Kemaskini Google Chrome elak digodam

Google Chrome adalah salah satu aplikasi yang menyediakan perkhidmatan untuk melayari internet.

Terbaru pembangun aplikasi Google Chrome telah membuat pengumuman bahawa terdapat beberapa kecacatan kritikal pada versi terdahulu yang memerlukan tindakan segera oleh pengguna.

Selain dari mengemaskini aplikasi tersebut saya turut menyarankan agar anda clearkan history setiap kali anda mahu menutup apa-apa aplikasi yang anda gunakan untuk melayari internet.

Disamping itu, elakkan daripada menyimpan apa-apa login password pada pelayar kerana sekiranya digodam maklumat inilah yang dicari. Tidak dinafikan tindakan menyimpan username dan password akan mengelakkan kejadian lupa password, namun demikian risikonya juga perlu diambil kira.

Berita penuh berkaitan Google Chrome adalah seperti berikut.

Pengguna aplikasi pelayar Google Chrome disarankan untuk melakukan kemas kini terbaru memandangkan aplikasi berkenaan mengalami kecacatan kritikal untuk versi terdahulu.

Google memaklumkan bahawa pihaknya menemui tiga kecacatan kritikal dalam aplikasi pelayar Google Chrome sekali gus meningkatkan risiko penggodaman oleh pihak ketiga.

Pepijat di dalam pelayar terbabit boleh mengakibatkan kod aplikasi berkenaan dieksploitasi dan wujud kemungkinan serangan daripada pihak tidak bertanggungjawab. 

Syarikat gergasi berkenaan mengakui wujud kecacatan di dalam aplikasi mereka dan mencadangkan kepada pengguna untuk membuat kemas kini versi terbaru.

Kemas kini berkenaan akan membaiki kecacatan kritikal di dalam pelayar terbabit dan mengurangkan risiko berlaku serangan siber atau kecurian data peribadi pengguna. 
Hmetro-Google Chrome ada kecacatan kritikal
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020
Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.