Jackie Chan tawar sejuta Yuan pencipta penawar Koronavirus

Virus koronavirus kembali menjadi perhatian selepas beberapa hari tenggelam dek gelagat Muhammad Sajjat bin Kamaruzzaman di tanah suci Mekah. Anda boleh google di laman berita online dan website yang mengulas lanjut tentangnya. Saya tak berminat nak bercerita tentangnya.

Terbaru portal Mstar melaporkan warga Malaysia pertama telah dijangkiti koronavirus selepas menghadiri mesyuarat di Singapura. Beliau telah melakukan perjalanan ke negeri di sebelah utara dan didakwa telah berhubung dengan 74 orang sekembalinya ke Malaysia. Beliau sekarang sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buluh.
Berita penuh : Rakyat Malaysia pertama positif koronavirus dianggar telah berjumpa 74 individu 


Ekoran kegusaran orang awam yang tidak berkesudahan disebabkan belum ada pengumuman rasmi mengenai penawar Koronavirus, pelakon aksi Jackie Chan telah memutuskan untuk menawarkan ganjaran sebanyak sejuta yuan kepada pencipta penawar Koronavirus.

Berikut adalah sedutan rakaman video yang telah dikongsi oleh Astro Awani.
Rakaman video : Jackie Chan tawar 1 juta yuan kepada pihak hasilkan penawar 2019-NCoV

Sejuta yuan sekiranya ditukarkan ke ringgit dianggarkan berjumlah RM587,000 dan bukan jumlah yang agak kecil.

Semoga ujian ini cepat berlalu dan kita semua mendapat pengajaran dan iktibar.


0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.