21 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 1)

Tutorial Microsoft Excel 2016 (Tahap Asas)

Conditional Formatting (Penformatan Bersyarat)
Bahagian 1

Conditional Formatting merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Microsoft Excel. Pelbagai perkara boleh dibuat dengan menggunakan beberapa pilihan yang disediakan dari mewarnakan sel, bar skala, memasang ikon dan lain-lain.

Pada bahagian ini, kita akan mulakan dengan Highlight Cells Rules pada baris atas sekali dalam conditional formatting. 

Di antara fungsi yang boleh dipilih ialah dengan mewarnakan sel bedasarkan nilai-nilai angka pada sel;
a. lebih besar daripada 
b. lebih kecil daripada 
c. di antara dua nilai 
d. nilai sama

Terdapat sesetengah pengguna Microsoft Excel menggunakan fungsi Conditional Formatting bagi tujuan penyisihan sekumpulan data.

Rujuk pada video di bawah untuk melihat contoh.


0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.