Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia 2020 ditunda

Sejak beberapa minggu ni dunia digemparkan dengan wabak koronavirus yang dikatakan bermula di Wuhan, China. 

Sehingga kini, belum lagi diumumkan cara yang ideal untuk menyembuhkan wabak ini. Namun, semua pihak disarankan agar mengambil beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan. 

Pada pertengahan Mac 2020 akan berlangsung kejohanan olahraga dalam dewan peringkat dunia di negara China. Namun pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk menangguhkan acara besar tersebut sehingga ke tahun 2021.



Untuk berita terperinci, anda boleh baca laporan berita yang dipetik dari laman web myMetro berikut. 

Sumber asal : myMetro-Tunda Kejohanan Olahraga Dunia di Nanjing 

Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia yang dijadualkan berlangsung di Nanjing, China pada Mac ini ditunda sehingga Mac 2021 sebagai langkah pencegahan wabak koronavirus baharu menurut jurucakap penganjur. 

"Dengan rasa kecewa kami dengan persetujuan penganjur bagi Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Nanjing (13-15 Mac 2020) mengambil keputusan untuk menangguhkan acara itu kepada Mac 2021," menurut jurucakap pertubuhan sukan itu dalam satu kenyataan. 

"Kami tahu China melakukan segalanya yang boleh untuk membendung wabak koronavirus baharu dan kami menyokong mereka di atas semua usaha dilakukan. Namun ia semestinya turut mengutamakan atlet kita, ahli persekutuan dan rakan seangkatan dengan jelas untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan situasi reda sepenuhnya."

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.