Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 3)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

vlookup dan hlookup
Bahagian 3

Seterusnya kita akan mempelajari cara menggunakan hlookup. Kebiasaannya vlookup dan hlookup digunakan bersama-sama dengan beberapa fungsi lain, terutamanya if untuk melengkapkan sesuatu proses.

Dalam video di bawah, saya berbesar hati berkongsi satu template ringkas yang baru saja saya buat pagi ini untuk memantau stok peralatan pelindung diri di tempat kerja. Beberapa trik turut saya gunakan pada template tersebut.


Pertama sekali saya gunakan trip untuk membuat traksaksi penambahan stok atau pemulangan semula kepada nilai positif dan sebarang traksksi pengeluaran kepada negatif. Caranya mudah saja;
Nilai A1 = 5 (proses penolakan)
            = A1*-1
            = -5

Dengan menggunakan trik ini, risiko tersalah key-in dapat dielakkan.


Kedua ialah menggunakan if untuk memanggil kuantiti yang telah ditaip ke kumpulannya dan seterusnya menjumlahkan kuantitinya.

Selepas tu baru lah hlookup digunakan untuk memanggil jumlah kuantiti setiap peralatan pelindung diri (PPE).

Rujuk video di bawah untuk melihat contoh.


0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.