28 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 6)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

Conditional Formatting (Performatan Bersyarat)
Bahagian 6

Setelah menguasai modul fungsi if() sehingga tahap pertengahan, kita akan meneruskan pembelajaran tahap seterusnya bagi conditianal formatting.

Pilihan terakhir dalam tetingkap New Rule ialah "Menggunakan formula untuk menentukan sel mana untuk diformat".

Sebenarnya tahap kesukaran bagi pelajaran ini adalah pertengahan tetapi saya akan meneruskan dengan Manage Rules dalam modul ini. Jadi, adalah lebih baik dimasukkan terus ke dalam tahap tinggi.

Tetapan lalai (default) bagi sel adalah berkunci, $A$1 sekiranya anda mengklik pada sel yang mahu diformat. Conditional formatting boleh disalin semula seperti formula biasa yang dikenakan pada sel, tapi harus diingat anda perlu membuang simbol kunci terlebih dahulu di Manage Rules.

Kesemua format yang telah dibuat dalam bahagian 1 sehingga 5 disimpan di dalam rekod conditional format dan boleh diedit atau delete dengan mengklik Manage Rules pada baris terakhir tetingkap conditional formatting (sekiranya anda simpan latihan bagi setiap modul).

Tonton di video di bawah untuk penerangan lanjut.


0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.