Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 8

Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 8?
Persoalan ini terus tergantung sehingga lah ke hari ini. Sepertimana dinyatakan sebelum ni di entri Sesuatu untuk difikirkan bersama, Tun Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim sehinggalah Perdana Menteri yang seterusnya dilantik.

Siapa calon Perdana Menteri ke 8?
Terdapat pelbagai versi cerita yang telah disebarkan secara meluas melalui laman media sosial seperti facebook dan whatsapp. 
Kononnya shortlist calon dah konfirm. 

Namun saya tidak berminat untuk mengulas lanjut atau berkongsi perinciannya kerana dikhuatiri terdapat pelanggaran pada akta tertentu. Cukup sekadar tahu dan tidak menyebarkan..


Saya cuba mengelak dan sebolehnya tidak mahu membuat entri berkaitan politik. Apakan daya batin ni seakan-akan meronta-ronta. hahaaa...
Secara peribadi saya menganggap politik ini sebagai satu cabang seni yang ulung. Masakan tidak, pengamal politik yang berpengalaman dan bijak sesemangnya tahu bila masa perlu tegas dan bila masa perlu lebih bertoleransi, bila masa perlu menikus dan bila masa perlu menyinga, bila masa perlu mengikut dan bila masa perlu menentang. Apa yang perlu diketahui, saat anda melangkah ke dunia politik..anda bukan lagi orang yang sama. hahaa..


Melalui pemerhatian saya, saya berpendapat bahawa pengamal politik perlu menguasai 2 kemahiran penting iaitu ilmu mantik dan manipulasi. Mantik ialah sebahagian ilmu akli (ilmu yang berasaskan akal fikiran). Boleh baca di scribd.com- Sejarah Ilmu Mantik untuk penerangan terperinci tentang ilmu ni. Manakala kemahiran kedua adalah manipulasi. Korang baca lah di wikipedia.com - Manipulasi. Sorry versi Indonesia ja yang available. Hahaa..

Manipulasi tidah terhad kepada silap mata. huhuu..


Cuba kita perhatikan perjalanan cerita politik kebelakangan ni. Tindakan-tindakan yang telah diambil oleh sesetengah ahli politik malahan parti. Dari mata saya seorang yang amat naif ni, kedua kemahiran di atas telah digunakan sepenuhnya.


Apa yang pasti terdapat satu nama yang telah diangkat oleh netizen sehingga dilabelkan sebagai Mastermind Politik Malaysia, Godfather in politic dan sebagainya.


Saya tidak cenderung kepada mana-mana parti politik, namun perjalanan karier politik tokoh politik yang sorang ni memang amat mengujakan. Baca kat sini sejarah politik beliau, wikipedia - Mahathir Mohamad.

Jauh di sudut hati, saya turut mengiyakan gelaran diberikan netizen kepada beliau.

Walau siapa yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8, sama-sama lah kita berdoa agar kita semua akan terus diberikan segala kebaikan serta dikekalkan keharmonian negara kita.










Gambar ni diambil dari wikipedia.








Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.