20 Feb 2020

Rocky Si Kucing minta Pencakar Kuku

Pencakar Kuku
Ada orang yang memanggil pencakar kuku, pengasah kuku, pencakar kucing dan sebagainya. Apa yang pasti setiap rumah yang membela kucing memerlukan benda alah ni kalau taknak perabot anda menjadi mangsa.

Pencakar kuku pula bermacam-macam jenis, ada yang berbentuk tiang, seakan bangku, pokok. Tak kisah la, asalkan kucing korang suka. huhuu..

Kepada yang berkemampuan, pencakar kuku boleh diperolehi dengan harga serendah RM20. Saya search kat Shopee semalam, tapi dah takde stok. Geram pulak kita 😤😤😤

Ada juga beberapa website yang telah mengajar cara nak buat Pencakar kucing DIY. Saya senaraikan di bawah agar banyak external link kat post ni. hahaa..
1- Pokok kucing = Cat Tree (Yeahh! our DIY cat tree is done!)
2- PROJECT DIY MENGGILA..
3- Cara Membuat Kucing Anda Menggunakan Tempat Menggaruk


Dah cukup la sesi berkongsi maklumat rasanya..
Baru lah kita ke kisah si Rocky.

Pagi semalam masa semua orang kat dapur, si Rocky sekor-sekor kat ruang tamu. Sengaja lepaskan bagi dia relaks sebelum masukkan dalam sangkar sebelum gi keje.

Tiba-tiba bunyi macam benda terkoyak dari ruang tamu. Wife berlari ke depan, malangnya amrest sofanya dah berlubang.

Rocky?? Lepas dengar bising-bising terus membawak diri ke sangkar meninggalkan saya dan anak di ruang tamu menunggu detik penentuan.

Maka keluar lah kami berdua ke sekolah dan tempat kerja dengan mood yang koyak seperti lubang-lubang pada sofa tu.. 😭😭

Balik dari tempat kerja saya buatkan tempat si Rocky menggaru guna kotak-kotak terpakai. Dia tengok cam endah tak endah. Terpaksa la saya mendemonstrationkan dengan menggaru-garu benda alah tu..

Nak dipaksa ade blog yang cakap kucing pantang/tak suka diarah-arah atau paksa. Demi mengelakkan risiko dicakar, kuturutkan jua...sabarlah wahai hati. ðŸ˜­

Lepas 2 3 round demo, sambil usap kepala dia..akhirnya dia cakar benda tu. boleh la sementara tunggu nak beli kat shopee.

Update 22/02/2020 :
Ni lah bentuk pencakar sementara. Nampak memang tak menarik. Hahaa..
Tak kisah la rupanya teruk asalkan praktikal dan memenuhi objektif. cehhhh..
 Susun kotak kat atas kerusi yang dibaringkan ja

Nampak hasilnya...

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.