26 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Fungsi If() (Bahagian 4)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Fungsi If()
Bahagian 4

Ini merupakan bahagian terakhir bagi tahap pertengahan bagi modul fungsi if().

Selepas menguasai kesemua bahagian modul ini, anda sudah boleh meneruskan dengan pembelajaran Conditional Formatting tahap tinggi.

Sedikit ulangkaji, sebelum ini kita telah mempelajari asas fungsi if(). Seterusnya fungsi if() berganda, serta berganda-ganda dan if(and) dan if(or).

Selain daripada modul conditional formatting tahap tinggi, anda juga sudah boleh meneruskan dengan modul fungsi vlookup dan hlookup.

Di bahagian ini, kita akan belajar cara mengunci sel rujukan dan saya rangkumkan dalam modul if() agar anda dapat memahami dengan jelas cara penggunaannya.

Simbol " $ " digunakan sebagai kunci. Sebagaimana anda tahu, koordinat/lokasi sel dibaca dengan huruf (lajur:menegak) dan angka (baris:melintang), A1, B4,...

Sekiranya anda mahu mengunci lajur, simbol $ diletak didepan huruf. contohnya $A1. Jika baris yang mahu dikunci, simbol $ diletakkan di depan angka. contohnya A$1. Seterusnya kalau lajur dan baris mahu dikunci, maka ditulis $A$1.

Fungsi ini amat membantu bagi tujuan "copy dan paste" formula bagi data yang sangat banyak.


Sila menonton video untuk melihat contoh.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.