CePSWaM Certified Environmental Professional in Scheduled Waste Management

CePSWaM?
"Ape benda CePSWaM tu?", terpacul daripada mulut saya apabila diminta untuk menghadiri satu latihan di JB oleh jabatan sumber manusia syarikat. Maklum la ketika tu saya baru saja mengambil alih tugas penyelaras keselamatan, kesihatan dan persekitaran syarikat.

Kepada yang tidak tahu CePSWaM bermaksud Orang yang diperakui/kompeten dalam menguruskan bahan buangan terjadual. Mengikut regulation Jabatan Alam Sekitar, seseorang yang mengendalikan bahan buangan terjadual mesti lah seorang yang kompeten. 

Kalau takde orang kompeten yang telah dilantik, maka majikan boleh dikenakan denda amaun tertentu dan/atau penjara untuk tempoh masa tertentu. hahaa..

Tapi kalau dah ada CePSWaM tapi tak buat seperti yang sepatutnya dalam regulation, CePSWaM tu la yang kena..majikan dah terlepas. Di situ lah risikonya...

Bagaimana nak jadi orang kompeten?
• Langkah 1: Mendaftar untuk menghadiri kursus yang berkaitan.
• Langkah 2: Menghadiri kursus kompetensi. 
• Langkah 3: Menyiapkan tugasan kursus. 
• Langkah 4: Lulus penilaian/ujian. 
• Langkah 5: Mendapat sijil kompeten (peringkat pertama)
• Langkah 6: Menyediakan the Field Training Report (FTR). 
• Langkah 7: Menghantar FTR. 
• Langkah 8: Hadir ke temuduga profesional. 
• Langkah 9: Diiktiraf sebagai orang kompeten (oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar) 

Fuhh...panjang prosesnya. Sekarang saya berada di Langkah 6. Penyediaan laporan dan pembentangan FTR ni boleh dikatakan sama seperti Projek akhir universiti (tesis).

Dan di hari pengiktirafan ni seperti konvokesyen. Hahaa..
Yang bestnya sesape yang kompeten, namanya akan dicatat pada website DOE. Maka bertambah naik la nilai pasaran anda.




Saya akan huraikan secara terperinci pengalaman menghadiri latihan dan seterusnya mengambil ujian CePSWaM di dalam posting berikutnya.
Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.