Keldai akaun dibayar RM50 setiap transaksi pesanan face mask Covid-19

Betullah orang kata. Zaman sekarang, duit adalah segalanya. Manusia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan duit tanpa mengira baik, buruk, halal dan haram.

Yang pasti akan ada pihak yang menganiaya dan pihak yang teraniaya. Sejak beberapa minggu lepas, 2 barangan menjadi rebutan semua orang iaitu face mask dan sanitizer bagi menghadapi ancaman Covid-19.

Maka berlumba-lumba semua orang membeli di farmasi-farmasi, kedai-kedai, pasaraya-pasaraya sehingga kehabisan stok. Malah ada yang mengambil jalan ringkas dengan "merembat" satinizer yang disediakan di hospital.

Apakah kegilaan ini!!

Apabila perintah kawalan pergerakan diumumkan. Maka, tiada inisiatif selain mendapatkannya melalui online. Dan...tanpa disedari, terdapat pihak yang sedang mengintai peluang untuk mengaut keuntungan.

Kesian..
Itu yang mampu saya ungkapkan saat membaca satu artikel di Hmetro bertajuk 'Tolonglah itu bukan FB saya'.
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/557722/tolonglah-itu-bukan-fb-saya



Ini merupakan satu pengalaman yang sangat mahal bagi adik Nurisah. Masakan tidak, dia telah dijadikan keldai akaun oleh seorang yang dikenali sebagai Salma. Sehingga laporan polis dibuat, sebanyak RM100,003 telah dipindahkan ke akaunnya membabitkan 400 pelanggan.

Dia hanya sedar dirinya dijadikan keldai akaun setelah diberitahu seorang rakan setelah tular di laman sosial facebook.


Mohon berhati-hatilah dalam apa jua tindakan yang diambil..tawaran yang terlalu bagus perlu diselidik sebaiknya..

Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.