27 Mac 2020

Diva AA Azwan Ali didenda RM17000 kerana Celupar

Peribahasa "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" bermaksud Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.
Pautan : https://maksudperibahasa.com/kerana-pulut-santan-binasa-kerana-mulut-badan-binasa/

Ini peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi selebriti Azwan Ali yang menggelarkan diri beliau Diva AA apabila didenda RM17000 selepas memuatnaik satu video tular di channel youtubenya.
Diva AA didenda RM17000
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/559108/diva-aa-didenda-rm17000

Video yang dimuatnaik beliau dikatakan telah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.



Video tersebut telah tular di facebook beberapa hari lepas dan jumlah denda RM17000 bukanlah angka yang besar bagi beliau.
Diva AA boleh bayar [METROTV]
Pautan : https://www.hmetro.com.my/rap/2020/03/559189/diva-aa-boleh-bayar-metrotv


Saya berpandangan sebagai seorang yang berprofil tinggi dan sudah berusia seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada generasi muda. Namun begitu, itu adalah pilihan beliau..

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.