CePSWaM Cara menggunakan laman web eSWIS Jabatan Alam Sekitar (JAS)

eSWIS merupakan singkatan daripada Electronic Scheduled Waste Information System. Laman web ini telah dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Untuk ke laman web eSWIS, anda perlu menaip https://eswis.doe.gov.my/

Disamping menu login, terdapat juga beberapa menu capaian yang telah disediakan seperti;
1- Pautan ke Portal rasmi Jabatan Alam Sekitar
2- Senarai nama pegawai Jabatan Alam Sekitar bagi setiap negeri yang boleh dihubungi bagi urusan berkaitan eSWIS.
3- Senarai kod bahan buangan terjadual (scheduled waste) sepertimana First Schedule.
4- Senarai nama fasiliti/transporter bahan buangan terjadual berlesen.
5- Rujukan regulation yang berkaitan.
6- Senarai soalan yang sering ditanya beserta jawapan.
7- Form inkuiri.

Kepada yang baru pertama kali menggunakan eSWIS, anda digalakkan memuat turun manual eSWIS dengan menekan pada ikon mentol (Getting Started) dengan merujuk pada gambar di bawah.


Saya telah menghadiri Seminar Pengurusan Buangan Terjadual pada 5 November 2019 di Persada Johor International Centre anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (KEJAR).


6 kertas kerja telah dibentangkan secara terperinci oleh Timbalan Pengarah dan Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar dari beberapa negeri;
1- Keperluan Perundangan dan Pengurusan Buangan Terjadual
2- eSWIS dan Keperluannya
3- Isu - isu Penguatkuasaan
4- Cleaner Production : Concept & Benefit
5- Pengurusan Khas Buangan Terjadual
6- Case Study : Import Eksport di bawah Basel Convention

Kepada yang berminat untuk mendapatkan kertas kerja ni, boleh ja hantar email kat saya simiey.a@gmail.com. Nanti saya kongsikan...

Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.