Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 5)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

vlookup hlookup
Bahagian 5


Kita telah mempelajari beberapa cara menggunakan vlookup dan hlookup. Sedikit ulangkaji, vlookup akan memanggil data yang menegak (column) manakala hlookup bagi data yang melintang (row).

Kali ni kita akan belajar cara memanggil data secara menegak dan melintang dalam satu masa. Bermakna gabungan vlookup dan hlookup.

Untuk menggabungkan vlookup dan hlookup tidaklah sesusah yang disangka. Caranya seperti di bawah;


=iferror(vlookup(rujukan pertama,jadual,hlookup(rujukan kedua,jadual,nombor baris,false),false),"apa-apa teks sekiranya tidak memenuhi syarat vlookup dan hlookup).
=iferror(vlookup(A1,B5:D10,hlookup(A2,B5:D6,2,false),false),"tiada data")

berbeza dengan hlookup yang pernah digunakan sebelum ni, kita akan memasukkan nombor bagi setiap lajur(column).

Contoh:

Terdapat 5 company membekalkan beberapa produk setiap bulan kepada pengusaha. Penggusaha telah membuat satu template summary untuk mendapatkan jumlah bekalan bagi company yang dipilih dalam bulan tertentu. Ini dapat mengelakkan masa yang lama untuk meneliti setiap data dalam jadual yang telah direkod. Nanti lihat video di bawah.

Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: