Rocky si kucing American Curl

Kucing American Curl
Kucing jenis American Curl boleh dikenalpasti dengan melihat pada telinganya. Apabila dilihat dengan teliti, anda akan perasan telinganya terlipat ke belakang. Pengendalian semasa membersihkan telinganya memerlukan ekstra perhatian kerana sebarang kesilapan boleh menyebabkan kerosakan pada tisu dalam telinga.




Kenapa entri kali ni bertajuk kucing??
Saya baru sahaja adopt seekor kucing American Curl jantan berusia 2 tahun dan saya fikir untuk dedikasikan entri khas buatnya di blog ni. Jadi apa-apa pengalaman, pengetahuan dan skill yang diperolehi hasil memelihara beliau akan dikongsi bersama.


Rocky
Kucing ni diberi nama Rocky oleh pemilik asalnya. Mungkin juga diinspirasikan dari watak Rocky Balboa (Sylvester Stallone) dalam filem Rocky. Hahaa..


Menurut cerita pemilik kedua Rocky, pemilik asal Rocky secara aktif membiakkan baka kucing American Curl. Boleh jadi sebagai mengenang jasa Rocky, maka sebelum Rocky telah diwasiatkan agar tidak boleh dijual dan hanya diserahkan kepada sesiapa yang sudi membelanya tanpa mengambil apa-apa bayaran.


Maka mengembaralah si Rocky yang ketika itu berumur satu tahun setengah ke pemilik seterusnya. Ekoran komitmen kerja dan masa terhad, maka Rocky seterusnya bertukar tangan ke pemilik terakhir lebih kurang setengah tahun kemudian. Pemilik terakhir tu adalah saya. Hahaa...

Setelah diambil dari pemilik kedua pada hujung minggu lepas dan 2 hari bersama dengannya, saya boleh agak kenapa namanya Rocky. Huhuu..habis calar balar kaki diserangnya.



Update 18/02/2020 : Mungkin telahan saya salah sebab pemilik kedua bagitau beliau sangat jinak dan tak pernah mencakar sepanjang di bawah jagaannya.


Pantang kucing
Rocky cenderung untuk mencakar sesiapa sahaja apabila rasa terancam, takut dan marah.
Bukti keesokan harinya pada sebelah paginya anak saya, Harraz telah dicakar pada lengannya bila mengarahkan Rocky turun dari amrest sofa. Tak pasal2 menangis budak tu sebelum ke sekolah. Iye, kuku si Rocky belum dipotong lagi, maka dalam la kesan cakarannya.

Pada sebelah petangnya giliran saya pula dicakar Rocky pada bahagian betis dan peha, macam pengusti dia belasah saya. Alasannya sangat mudah, saya depakan tangan suh dia masuk ke sangkar. Huhuu..

Belum berakhir di situ, sekali lagi saya dicakar pada bahagian muka dari dalam sangkar. Puncanya saya yang cari pasal provoke dia bila dia mengiau mintak dikeluarkan masa tengah bersihkan sangkar. Berhuhuu kali kedua..

Maka jelaslah kucing sangat pantang bila diprovoke, dimarah atau ditengking dan disuruh buat benda yang dia takmau buat. Mungkin juga sebab Si Rocky ni masih belum biasakan diri dengan rumah dan keluarga saya.


Kesukaan kucing
Lepas serik kena cakar, saya cuba ubah strategi. Kali ni saya cuba layan dia mengiau. Dia mengiau ja saya jawab, "Iye", "Ehmm","Oo" cam sesia luah perasaan dan kita ni pendengar setia la. Hahaa..

Bila dah nampak OK, saya keluarkan dia dari sangkar dan mengambil pendekatan biar dia cari saya, dah takmau pergi pegang dan tangkap dia. Kan tak pasal-pasal mendapat calar baru.

Alhamdulillah berjalan dengan baik, saya cuba usap badan dia, bawah tengkok, bahagian bawah badan dan dia lawan balik cam nak tanduk tangan. Sahlah budak ni manja betul kalau pandai ambil hati.


Memujuk kucing
Sebelum bagi pegang tu terlebih dahulu saya dah suap makanan tambahan kegemaran dia, Camane tak cair habes member. Hahaa..

Ruang yang secukupnya juga diberi untuk dia berlegar-legar sekitar dalam rumah. Sampai semua bilik dia nak masuk explore.

Semua kelengkapan dia dari segi makanan, minuman dan tempat litter pun disediakan dengan baik. Mungkin ni antara faktor yang menenangkan beliau.


Cukup untuk pengenalan, bahagian seterusnya akan disusuli dengan cerita dan tips yang dipelajari.

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.