Tutorial Microsoft Excel 2016 Operasi matematik (Bahagian 1)

Tutorial Microsoft Excel 2016 (Tahap Asas)

Operasi Matematik/Formula
Bahagian 1

Sebagaimana telah diterangkan dalam tutorial sebelum ini, klik di sini. Terdapat dua cara untuk memanggil data pada sel iaitu dengan mengklik pada sel atau menaip koordinat.

Kali ini, kita akan belajar cara membuat operasi matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

Sepertimana kita ketahui operasi matematik adalah seperti berikut;


A + B = C

Sebaliknya bagi excel, ada sedikit perbezaan yang mungkin akan mengelirukan.


Sel C = Sel A + Sel B

Jadi apa saja formula di dalam Excel akan bermula dengan simbol " = " terlebih dahulu.

Berikut adalah penerangan tentang simbol bagi setiap operasi;

Operasi tambah
Seperti lazimnya bagi operasi tambah, simbol " + " digunakan

Operasi tolak
Seperti lazimnya bagi operasi tolak, simbol " - " digunakan

Operasi darab
Berbeza bagi operasi darab, simbol " * " digunakan

Operasi bahagi
Berbeza bagi operasi darab, simbol " / " digunakan

Harus diingat, operasi matematik ini perlu diakhiri dengan menekan butang enter pada papan kekunci (keyboard).

Rujuk pada video di bawah untuk melihat contoh.




Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: