Rocky si kucing Manja

Kucing Manja
Sudah menjadi salah satu ciri utama kucing belaan sifatnya manja. Ini kerana kucing menganggap tuannya seperti ibu dan bapanya. Ini bukan sengaja saya reka-reka cerita yer..
Melalui carian di google, dengan menaip "kucing anggap tuan ibu bapa" terdapat beberapa blog telah menghuraikan fakta ini dengan terperinci. Antaranya ialah;
1. thepatriots.asia :Kucing Menganggap Tuan Mereka Bak Ibu Bapa Mereka
2. mb.erabaru.commy : Kajian : Kucing sebenarnya menganggap tuan mereka sebagai ibu bapa

Jadi, betul kan apa yang saya cakap. hahaa..

Berbalik kepada kisah si Rocky ni, selepas pujuk punya pujuk dengan skill-skill yang dikongsi dalam posting Rocky Si Kucing American Curl, akhirnya hatinya telah ditawan. 😁

Bermula la episod yang agak menyampah untuk diceritakan cam makan bersuap, makan kat tangan, memanggil-manggil bila takde kat depan dia, datang baring kat tepi minta diusap.huishh..


Nampaknya dia dah boleh terima kenyataan yang dia telah dibela oleh ibu bapa angkat baru. Move on katanya..



Kucing mahukan perhatian
Dari sikapnya yang tergedik-gedik tu maka saya simpulkan si Rocky ni sememangnya kucing yang amat manja sepertimana diklaim oleh pemilik kedua.

Melalui pemerhatian, kita perlu memberikan perhatian kepada kucing peliharaan at least layan dia mengiau dengan lawan cakap (buat-buat paham je la) dan selalu belai dia.

Sekali dia dah mula jatuh cinta kat kita, dia akan mengekor ja ke mana kita pergi dan mencari-cari/memanggil bila takde depan mata.
Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.