Tutorial Microsoft Excel 2016 Operasi matematik (Bahagian 2)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Asas)

Operasi Matematik / Formula
Bahagian 2

Di bahagian ini kita akan pelajari menggunakan formula secara lebih mendalam. Kita juga akan mempelajari dua perkara yang saya tidak masukkan dalam posting Bahagian 1 iaitu penjumlahan dan purata.

Sengaja saya tidak masukkan kerana beranggapan adalah lebih baik kita cover dalam bahagian yang lain agar mudah difahami.

Penjumlahan
Sebelum ini kita belajar untuk mendapatkan jumlah, kita perlu taip

=A1+A2+...

Cuba bayangkan sekiranya kita ada data lebih dari 10 sel atau 50 sel.
Alternatifnya ialah dengan menggunakan formula berikut;

=sum(A1:A20) 

Purata
Operasi matematik bagi purata adalah jumlah nilai keseluruhan dibahagi bilangan data.
Tanda buka dan tutup kurungan " ( ", " ) " digunakan untuk mengasingkan operasi matematik.

=(A1+A2+A3)/3

Seperti penjumlahan juga, kesulitan akan dihadapi sekiranya kita mempunyai banyak data dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat formula.

=sum(A1:A20)/20

Formula di atas juga dilihat tidak memberikan kesan yang besar kerana kita terpaksa mengira bilangan data. Penyelesaiannya ialah;

=average(A1:A20)
Terkadang perkasa kecil sebegini perlu diterangkan kerana tidak semua orang mengikuti kursus asas Microsoft Excel dan lebih kepada belajar sendiri.

Sila rujuk video di bawah untuk contoh bagi operasi penjumlahan dan purata.

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.