mIRC masih wujud lagi??

Secara ringkasnya adik-adik, ni lah whatsap, wechat, skype,dan seangkatan dengannya  pada zaman muda ayah, ibu, datuk dan nenek kamu suatu masa dulu. hahaa..tak caya ko tanya diorang. 
Tersipu-sipu diorang mengenang zaman kegemilangan mIRC.

Harini member lama posting di Facebook beliau, ia menarik perhatian saya untuk berkongsi dengan generasi Y, Z dan Alpha (huraian kategori generasi di posting berikutnya yer) yang lahir selepas telefon pintar (smartphone) mula dikeluarkan dan digunapakai secara meluas.





Ape IRC ni
IRC (Internet Relay Chat, harfiah Sembang Trimantar Internet) ialah sebuah bentuk protokol sembang maya di Internet yang mana penghuninya boleh berbual dengan menaip pada papan kekunci secara masa nyata. IRC mendapat sambutan pada suatu ketika dahulu. Ia direka untuk komunikasi kumpulan dalam forum perbincangan, dipanggil saluran.[1] Pada hari ini, pelbagai khidmat pemesejan segera yang merupakan pilihan kepada IRC lebih diminati oleh pengguna baru.
selanjutnya baca kat sini : IRC (wikipedia)

mIRC bermula sekitar tahun 1995, masa tu saya baru Darjah 6.😊
Saya masih ingat masa tu komputer menggunakan perisian windows 95. Kalau nak imagine tahap kelajuan perisian ni, sila tengok movie Captain Marvel scene kat rumah member dia, diorang ramai-ramai tunggu komputer loading disket. Hahaa..sampai alien pun pelik, lamo norrrr.

Disebabkan mIRC lah, ramai budak-budak ke Cyber cafe (CC) untuk chat dengan kawan-kawan dari seluruh negara. Ketahuilah kalian, pada zaman ni penggunaan # adalah secara berleluasa, bukan beberapa tahun kebelakangan ni.

Kenapa??
Kerana untuk chat, anda kena masuk mana-mana channel, setiap channel perlu ada hashtag. Channel yang popular masa tu #kampong,#malaysia, dan banyak lagi.

Terdapat 3 level user, elder dan admin bagi sesebuah channel. Admin pula ada banyak kategori baik, sporting, gila kuasa, kaki kick. hahaa..kenangan.


Kenapa IRC menjadi sangat-sangat popular
Iye la masa tu telefon boleh call dan hantar sms ja, komputer la satu-satunya medium untuk berkomunikasi. Terdapat channel yang turut menawarkan fungsi radio stream memainkan fail mp3 menggunakan aplikasi winamp cast.

Zaman kegelapan IRC
Selepas kemunculan friendster, myspace dan seterusnya facebook, twitter, telegram, whatsapp, istagram. Kehadiran telefon pintar juga menjadi salah satu faktor tambahan 
IRC semakin tenggelam kerana servisnya yang telah dianggap ketinggalan dan penggunaannya semakin merudum dari setahun ke setahun.


Namun begitu, servis mIRC masih lagi ada sekiranya anda mahu kembali merasai zaman kegemilangan IRC. Boleh klik sini, mIRC.com.
Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.