Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 1)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Penggunaan fungsi vlookup dan hlookup
Bahagian 1

Pada bahagian ini kita akan belajar cara menggunakan vlookup terlebih dahulu. Sengaja saya asingkan modul vlookup dan hlookup serta pecahkan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pembelajaran.

vlookup secara ringkasnya bermaksud memanggil data yang disusun secara menegak di dalam jadual. Manakala hlookup pula data disusun secara melintang.

Untuk menggunakan fungsi vlookup, formatnya adalah seperti berikut;


=vlookup(lokasi data rujukan,julat data, nombor lajur,format)
=vlookup(A1,A2:B3,3,0)


"True" atau "1" 
Range lookup biasanya dalam susunan menaik daripada atas ke bawah.
Vlookup akan memberikan nilai baris terakhir dengan nilai julat lebih kecil dan sama dengan " <= " nilai rujukan.
Jika tiada baris yang memenuhi kriteria, #N/A akan diberikan.


"False" atau "0" 
Range lookup boleh berada dalam urutan apa pun.
Vlookup akan memberikan nilai dari baris pertama dengan nilai rujukan sama " = "dengan nilai pada jadual.Jika tiada baris yang memenuhi kriteria, #N/A akan diberikan.

Lihat video di bawah untuk melihat cara menggunakan vlookup.


Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: