CePSWaM Kursus ujian bertulis dan ujian praktikal

Kursus dan Ujian CePSWaM
Terlebih dahulu sebelum mengikuti kursus CePSWaM. Anda perlu mematuhi beberapa syarat dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan antaranya tahap pendidikan;
1- Diploma or Degree in Science or Engineering; or 
2- Diploma or Degree in other disciplines with 1 year experience; or 
3- Certificate from polytechnic or SKM Level 3; or 
4- SPM with 3 years experience in handling scheduled waste (company must submit copy of SPM certificate with a letter to confirm the experience)

Begitu la syarat-syaratnya...

Jadi syarikat tempat saya bekerja telah mendaftar dengan INSTEP dan saya telah menghadiri kursus selama 5 hari, hari kelima tu ujian bertulis dan praktikal di Hotel New York, JB dari 22-26 Sep 2019.


Fuhh...macam-macam perasaan ada sepanjang kursus tu dan kurang lebih 2 bulan menunggu keputusan. Keputusan ujian keluar awal bulan 12 dan di laman web eimas.
Alhamdulillah lulus kedua-dua ujian. Ingatkan nak kena repeat ujian sebab banyak sangat tembak-menembak di hari kejadian.



Peserta kursus yang tidak lulus salah satu atau kedua-dua ujian boleh memohon untuk menghadiri ujian kali kedua.

Jadi, sijil pertama pun telah diterima dan tempoh sahnya hanya 1 tahun sahaja. Pemegang sijil ni perlu meneruskan proses seterusnya iaitu membuat laporan latihan lapangan. Dah macam sukan pulak bunyinya. Sebetulnya Field Training Report (FTR)...



FTR perlu dihantar selepas data selama 6 bulan telah siap dan saya plan nak hantar bulan Julai 2020. Semoga dipermudahkan urusan.

Lupa pula nak cerita berkaitan kursus dan ujian tu.hahaa..

Sepanjang 4 hari kursus tu kita akan di ajar undang-undang berkaitan. Setiap orang peserta dibekalkan dengan buku Environmental Quality Act 1974 (Act 127) Regulations, Rules & Orders yang berwarna biru putih tu.

Anda perlu menguasainya semua yang disenaraikan di bawah dalam tempoh 4 hari kursus kerana semuanya akan digunapakai semasa ujian menulis dan praktikal.
1- First Schedule (Regulation 2)
2- Second Schedule (Regulation 3)
3- Third Schedule (Regulation 10)
4- Fourth Schedule (Regulation 2)
5- Fifth Schedule (Regulation 11)
6- Six Schedule (Regulation 12) 
7- Seventh Schedule (Regulation 13)
8- kaedah pelupusan
9- penggunaan storage yang sesuai
10- undang-undang berkaitan seperti BASEL Convention. etc..
11- kejadian-kejadian yang berkaitan disebabkan pelanggaran


Semoga pembaca yang akan menghadiri kursus CePSWaM lulus semua ujian yer. Nanti kita cerita tentang FTR pula di posting seterusnya.


Update : 21-02-2020
macam tak complete pula posting ni kalau tak diceritakan secara terperinci berkaitan ujian. Markah kesuluruhan ujian adalah 70% dan 30% lagi datang dari assignment semasa 4 hari kursus tu.

Tugasan/assignment
Setiap topik akan ada task..jangan risau kerana anda akan diguide. Jadi, assignment ni seberanya persediaan untuk ujian sebenar di hari ke lima. hahaa..

30 markah dah dalam tangan, kalau semuanya anda dapat buat mengikut panduan pengajar.

Ujian Bertulis
Saya dah lupa jumlah soalan rasanya 400 dan semua soalannya objektif. Tanda je mana-mana yang berkenan kalau dah lupa. huhuu..

Ujian praktikal 
Beberapa sampel akan disediakan mengikut jenis kod SW. Sebagai contoh SW110,SW303 dan sebagainya.
Jadi anda akan diberikan set soalan yang menceritakan situasi-situasi berbeza dan anda boleh pilih mana yang anda konfiden. Saya pun dah lupa, rasanya kita kena pick 6 situasi daripada 10.
Dari sini, anda akan tentukan kod SW dalam situasi tersebut, dan mengisi maklumat terperinci seperti sifat, cara mengendalikan, bekas yang boleh diguna, hazard, etc.

Awas!!
Hati-hati. kesilapan memilih kod SW di awal proses akan menyebabkan anda kehilangan keseluruhan markah kerana langkah-langkah sterusnya akan salah.

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.