Kucing mempunyai daya ingatan kuat dan deria bau yang tajam

Berbeza dengan manusia yang hanya mengesan kedudukan berdasarkan daya ingatan, papan tanda, bertanya dan terbaru aplikasi seperti waze dan google maps. Kucing hanya menggunakan sepenuhnya daya ingatan dan deria bau dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan kajian, kucing merupakan di antara 9 haiwan yang paling pintar di dunia. Haiwan - haiwan lain ialah Cimpanzi, khinzir, ikan paus/ikan lumba - lumba, burung kakak tua, anjing, sotong kurita, gajah dan tupai. Ulasan terperinci boleh di baca di laman web iluminasi : Inilah 9 haiwan paling pintar di atas muka bumi berdasarkan kajian.
Pautan : https://iluminasi.com/bm/9-haiwan-paling-pintar-atas-muka-bumi.html 

Turut dikongsikan bahawa memori kucing 200 kali ganda lebih kuat daripada seekor anjing manakala memori jangka pendek kucing adalah 16 jam berbanding anjing selama 5 minit.

Laman web bobo.id telah berkongsi dengan terperinci kelebihan seekor kucing di posting : Berkat Kemampuan Ini, Kucing Bisa Temukan Jalan Pulang saat Tersesat
Pautan : https://bobo.grid.id/read/081726894/berkat-kemampuan-ini-kucing-bisa-temukan-jalan-pulang-saat-tersesat?page=all


Kucing dikatakan mampu mengingat jalan pulang ke rumah walau sejauh mana dan seberapa lama dia pergi.


Mungkin ada benarnya..


2 minggu yang lepas, Rocky telah melarikan diri dari rumah. Tidak dapat dipastikan berapa jauh dia telah pergi. Tiba-tiba pagi semalam dia terpacul di depan pintu meminta untuk masuk. Keadaannya amat menyedihkan..mungkin kerana sudah 2 minggu tidak mendapat makanan yang mencukupi.



Oleh kerana tempatnya telah diganti oleh Milo dan saya tidak bercadang untuk membela lebih daripada seekor kucing. Maka saya telah menyerahkan Rocky kepada seorang kenalan yang tinggal di Desaru. Semoga Rocky akan berbahagia bersama pemilik ke-4.



Selamat tinggal Rocky....

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.