimana aku boleh mempunyai anak pada usia tua dan isteriku mandul?” Dan Allah menjawab bahawa Allah boleh menjadikan sesuatu apabila Dia menghendakinya - Rujuk al Quran (3:40). Kemudian nabi Zakaria meminta tanda-tanda bila tiba masa bahawa isterinya sudah hamil. Allah berfirman, “Tanda-tandanga ialah kau tidak mampu bercakap selama 3 hari kecuali menggunakan bahasa isyarat. Ketika itu bertasbih dan berzikirlah pada setiap pagi dan petang.” - Rujuk al Quran (3:41). Tidak lama selepas itu, tibalah hari nabi Zakaria tidak dapat bercakap selama 3 hari namun baginda teruskan berdakwah menggunakan isyarat tangan, bertasbih dan berzikir. Selepas tamat 3 hari utu, tersebarlah berita bahawa isteri nabi Zakaria iaitu Elisha sedang hamil ketika nabi Zakaria berumur 90 tahun.

8 ) Nabi Yahya pun lahir dan membesar menjadi seorang nabi yang sangat alim. Personalitinya agak berbeza daripada orang lain, hampir sempurna. Ketika baginda kanak-kanak, ketika yang lain sibuk bermain, nabi Yahya sangat tekun dan serius mempelajari kitab Taurat sehingga baginda hafal satu kitab. Baginda menghabiskan masanya di rumah ibadat dan beribadah kepada Allah. Baginda juga sangat kasih dan simpati kepada umat manusia, haiwan-haiwan dan makhluk Allah yang lain. Nabi Yahya juga amat berjasa kepada kedua ibu bapanya, baginda tidak pernah ingkar dan tidak sombong. Nabi Yahya tidak pernah berkahwin kerana dia menyerahkan seluruh hidupnya untuk beribadah kepada Allah. Dan baginda sering menangis ketika mendalami ayat-ayat keterangan Allah dan ketika menyampaikan dalam khutbahnya sehingga menyentuh hati ramai orang. Oleh itu, baginda sangat disayangi pengikutnya.



9) Pada suatu hari, seseorang telah sampaikan kepada raja yang memerintah pada ketika itu bahawa orang ramai lebih menyayangi nabi Yahya berbanding raja mereka sendiri. Pada masa yang sama, raja itu sedang bercinta dengan anak saudaranya sendiri dan ingin mengahwininya. Oleh kerana rasa cemburu, raja itu mula memerhati apa yang nabi Yahya lakukan. Pada satu masa, nabi Yahya telah berkhutbah tentang larangan Allah terhadap perkahwinan dengan mahram sendiri dan hukuman ke atas mereka yang melakukannya. Raja tersebut menjadi marah kerana dia merasakan nabi Yahya biadap kerana memberi khutbah yang kena tepat pada batang hidungnya. Namun, pada ketika itu raja tersebut tidak berkahwin dengan anak saudaranya itu kerana tidak mahu rakyatnya memberontak.

10) Anak saudara raja tersebut merupakan perempuan yang jahat, dia ada muslihatnya sendiri. Dia tetap mahu berkahwin dengan bapa saudaranya jadi dia telah menggoda raja tadi di dalam majlis-majlis di istana. Dia mempunyai badan yang menggiurkan lalu dia menggoda bapa saudaranya dengan tarian, nyanyian, dan banyak lagi sehingga si raja merasakan bahawa dia perlu berkahwin dengan anak saudaranya itu. Akhirnya perempuan jahat tadi berjaya menambat hati bapa saudaranya untuk berkahwin dengannya dan meletakkan syarat perkahwinan, dia mahukan kepala nabi Yahya sebagai maharnya.

11) Maka nabi Yahya wafat dibunuh dan dipenggal kepalanya ketika sedang beribadah kepada Allah.

12) Istimewanya orang-orang dalam kisah kali ini ialah Allah telah mengangkat darjah mereka sangat tinggi sehingga Allah menamakan surah-surah di dalam al-Quran sempena nama mereka iaitu surah Maryam, sempena wanita istimewa di sisi Allah, dan surah Al-Imran, sempena ahli keluarga Imran iaitu Imran, Hannah, Maryam dan Isa.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Kredit : Nisa' Saujana Utama
Pautan : https://www.facebook.com/nisasaujanautama

Kisah 25 Rasul : Nabi Yunus ‘Alaihissalam


1) Nabi Yunus diberi gelaran Dhan-Nun yang bermaksud Peneman Ikan Nun. An-Nun bermaksud ikan besar iaitu ikan paus. Nabi Yunus telah diangkat sebagai nabi Allah dan Allah telah menghantar baginda kepada kaum Mosul di Iraq yang juga dikenali sebagai Ninawa.

2) Kaum Mosul terdiri daripada lebih 100 ribu orang. Nabi Yunus telah menyeru kepada kaum Mosul untuk menyembah Allah dan bukan selain dari-Nya. Berkali-kali nabi Yunus menyeru kepada kaumnya untuk beriman kepada Allah, namun seperti nabi-nabi sebelumnya, kaum nabi Yunus menolak ajaran Islam. Nabi Yunus memberi amaran kepada kaum Mosul untuk takut kepada hukuman Allah namun sama sahaja, mereka tetap menolak.




3) Nabi Yunus menjadi marah dan putus asa untuk berdakwah kepada kaum Mosul yang degil. Nabi Yunus membuat keputusan untuk pergi jauh dari Mosul untuk berdakwah kepada kaum lain. Baginda percaya ada lebih banyak kaum lain yang boleh dibimbing ke jalan Allah. Maka nabi Yunus memulakan perjalanannya ke tepi laut untuk menyeberangi lautan untuk pergi ke negara lain.

4) Sementara itu, semasa nabi Yunus dalam perjalanan ke tepi laut, Allah datangkan azab-Nya kepada kaum Mosul. Langit yang cerah menjadi gelap gelita dan sangat menggerunkan. Seluruh kaum Mosul seramai 100 ribu lebih orang itu semua sekali melihat ke langit dan mereka mula menangis ketakutan. Mereka tahu azab Allah sedang datang kepada mereka dan mereka teringat kisah kaum Luth, tentang bagaimana Allah telah menghukum mereka. Dan mereka teringat amaran-amaran yang seringkali disebut oleh nabi Yunus tentang hukuman Allah. Seluruh kaum Mosul pun tersedar apa yang patut mereka lakukan iaitu bertaubat kepada Allah. Mereka bertaubat seikhlas hati dan semuanya menangis, baik lelaki, wanita serta kanak-kanak. Nabi Yunus satu-satunya nabi di mana seluruh kaumnya bertaubat dan beriman kepada Allah. Maka Allah tarik balik azab-Nya kerana tiada seorang pun di antara mereka yang tidak bertaubat kepada Allah - Rujuk al Quran (10:98).



5) Nabi Yunus tidak tahu apa yang telah berlaku kepada kaumnya semasa dalam perjalanannya. Sampai di tebing laut, terdapat sebuah kapal yang sarat. Nabi Yunus lompat masuk ke dalam kapal tersebut dan kapal itu pun memulakan perjalanan - Rujuk al Quran (37:140). Tiba-tiba angin mula bertiup kencang dan ribut mula datang. Kapal sarat itu mula bergoncang dan dimasuki air. Mereka mula tenggelam sedikit demi sedikit. Orang-orang di dalam kapal cuba untuk mengurangkan muatan lebihan dengan mencampak keluar semua barangan di dalam kapal namun kapal semakin tenggelam.

6) Mereka terpaksa mengurangkan bilangan orang di dalam kapal. Untuk adil, mereka mencabut nama dan nama yang keluar mestilah terjun dari kapal. Apabila nama dicabut, nabi Yunus yang keluar. Mereka melihat rupa nabi Yunus kelihatan seperti seorang yang alim, berpengetahuan luas dan masih muda, tidak ramai orang muda seperti ini. Satu pembaziran jika dibiarkan mati. Maka mereka memutuskan untuk membatalkan cabutan tadi dan cabut lagi sekali. Kali kedua, nama nabi Yunus yang keluar. Kali ketiga, juga nama nabi Yunus yang keluar. Nabi Yunus sedar bahawa ini bukanlah kebetulan, namun ketentuan Allah - Rujuk al Quran (37:141). Maka nabi Yunus pun terjun ke dalam laut.

7) Sebaik sahaja nabi Yunus masuk ke dalam laut, Allah memerintahkan ikan nun untuk menelannya - Rujuk al Quran (37:142). Dalam proses ditelan itu, nabi Yunus pengsan. Allah berfirman, “Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih); tentu dia akan tinggal di dalam perut ikan itu sehingga hari manusia dibangkitkan dari kubur.” - Rujuk al Quran (37:143-144).



8 ) Ikan nun tersebut berenang ke dasar laut yang gelap. Nabi Yunus tersedar dari pengsan apabila terdengar bunyi-bunyian di dalam laut. Dia bertanya kepada Allah bunyi apa yang sedang didengarnya dan Allah menjawab bahawa itulah bunyi tasbih batu-batu dan ikan-ikan di dalam laut. Nabi Yunus bersujud kepada Allah dalam keadaan bertaubat dan berkata, “Aku bersujud daam kegelapan-kegelapan ini (kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan dasar laut dan kegelapan malam). Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau ya Allah! Maha suci Engkau, tolonglah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” - Rujuk al Quran (21:87).

9) Nabi Yunus hidup di dalam perut ikan nun selama 40 hari (ada yang mengatakan sekurang-kurangnya 3 hari, wallahualam). Selama 40 hari nabi Yunus bertasbih dan berdoa kepada Allah sehingga baginda menjadi semakin lemah. Akhirnya Allah memperkenankan doanya. Ikan nun tersebut memuntahkan nabi Yunus di tepi pantai dan nabi Yunus keluar dalam keadaan sakit - Rujuk al Quran (37:145). Dikatakan badannya lembik dan kulitnya dipenuhi ruam. Kemudian Allah menumbuhkan sebuah pohon melingkar di sebelah tempat nabi Yunus terbaring - Rujuk al Quran (37:146). Nabi Yunus dapat makanan dari tumbuhan itu dan bila daunnya yang lebar menyentuh kulit nabi Yunus, ia terasa sangat lembut dan nyaman. Ia juga menjadi tempat berteduh sementara nabi Yunus menyembuhkan diri.

10) Apabila nabi Yunus telah sembuh, baginda pulang ke Mosul dan terkejut melihat seluruh kaumnya sudah beriman kepada Allah. Allah kurniakan kepada mereka kebahagiaan buat sesuatu masa - Rujuk al Quran (37:148).

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Kredit : Nisa' Saujana Utama
Pautan : https://www.facebook.com/nisasaujanautama

Kisah 25 Rasul : Nabi Ilyasa ‘Alaihissalam


1) Nabi Ilyasa merupakan sepupu kepada nabi Ilyas yang juga lahir dari keturunan Bani Israel. Allah telah menghantar nabi Ilyasa untuk menyebarkan ajaran Islam di sekitar Damaskus, Syria.

2) Tidak banyak yang diceritakan tentang nabi Ilyasa di dalam al Quran dan hadis. Apa yang kita dapat pelajari, nabi Ilyasa mengikut dan meneruskan syariat nabi Ilyas dalam perjalanan hidupnya menyebarkan agama Islam. Nabi Ilyasa hidup sehingga umur 90 tahun dan wafat di Palestin.



3) Nama nabi Ilyasa disebut sebanyak dua kali. “Dan Ismail dan Ilyasa dan Yunus dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat (yang ada pada zaman mereka).” - Rujuk al Quran (6:86). “Dan (ingatlah perisitiwa) nabi Ismail dan nabi Ilyasa dan nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.” - Rujuk al Quran (38:48).



Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Kredit : Nisa' Saujana Utama
Pautan : https://www.facebook.com/nisasaujanautama

Sekolah ditutup semula selepas satu hari dibuka pelajar positif Covid-19


Pembukaan semula sekolah dilihat sebagai satu pertaruhan yang amat berisiko. Satu-satu kelas mempunyai sekurang-kurangnya 20 orang pelajar. Terdengar desas - desus sekolah akan dibuka beberapa hari lepas khususnya bagi pelajar - pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti SPM, SVM, SPTM dan STAM. Namun masih belum diputuskan kerana keputusan ini bergantung kepada "nasihat" dari KKM.
Belum ada tarikh buka sekolah
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/579066/belum-ada-tarikh-buka-sekolah

Terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh para ibu bapa dan pelajar kerana penularan Covid-19 masih belum reda sepenuhnya. Sebilangan ibu bapa akur sekiranya pihak kerajaan akan memulakan sesi persekolahan dalam masa terdekat dan beranggapan mungkin lebih baik dan memudahkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran bersama guru di sekolah di mana dapat memberikan tumpuan penuh.
Ibu bapa bimbang lepas anak ke sekolah
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/578028/ibu-bapa-bimbang-lepas-anak-ke-sekolah


Telah terjadi beberapa kes di Seoul dimana sekolah terpaksa ditutup semula ekoran terdapat pejalar positif Covid-19.

Menurut Pejabat Pendidikan Metropolitan Daegu, seorang pelajar senior sekolah tinggi pertanian yang tinggal di asrama disahkan dijangkiti Covid-19, mendorong pihak berkuasa menutup semula sekolah dan semua pelajar lain diarah pulang ke rumah atau dikuarantin, lapor agensi berita Yonhap.



Covid-19: Sekolah tutup, selepas dibuka sehari
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/05/581461/covid-19-sekolah-tutup-selepas-dibuka-sehari


Apa-apapun, pembukaan semula sekolah memerlukan penelitian yang khusus ke atas prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap proses bermula dari pelajar melangkah masuk sehinggalah melangkah keluar dari kawasan sekolah (balik).

Kisah 25 Rasul : Nabi Ilyas ‘Alaihissalam


1) Nabi Ilyas lahir dari keturunan Bani Israel. Nama lain nabi Ilyas ialah Yasin. Baginda telah diangkat oleh Allah sebagau seorang nabi untuk menyebarkan ajaran Islam. Allah telah menghantar nabi Ilyas ke sebuah kota bernama Baalbek, sekarang dikenali sebagai sebuah tempat di timur Lebanon. Ketika zaman nabi dahulu, hampir semua negara arab yang ada sekarang adalah di dalam daerah Sham. Namun sekarang telah berpecah menjadi Mesir, Syria, Palestin, Lebanon, Jordan, dan banyak lagi.

2) Penduduk Baalbek menyembah sebuah patung berhala bernama Ba’l. Nabi Ilyas telah datang kepada kaum Baalbek dan berseru, “Kamu menyembah berhala dan meninggalkan sebaik-baik Pencipta iaitu Allah swt. Berimanlah kepada Allah, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang disembah nenek moyang kamu dahulu!” - Rujuk al Quran (37:125-126)



3) Kaum Baalbek menolak ajaran nabi Ilyas. Ketika itu, Baalbek diperintah oleh seorang raja yang zalim. Raja itu telah memerintahkan nabi Ilyas untuk dibunuh.

4) Disebabkan itu, nabi Ilyas telah melarikan diri dan bersembunyi di kawasan pergunungan sekitar Baalbek. Nabi Ilyas bersembunyi selama 20 tahun, kemudian keluar semula untuk menyebarkan agama Islam.



5) Sekali lagi kaum Baalbek menolak ajaran nabi Ilyas. Allah berfirman, “Maka mereka akan dibawa kembali (untuk diseksa). Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik.” - Rujuk al Quran (37:127-128).

6) Kemudian Allah telah memuliakan nama nabi Ilyas untuk generasi seterusnya dan Allah memberi salam ke atas nabi Ilyas di dalam Quran. Allah berfirman, “Dan Kami abadikan bagi Ilyas (pujian yang baik) dalam orang-orang yang datang kemudian. “Salam sejahtera ke atas Ilyasin (Ilyas)!”” - Rujuk al Quran (37:129-130).

7) Nabi Ilyas wafat di Baalbek.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Kredit : Nisa' Saujana Utama
Pautan : https://www.facebook.com/nisasaujanautama

Kisah 25 Rasul : Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam


1) Nabi Sulaiman merupakan anak kepada nabi Daud. Nabi Sulaiman mewarisi takhta dan kenabian daripada bapanya.

2) Ketika zaman nabi Sulaiman, ada emoat orang raja yang menguasai dunia. Dua orang raja Islam iaitu nabi Sulaiman dan Iskandar Zulqarnain manakala dua orang raja lagi bukan Islam iaitu Bakht Nasr dan Namrud. Di antara emoat orang raja agung ini, nabi Sulaiman merupakan raja yang paling berkuasa.

3) Mengapa nabi Sulaiman yang paling hebat? Kerana Allah telah menurunkan mukjizat dan ilmu kepada nabi Sulaiman yang tidak tertanding dengan raja-raja lain. Pertama, baginda boleh mengawal angin; walau dari jarak sebulan jauh. Maksudnya baginda boleh mengawal pergerakan angin sebulan sebelum angin itu sampai kepadanya sehinggalah sebulan selepas ia melepasinya. Kedua, baginda boleh mengawal tembaga. Tembaga boleh menjadi cair dan mengalir mengikut arahannya dan mengeras semula dalam bentuk yang dikehendakinya. Ketiga, baginda boleh mengawal jin. Golongan jin amat takut dengan nabi Sulaiman; jin yang ingkar arahan nabi Sulaiman akan dikenakan hukuman. Keempat, Allah mengurniakan nabi Sulaiman ilmu bahasa burung dan bahasa haiwan lain. Baginda boleh bercakap dan faham bahasa haiwan. Dan kelima, angkatan tenteranya sangat besar dan terdiri daripada manusia, jin dan burung.

4) Walaupun dikurniakan dengan pelbagai mukjizat, nabi Sulaiman tidak pernah bongkak. Baginda sentiasa bersyukur kepada Allah.



5) Ada suatu ketika, nabi Sulaiman dgn bala tenteranya sedang berarak dalam perjalan untuk pergi berperang dan mereka melalui sebuah lembah yang dipenuhi dengan semut. Dari jauh, seekor semut ternampak bala tentera nabi Sulaiman sedang menuju ke kawasan tempat tinggal semut lalu semut itu pun memanggil semut-semut yang lain, “Semut-semut semua! Cepat sembunyi di dalam tanah! Sebelum nabi Sulaiman dan tenteranya terpijak kamu semua tanpa sengaja!” Nabi Sulaiman terdengar kata-kata semut tersebut dan baginda pun terhibur.

6) Pada suatu hari, sedang nabi Sulaiman memeriksa barisan tenteranya, baginda tersedar bahawa tidak cukup seekor burung. Burung yang hilang itu ialah seekor burung hud-hud. Nabi Sulaiman jadi marah. Nabi Sulaiman berkata, “Di manakah Hud-hud? Aku akan menghukumnya atas kelewatannya kecuali jika ia mempunyai alasan yang kukuh!” Tidak lama selepas itu burung hud-hud tersebut sampai dan berkata, “Wahai Sulaiman! Aku mengetahui sesuatu yang engkau tidak tahu.” Nabi Sulaiman pun berkata, “Siapa yang berani berdiri di hadapan rajanya dan berkata dia lebih mengetahui akan sesuatu dari rajanya?! Aku sembelih kau nanti!” Nabi Sulaiman merupakan raja yang garang, oleh itu baginda mampu mendisiplinkan jutaan tenteranya. Kemudian burung hud-hud bercerita, “Aku telah terbang ke negeri Saba (Sheba, Yemen). Pemimpin mereka seorang perempuan dan dia memiliki segalanya! Dia memiliki kuasa, harta, tentera, kerajaan, segala-galanya! Dia mempunyai takhta yang cantik lagi hebat!” Burung hud-hud pun menyambung puji-pujian mengagungkan kerajaan Puteri Balqis. Kemudian burung itu menjadi kecewa dan mengatakan, “Aku melihat puteri itu dan seluruh kerajaannya bersujud keada matahari. Syaitan telah menyesatkan mereka. Nampaknya mereka merasakan perbuatan mereka itu betul.” Dan akir sekali burung hud-hud berkata, “Allah, tiada lain yang selayaknya disembah melainkan Allah, raja kepada segala raja.”



7) Nabi Sulaiman berkata kepada Hud-hud, “Baiklah, kita akan lihat jika kau berkata benar atau menipu.” Kemudian nabi Sulaiman pun menulis sepucuk surat kepada Puteri Balqis. Burung hud-hud membawa surat itu terbang ke negeri Saba dan jatuhkan surat itu di atas riba Puteri Balqis. Puteri Balqis memanggil pembesar negerinya untuk membacakan surat itu dan dapatkan nasihat tentang apa yang patut dilakukan. “Wahai pembesar sekalian, beta telah menerima surat dari Raja Sulaiman. Isinya ringkas, dengarkan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Janganlah engkau sombong dan berserah diri lah kepadaku.” Puteri Balqis bertanya kepada para pembesar, “Apakah yang patut aku lakukan?” Para pembesar dengan lajunya mencadangkan untuk berperang. Puteri Balqis seorang wanita yang bijak. Dia tahu peperangan bukanlah jalan yang bijak kerana setiap kali berlakunya perang, rumah-rumah akan musnah dan ramai yang akan mati. Tentera raja Sulaiman pula sangat besar dan hebat berbanding tentaranya. Puteri Balqis mempunyai idea. Dia menghantarkan kepada nabi Sulaiman hadiah-hadiah dari kerajaan Saba. Tindakan Puteri Balqis ini menunjukkan kebijaksanaannya kerana jika Raja Sulaiman itu bukan nabi, sudah tentu baginda akan menerima rasuah Puteri Balqis. Namun apabila nabi Sulaiman mendapat hadiah yang serba mewah daripada Puteri Balqis, baginda menghantar semula hadiah tersebut dengan pesanan, “Jika kau fikir kau boleh merasuahku dengan kemewahan, kau salah. Tiada siapa boleh membeli agamaku. Aku akan datang kepadamu dengan bala tentera yang tidak pernah kau lihat seumur hidupmu.”

8 ) Apabila pesanan itu sampai kepada Puteri Balqis, dia berfikir lagi. Tidak mungkin dia akan membiarkan peperangan berlaku kerana kerajaan Puteri Balqis semestinya akan kalah, oleh itu dia mahu elakkan pertumpahan darah dan menyerah kalah secara baik. Puteri Balqis mengumumkan bahawa dia akan berangkat untuk berjumpa Raja Sulaiman bersama tenteranya.

9 ) Berita itu sampai kepada nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman ingin menunjukkan kepada Puteri Balqis bahawa kerajaannya bukan biasa-biasa, ia adalah simbol kekuasaan Allah. Jadi nabi Sulaiman mengumpulkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin dan haiwan. Nabi Sulaiman berkata, “Sebelum Puteri Balqis tiba untuk menyerah diri, aku mahu kerusi takhtanya yang menjadi kebanggaan kerajaan Saba untuk dibawa ke sini.” Jin Ifrit merupakan jin yang paling tinggi kedudukannya dalam kalangan jin dan dia telah menawarkan dirinya untuk bawakan takhta Puteri Balqis tersebut. Jin Ifrit berkata, “Aku boleh bawakan takhta itu ke sini sebelum kau sempat bangun dari tempat dudukmu, Sulaiman. Aku sangat kuat dan kau boleh percayakan aku atas tugasan sebegini.” Namun nabi Sulaiman tidak memilih Ifrit, baginda mempunyai calon yang lebih sesuai untuk tugasan itu. Calon tersebut itu jin atau manusia, wallahua’alam. Dia dikenali sebagai The One with Knowledge of the Book - sesuatu/seseorang yang mempunyai ilmu kitab. Dia janji dengan nabi Sulaiman, “Aku boleh bawakan takhta itu dalam sekelip mata.” Nabi Sulaiman tidak sempat berkelip pun matanya, takhta itu muncul di hadapannya. Kemudian nabi Sulaiman mengarahkan untuk melakukan penyamaran terhadap takhta itu untuk melihat Puteri Balqis dapat mengenali atau tidak bahawa itu takhtanya.



10 ) Apabila Puteri Balqis sampai di istana nabi Sulaiman, nabi Sulaiman sengaja bertanya, “Adakah ini takhtamu?” Puteri Balqis keliru sebentar. Dia merasakan takhta itu seperti miliknya namun dia tidak membawanya bersama tadi. Apabila Puteri Balqis menyedari bahawa itu memang takhtanya, dia jadi terpegun dengan kehebatan nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman pun berkata, “Inilah tanda kekuasaan Allah, Tuhan sekalian Alam.”

11 ) Nabi Sulaiman mempunyai banyak istana hebat yang dibina oleh jin. Salah satunya ialah sebuah istana kaca yang dibina di atas sungai yang mengalir. Nabi Sulaiman membawa Puteri Balqis ke istana kaca yang serba indah itu. Apabila Puteri Balqis masuk ke dalam istana itu, dia nampak air mengalir di bawahnya lalu dia cepat-cepat meninggikan kainnya kerana takut basah. Selepas itu dia sedar bahawa kakinya tidak akan basah kerana rupanya dia sedang memijak lantai kaca! Puteri Balqis sangat kagum dengan kehebatan Allah, lalu dia pun berkata, “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menindas diriku sendiri dengan menyembah selain dari-Mu.” Puteri Balqis terus beriman kepada Allah dan tidak lama selepas itu dia berkahwin dengan nabi Sulaiman.

12 ) Pada satu ketika, ketika nabi Sulaiman sudah tua, baginda telah mengarahkan jin-jin untuk membina istana besar. Setiap kali jin terlihat kelibat nabi Sulaiman, mereka akan berlari melakukan kerja dan tidak berani untuk memandang muka nabi Sulaiman. Pada satu hari, nabi Sulaiman datang memeriksa jin-jin yang sedang membina istananya. Baginda berdiri sambil meletakkan tangan pada tongkatnya dan memerhati jin-jin tersebut melakukan pekerjaaan. Jin tersebut menjadi takut dan bekerja tanpa henti, tanpa rehat selama setahun. Sehingga anai-anai datang dan memakan tongkat nabi Sulaiman dan akhirnya tongkat itu patah, dan nabi Sulaiman pun jatuh ke tanah. Rupanya nabi Sulaiman telah wafat selama setahun dalam keadaan berdiri dan matanya terbuka seakan2 sedang memerhati jin-jin bekerja. Selepas menyedari akan keadaan itu, barulah mereka berhenti bekerja. Begitulah berakhirnya riwayat hidup nabi Sulaiman.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Kredit : Nisa' Saujana Utama
Pautan : https://www.facebook.com/nisasaujanautama