7 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Pivot Table (Bahagian 2)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Pivot Table
Bahagian 2

Kita telah pelajari cara membuat pivot table di bahagian 1. Pada bahagian ini, kita akan mula membuat analisis ke atas jadual yang telah dibuat. Sebelum tu, terdapat satu langkah penting perlu saya terangkan.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada data asal, anda perlu refresh data pada tab Analysis. Tab Analysis hanya akan muncul apabila mana-mana bahagian dalam pivot table diklik. Sekiranya Refresh diklik, hanya data pivot table pada worksheet kita bekerja akan diupdate. Semua worksheet pada fail akan diupdate sekiranya Refresh All diklik.

Terdapat 2 cara untuk membuat graf bagi data dari pivot table iaitu dengan menggunakan format yang telah ditetapkan oleh Microsoft Excel atau dengan membuat format sendiri seperti jadual biasa. Graf dengan format jadual biasa mempunyai sedikit kelonggaran berbanding format yang telah ditetapkan.

Kita akan terus ke video cara membuat kedua-kedua jenis graf ini dan masing-masing mempunyai kelebihannya sendiri. Terpulang kepada anda untuk menggunakan template graf yang difikirkan sesuai.




0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.